bab 8

16.2K 673 0
                                    

                   Mya pergi ke butik bertemankan kawan baik nya. Sudah masuk 2 bukan lelaki itu tidak muncul ke butik FZ lagi. Mya berasa lega, Lelaki itu tidak lagi mengacaunya.

             "Mya..  petang ni boleh tak teman kan aku jumpa tunang aku?" Tanya Fairuz.

           Mya diam. Dia melihat jam di tangan. Masih pukul 3 petang, dia rasa malas pula hendak menemani kawan baik nya. "Aku malas la. Siapa nak jaga butik ni?" Mya sengaja memberikan alasan kepada Fairuz, walhal dia malas nak ikut.

               "Ye tak ye jugak. Kau jaga lah butik ni. Aku nak pergi mencari hantaran kawin." Fairuz beredar meninggalkan Mya sendirian di butik.

                 Akhirnya dia boleh bersendirian di butik. Mya baring di sofa pelanggan. Sementara masa masih lapang, baik Mya berehat sepuasnya.

               Bunyi loceng dari pintu menandakan pelanggan baru masuk. Mya mengeluh. 'Siapa lagi yang datang waktu macam ni?' Mya bangun daripada pembaringan.

             "Selamat petang, encik nak tempah apa? Atau encik nak pilih baju?" Tanya Mya. Dia tidak pandai bab melayan pelanggan, apatah lagi bercakap dengan mereka.

                 "Kau tak kenal aku ke?" Lelaki itu berpaling menghadap Mya. Senyuman terukir di bibir lelaki itu.

                  Mya menjerit kecil. Geram pada Zafri. "Kau buat apa dekat sini? Aku tak nak terima keputusan kau."  Bentak Mya. Cukup lah lelaki ni membuat dirinya seperti orang gila.

             "Shhhh!!! Senyap boleh tak? Aku bukan pekak lagi!" Zafri menggosok telinganya. Mya memuncungkan bibirnya. "Aku datang sini nak jemput kau untuk makan malam dengan family aku. Mulai hari ni kau kena jadi kekasih part time aku." Mya membulatkan matanya.

              "Tapi... kenapa? Kenapa kau pilih aku. Bukan banyak lagi ke buah hati kau yang masih nak kan kau?" Perli Mya. Zafri diam. Dia tak kisah Mya nak mengata dia macam-macam. Zafri tetap dengan kata-kata nya.

            "Kau yang ada dekat depan aku. Jom... Aku nak ajak kau pergi cari baju." Tanpa mengetahui keputusan Mya, Zafri segera mencapai lengan Mya. Dia tahu Mya tidak setuju dengan kata-katanya.

           "Kejap lah. Butik ni siapa nak jaga? Pilih baju dekat butik ni kan lagi bagus. Tak payah nak susah-susah drive." Laju saja Mya berkata. Bukan apa, Mya rasa tidak selesa bila berduaan dengan Zafri.

              Zafri menggeleng kepala. "Dekat sini lain. Cita rasa aku tak ada dekat sini. Cepat tutup butik ni." Arah Zafri.

             Mya mengetap giginya. 'Amboi, kutuk baju aku nampak? Ingat kaya sangat ke sampai tak ada baju yang nak dipilih dekat sini? Tak ada cita rasa konon.' Kutuk Mya dalam hati.

              Dari tadi Zafri memilih baju untuk Mya, tak ada yang sesuai. Mya naik rimas melihat Zafri berulang alik memberi dan memulangkan balik baju-baju di butik.

           Sampai Mya boleh hafal baju-baju di dalam butik ini. Hampir kesemua baju  Mya pakai.

             "Dah laaa... Aku penat ni. Sampai bila aku kena masuk keluar fitting room ni. Penat laa." Keluh Mya. Dia sudah terdorong di bangku berhampiran fitting room.

             Mya mencari Zafri. 'Mana mamat gila tu? Hah! Lantak laa. Tak kesah pun.' Kakinya diurut perlahan. Penat berdiri.

              Baju kurung moden berada di depan Mya. Mya mendongakkan kepalanya. Kelihatan Zafri sedang memegang dia pasang baju kurung moden dan satu dress labuh berwarna biru laut. "Ni apa? Nak suruh aku pakai lagi. Dah la, aku tak larat. Dah hampir 2 jam kita duduk butik ni." Mya sudah menghilangkan tangannya.

            "Cuba jelah. Dress ni nampak cantik. Nah! Cepat pilih, cepat siap. Kejap lagi nak makan. Perut aku lapar." Arah Zafri. Apabila sebut makan saja, Mya bangun dan mengambil baju-baju tu.

                  Mya masuk ke dalam fitting room. Dia melihat baju-baju itu. "Cantik dress ni. Kalau pakai baju kurung moden, kecil pula langkah nak berjalan. Dress je lah." Akhirnya Mya memilih dress.

                 Zafri menunggu Mya lama. Untuk seketika dia melihat baju-baju lain di butik itu. Zafri memandang seseorang yang pernah dia kenal, tapi siapa.

              Untuk seketika dia berfikir. Zafri membulatkan matanya. Kalau perempuan tu tahu Zafri ada di sini, mesti mati kena maki depan orang ramai. Zafri segera menyembunyikan diri di fitting room di mana Mya turut berada di situ.

              "Argh!!!" Mya menjerit tetapi di mulutnya ditutup oleh Zafri. "Shhhh!!! Diam." Mya agak terkejut melihat Zafri masuk ke dalam fitting room. Apa yang sudah terjadi? Pipinya tiba-tiba berasa panas.

           Keadaan mereka begitu rapat sehingga Mya dapat mendengar hembusan nafas Zafri. Keadaan mereka yang begitu rapat membuatkan Mya sudah ingin bergerak walupun sedikit. "Dah ke belum? Aku panas lah dekat sini..." Rungut Mya. Zafri masih menggeleng kepalanya.

           Masih lagi dengar suara buah hatinya, sally yang kuat. Tak sangka dia akan jumpa dengan kekasih hatinya. Argh!!! Zafri mengalihkan pandangan ke Mya yang masih tertunduk d ke bawah. "Sorry buat kau macam ni." Perkataan sorry membuatkan Mya memandang Zafri.

               Untuk seketika mata mereka bertemu. Lama.... Zafri mengambil kesempatan dalam situasi ini untuk melihat wajah comel Mya. Mata Mya membutakan dirinya tidak keruan. Bibirnya mengetarkan imannya. Alangkah baiknya perempuan di depannya sudah sah miliknya, pasti dia akan peluk dan cium Mya.

          Mya menundukkan kembali kepalanya bila Zafri asyik memandangnya dari dekat. Dadanya tiba-tiba berdegup kencang. Belum pernah Mya rasakan seperti ini. Malu!!! Pipinya sudah kemerahan.

           "Dah ke belum?" Nada suaranya sedikit perlahan berbanding tadi. Zafri cepat-cepat menggeleng kepalanya. Dia terbuai dengan keasyikan hamba Allah di depannya.

             Mereka segera keluar dari fitting room apabila suara buah hati Zafri sudah tiada di butik. Mya menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskan dengan kuat. Hampir tidak bernafas di dalam fitting room tadi.

             "Dah cepat. Malam nanti kau kena pergi rumah aku. Aku ambik kau. Jom!!!" Tarif menarik lengan Mya yang berdiri macam tiang

                Mya mengeluh. Bila la sandiwara ni akan berakhir.

Macam  mana?  Sweet tak? Zafri tu egonya tinggi melangit. Mya pula jenis orang yang blue dan lurus. Harap lah cerita ni best...

Jangan lupa tinggalkan vote dan comment anda semua. Terima kasih. ;)

              

               

          

Kekasih Part TimeWhere stories live. Discover now