Sudah seminggu Zafri terpaksa ke sana ke sini kerana busy menguruskan hak perkahwinan nya yang bakal berlangsung tak lama lagi.
Handphone iPhone 6s milik Zafri asyik berdering. Zafri tiada mood nak jawab panggilan itu. Mungkin girlfriend nya yang menelefon nya.
Tiba-tiba ada mesej tertera di skrin iphone 6s Zafri.
-kenapa tak jawab panggilan umi, berkali-kali umi call. Risau umi. Petang ni umi nak kamu tunggu dekat butik Qasih.-
Zafri mengeluh. Dalam masa satu hari, umi tidak habis-habis memberikan tazkirah pendek baginya. Bagi nya pula, kata-kata umi hanya seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Satu hapak pun dia tak dapat menyimpan nasihat umi.
Zafri menilik jam tangan, masih awal lagi dia nak ke ofis, petang pula kena pergi butik. Baik dia pergi ke butik FZ, mungkin Mya ada di situ.
**********
Hati nya gelisah, berita yang disampaikan oleh Datin Eilza semalam, membuatkan dia sedih. Zafri ingin berkahwin dengan calon pilihan Datin Eilza.
Tapi yang peliknya kenapa Datin Eilza menyuruh dia pergi butik Qasih untuk temankan Zafri? Bukan bakal isteri dia? Susah betul.
Buku bertajuk Aku Terima Nikahnya, menarik perhatian Mya untuk membelinya. Tetapi ada tangan yang memegang buku tersebut terlebih dahulu.
Mereka saling berpandangan. Aiman tersenyum, perempuan di depan nya sangat indah di matanya. Senyuman nya sangat manis, sesiapa saja yang melihat senyumannya mesti akan jatuh cinta.
Mya mengalihkan pandangan bila lelaki itu berada sangat dekat dengan nya. Malu..
"Maaf, cik nak beli ke buku ni?" Tanya Aiman. Rasanya tadi perempuan tu nak ambik buku ni.
Mya menggeleng kepala. "Awak ambil lah, saya pilih buku lain." Dia beredar dari situ.
Aiman tersenyum, seperti ada taman di dalam hatinya. Raut muka perempuan itu yang sejuk dipandang orang, senyuman nya yang mampu mengoda sang adam membuatkan aiman ingin mengenali perempuan itu dengan lebih mendalam. Ya, dia ingin melamar perempuan itu sebagai suri hatinya apabila dia sudah cukup mengenali antara satu sama lain.
Buku itu dipandang, niat nya ingin menghadiahkan sepupunya yang bakal naik pelamin tak lama lagi. Entah kahwin ke tidak, batang hidung bakal isterinya pun tak nampak.
*********
Kaki nya melangkah dengan lemah sekali. Mya dari tadi berjalan tanpa arah tujuan, sebenarnya dia taknak bertemu dengan Zafri buat masa ni. Dia yakin Zafri akan datang ke butik FZ untuk berjumpanya.
Samsung note III berdering, nama Datin Eilza tertera di kaca skrin milik Mya. "Assalamualikum, ye datin. Saya ada dekat shopping mall. Kenapa ye?" Tanya Mya.
"Tak payah lah panggil datin, auntie cukup lah. Auntie tak selesa orang yang rapat dengan auntie panggil datin." Mya diam, dia takde mood sebenarnya.
"Mya..... boleh kan Mya datang ke butik Qasih? Kalau boleh pagi ni nak selesaikan cepat. Umi dah call Zafri suruh pergi ke sana. Dia tengah tunggu Mya. Ok lah, auntie busy. Kita jumpa next time. Assalamualaikum." Mya mengeluh berat. Mestikah aku pergi? Langkah nya terlalu berat untuk pergi ke sana.
YOU ARE READING
Kekasih Part Time
RomantizmPublished : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku.... aku.. nak minta tolong kau, tolong menyamar jadi kekasih aku dekat depan keluarga aku. Please!!! -Za...