Hari ini mya dan adik beradik nya keluar dari kampung dan tinggal bersama keluarga Zafri. Rumah yang usang hanya mampu dilihat dari jauh. Rumah yang mempunyai seribu kenangan bersama arwah ibu dan ayah.
Mya menghembuskan nafas nya. Dia perlu meneruskan kehidupannya tanpa seorang ibu dan ayah. "Adik, jom masuk kereta. Kalau ada masa kita boleh balik kampung ni. Kalau adik dengan angah rindukan arwah ibu, cakap je dekat akak. Kita akan balik kampung." Kata Mya dengan nada yang sebak. Sebagai seorang anak sulung, dia harus memainkan peranan di dalam keluarga.
Maya dan kamal membalas dengan anggukan. "Terima kasih kak." Ucap maya.
***********Pintu rumah di buka. Datin Eilza menyambut kedatangan mereka dengan mesra sekali. Sudah 2 minggu Zafri dan Mya berada di kampung, dan 2 minggu juga, rumah agam ni kesunyian tanpa celoteh pasangan pengantin baru.
"Alahai, kenapa balik tak nak bagi tahu, boleh la umi masakkan untuk korang semua." Nampak nya datin Eilza tidak berasa kekok dengan kehadiran adik-adik nya Mya.
"Alaa, tak apa umi. Tak payah nak susah. Kitaorang pun baru je makan dekat luar." Kata Zafri.
Mya hanya mengangguk. "Okay lah. Mya nak naik atas dulu. Nak tunjuk bilik untuk maya dengan kamal." Baru saja Mya hendak bangun, datin Eilza segera menghalang.
"Biar umi tunjukkan bilik nya. Kamu layan suami kamu. Kesian Zaf, penat dia driver. Jom guys, auntie nak tunjukkan bilik." Mya mencebik, taktik umi selalu macam ni. Tak suka lah! Wajah Zafri dipandang dengan meluat.
"Apa tengok-tengok. Tahu lah muka saya ni macho. Tak payah lah nak tenung-tenung." Zafri sudah mula dengan kebanggaan nya. Masuk bakul angkat sendiri.
Jelingan maut daripada Mya. Mya mengatur langkah ke bilik nya di tingkat atas. Kedengaran suara Zafri memanggil namanya. Biar padan muka dengan dia. Macho lah sangat, tapi memang macho pun. Hihihiks.
*******Datin Eilza membawa adik-adik Mya ke bilik nya. Sebuah bilik berwarna purple, siap dengan set perabot. "This is your room, maya. I hope you like it the design." Maya faham apa yang di perkatakan oleh datin Eilza.
"Thanks auntie. I like it." Maya masuk ke dalam bilik nya. Walaupun jiwa nya masih di kampung, tapi dia harus membiasakan diri di sini.
**********
Pagi itu Mya bergegas ke butik FZ kerana ada emergency. Fairuz ada menelefon nya pagi tadi, katanya ada berlaku kecurian di butik kawan baik nya.
"Assalamualikum, Fai. Kenapa ni?" Mya agak terkejut melihat kawan baik nya sedang menangis di butik FZ. Mya melihat sekeliling butik, seperti tiada berlaku kecurian. Tapi kenapa fairuz kata ada kecurian? Mesti ada yang tak kena dengan Fairuz.
"Hey, cakap lah kenapa?" Lembut saja suara Mya.
Fairuz mengusap air matanya. "Tunang aku ada perempuan lain. Dia minta aku putus dengan dia." Mya mengusap belakang badan fairuz. Agak terkejut kerana tunang nya itu adalah kekasih fairuz sejak mereka universiti dulu. Sudah bertahun mereka menjalinkan hubungan sebagai kekasih dan selepas tamat belajar, mereka bertunang, tapi semua ni hanya sementara.
Mya mengetap giginya. Lelaki semua sama. Nampak saja perempuan berdahi licin pasti disogok. Ahhh! Kaum adam semua sama! Hati Mya panas, kawan baik nya menderita sekarang ni. Dia perlu buat perhitungan ke atas tunang fairuz.
"Aku nak jumpa tunang kau. Aku nak buat perhitungan dekat dia. Dia salah besar putus tunang dengan kau." Mya sudah tu Dia tahan dengan tunang fairuz. Ada kalanya kesabaran Mya tidak boleh dikawal.
Fairuz menggeleng kepalanya. "Tak payah lah, tak guna pun kalau kau halang. Dia dah nikah beberapa hari yang lepas. Maaf lah kalau aku tipu kau." Air matanya di usap. Sudah tiba masanya fairuz menerima kenyataan ini. Dia perlu teruskan kehidupannya tanpa kekasih yang sudah tidak bermakna baginya.
"Kau ni buat aku risau tahu tak? Kenapa kau tipu aku. Beria je aku ingatkan kes kecurian dekat butik kau." Mya menyilangkan tangannya.
Fairuz tersenyum. "Hehehe, aku tak nak ganggu pengantin baru. Sorry lah hari nikah tu aku ta dapat datang. Aku pergi meeting dekat oversea. Majlis persandingan jangan lupa jemput aku." Dia cuba menukarkan suasana yang sedih ke suasana ceria.
Mya mencebik. "Pengantin baru. Lama lah, sebulan yang lepas. Iye aku jemput kau, kau je yang tak datang." Fairuz tertawa. Akhirnya dia datang menceraikan dirinya sendiri. Bertemu dengan Mya pasti kesedihan nya akan terubat.
"Macam mana dengan rumah tangga kau? Dah mula buat anak ke?" Usik fairuz. Mya membesarkan matanya. Apalah kawan kau ni, otak kuning betul lah.
"Tak nak lah. Aku bukan suka sangat dengan mamat playboy tu. Buat masa ni girlfriend dia tak serang aku macam masa tu." Teringat kejadian yang dia tak pernah lupa, first time dia kena tampar dengan perempuan. Nasib baik aku ada iman lagi, kalau tak dah lama aku bunuh dia. Astagfirullahalazi.
"Eleh, tak suka konon. Tengok saja nanti, lama-lama kau akan falling in love." Fairuz tertawa lagi. Mya pula mencebik. Tak habis dengan bibir nya yang asyik mencebik je.
Mya meninjau ke setiap ruang butik FZ. Sudah lama dia tidak bekerja di sini semenjak Zafri melarangnya pergi kerja. Entah apa sebabnya suaminya tidak mengizinkan dia pergi ke kerja. "Ouh ye, Fai. Nah aku buat design ni waktu aku bercuti." Sempat lagi Mya bawak kertas-kertas itu ke dalam fail.
"Cantiknya, makin bertambah lagi pelanggan yang datang ke butik aku. Terima kasih." Fairuz berpuas hati dengan hasil tangan lawan baik nya. Semoga hasil tangan kawan baiknya mendapat sambutan orang ramai.
Lagu Mirae berdering di Samsung Galaxy Note III milik Mya. Zafri!? Mya menepuk dahinya. Dia terlupa nak bagi tahu kepada Zafri yang dia pergi ke butik FZ.
Teragak-agak Mya ingin menjawab telefon. Dalam hati dia berdoa agar Zafri tidak naik angin. "Hello, assalamualaikum." Lama Mya menunggu jawapan daripada Zafri. Dia berharap sangat lelaki itu tidak akan marah.
"To.. tol.. tolong saya..." Kedengaran suara Zafri meminta tolong. Suara yang membuatkan Mya menjadi resah. Apa sudah terjadi pada Zafri? Kenapa dia tiba-tiba nak minta tolong? Takkan tiada penghuni di rumah?
"Okey, aku akan balik. Sabar eh." Mya memutuskan panggilannya. "Fai, I gotta go. My husband call me. Sorry, maybe next time we going hangout. See yaa." Fairuz hanya mengangguk. Salah dia juga kerana telefon Mya secara mengejut, tengok an apa yang bakal terjadi sekarang. Suami Mya cari Mya.
Fairuz menghembuskan nafasnya. Sekarang ni dia harus melupakan tunang nya. Dia harus belajar mencintai seseorang dengan ikhlas dan penuh kasih sayang.
Hey korang, macam mana? Part ni tentang kawan baik Mya, Fairuz. And, why Zafri call Mya? Surprise untuk korang. Wait and see.
Vote dan comment. Comment lah apa yang korang tak puas hati dekat cerita ni. Comment banyak2.
YOU ARE READING
Kekasih Part Time
RomancePublished : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku.... aku.. nak minta tolong kau, tolong menyamar jadi kekasih aku dekat depan keluarga aku. Please!!! -Za...