Datin Eilza ternampak susuk tubuh seseorang di luar rumah. Dia melihat dengan dekat, terus dia menjerit nama Mya. "Mya! Zaf... kenapa dengan dia? Kenapa Mya tak bawa masuk Zafri. Mya tahu kan dia tak boleh kena air hujan." Marah Datin Eilza pada Mya. Mya beri tersedar yang suaminya masih lagi di luar. Pintu dibuka dan terus menuju ke arah suaminya yang menggigil kesejukan.
"Awak, jom kita masuk. Badan awak sejuk ni! Nanti demam panas." Lengan Zafri di tarik tetapi ditepis oleh Zafri. "Kau bahagia kan sebenarnya tengok aku sengsara? Kau dah tak cintakan aku kan?" Ucap Zafri dengan mulut nya yang terketar-ketar. Mya menggeleng kepala.
"Please, masuk rumah. Saya risaukan awak." Kata Mya. Tiada ucapan awak saya daripada Zafri. Apa yang dia dah buat? Setakat dia tak bersedia ingin anak, takkan Zafri dah merajuk sampai memudaratkan kesihatan dia?
Zafri masuk tanpa Mya. Zafri terus naik ke atas tanpa menghiraukan kerisauan Datin Eilza. Mya masuk ke dalam. Air matanya mengalir.
"Kenapa ni? Mya dengan Zaf ada masalah ke?" Tanya Datin Eilza kepada Mya. "Umi, doakan hubungan Mya dengan Zaf bahagia hingga ke syurga." Mya memeluk Datin Eilza membuatkan dia terkedu. Apa sebenarnya yang terjadi?
****
Pintu bilik dikuak sedikit oleh Mya. Perlahan-lahan dia mendekati suaminya yang tidur di atas katil dengan keadaan menggigil. "Awak, jom... saya mandikan awak. Badan awak sejuk sangat ni." Mya mengusap rambut hitam lebat suaminya. Dia begitu sayang pada suaminya, dia tidak sanggup melihat suaminya jatuh sakit. Tiada senda gurau, senyuman daripada suaminya.
"Hmmm..." Sepertinya Zafri tidak larat untuk bangun. Perlahan-lahan Mya membantu suaminya untuk bangun. Dia memapah Zafri sehingga ke dalam bilik air. Air di dalam tab di isi dengan air suam untuk memanaskan badan Zafri.
Zafri sudah bersandar di dinding seperti orang yang tidak bermaya saja. Mya harus menguatkan diri untuk melayan kerenah suaminya ketika sakit.
Usai membersihkan Zafri, dia yang pakai kan baju Zafri kerana tidak larat. "Saya turun dulu, nak buat bubur untuk awak." Tangan nya di pegang oleh Zafri. "Jangan tinggalkan saya. Saya sejuk." Zafri merengek seperti kanak-kanak. Mya tersenyum nipis. Pipi Zafri diusap lembut untuk memberikan kehangatan pada mukanya. Sejuk nya muka dia, macam ais batu.
"Saya turun sekejap je okey? Saya tak tinggalkan awak." Dahi Zafri dicium dan hidungnya. Sempat lagi dia mencuit hidung mancung Zafri.
****
Pukul 12 tengahmalam, Mya masih lagi berjaga untuk melihat Zafri yang masih menggigil kesejukan. Aircond dah lama ditutup, takkan masih lagi rasa sejuk. Dia memegang pipi dan leher Zafri. Ya Allah! Sejuk nya dia. Makin lama makin sejuk, tak boleh jadi ni. Selimut dibuka untuk memberikan ruang Mya untuk masuk. Dia memeluk erat tubuh suaminya untuk memanaskan badan Zafri yang sejuk membeku.
Zafri mengerutkan dahinya. "Shhh, saya ada di sini." Mya mengucup bibir Zafri dalam diam, tanpa Zafri tersedar. Lama...
Mya mengusap pipi Zafri. Matanya ralit melihat wajah Zafri yang tampan. Dia sangat cintakan Zafri. Dia tak mahu kehilangan Zafri. Dahi Zafri dicium kemudian turun ke kelopak mata dan hidung di cium. Pipi Zafri dicium lama. Dia tersenyum. "Semoga hubungan kita berkekalan hingga akhir hayat. Saya cintakan awak selamanya." Mya memeluk erat suaminya dan mukanya disembam kan pada dada Zafri. Selamat malam sayang.
****
Matanya di buka apabila ada sesuatu yang melingkar di pinggang nya. Zafri tersenyum melihat wajah comel Mya sedang tidur. Mesti dia penat jaga aku semalaman, sayang juga isteri aku ni.
Wajah Mya tidak begitu kelihatan kerana wajahnya disembam kan pada dada Zafri. "Mya, wake up. Jom solat subuh." Rambut nya diusap lembut. Mya menggeliat tetapi masih tidak bangun. Pelukan dieratkan lagi oleh Mya. Zafri tertawa. Telinga Mya ditiup lembut, membuatkan Mya mengerutkan dahinya.
"Tak payah lah kacau. Saya nak tidur ni." Ujar Mya. Zafri tertawa sekali lagi. "Mya, bangun. Kalau tak saya buat sesuatu dekat awak." Zafri mendekatkan wajah dengan wajah isterinya. Dia menyentuh bibir isterinya untuk mengusik.
Mya menggeleng kepalanya. Matanya dibuka apabila mendengar deruan nafas suaminya. "Dah sihat ke?" Tanya Mya sambil mengusap rambut Zafri dengan penuh kasih sayang.
Zafri hanya mengangguk. "Thanks jaga saya." Dahi Mya dicium penuh syahdu. Mya tersenyum bahagia. Dia berdoa supaya hubungan mereka berkekalan hingga akhir hayat
****
Sudah beberapa hari adik kesayangan nya mengurungkan diri di dalam bilik nya. Qash risau akan keadaan adik nya yang tidak main beberapa hari. Pintu bilik di ketuk oleh Qash.
"Adik, jom makan. Dah lama adik tak makan dengan akak." Qash berasa sedih. Dia gagal menunaikan janji ibu dan ayah nya untuk menjaga Afrina sebaik mungkin. 'Afrina, buka pintu sayang. Akak rindu nak berbual dengan Afrina.'
Tiba-tiba Qash terdengar bunyi pasu pecah di dalam bilik adik nya. Pantas dia mencari kunci pendua untuk membuka bilik Afrina.
Pintu dibuka apabila kunci berjaya dicari. Kelihatan bilik adik nya bersepah dengan gambar Zafri yang dia tangkap dari jauh. Tak sangka adiknya menyukai Zafri sehingga jadi begini. Kelibat Afrina tak dapat dikesan.
Kelihatan darah mengalir di bilik air. "Afrina... Afrina. Bangun sayang, apa yang terjadi ni." Qash menerpa ke arah Afrina yang lemah dengan darah yang mengalir keluar daripada badannya.
"Akak, Af....Afrina.... min...minta maaf. Afrina salah, Zafri bu...bukan jodoh Af... Tolong sampaikan salam dekat Zafri dan Mya. Afrina sayang akak." Dirinya terasa perit saat ini. Biarlah Allah yang tentukan hidup matinya sekarang ni. Mata Afrina kian tutup, tangisan daripada Qash didengari oleh Afrina makin hilang.
"Afrina! Jangan tinggalkan akak." Tangisan semakin lebat. Lama Qash memeluk tubuh arwah Afrina. Qash mengesat air mata nya yang mengalir. Dia menelefon ambulans untuk membawa arwah Afrina ke hospital.
Yes! Sikit lagi nak tamat. Ada dua atau tiga bab lagi. Author nak buat story lain pulak. Vote yaa.
YOU ARE READING
Kekasih Part Time
RomancePublished : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku.... aku.. nak minta tolong kau, tolong menyamar jadi kekasih aku dekat depan keluarga aku. Please!!! -Za...