Pagi itu Mya bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan buat mereka sekeluarga. Memandangkan si Zafri tu belum bangun lagi, Mya malas nak pakai tudung di rumah. 24 jam pakai tudung kerana asyik berjumpa dengan mamat manja tu.
"Hmmm, nak masak apa eh? Dah lama tak masak masakan kampung. Teringin juga nak buat nasi goreng kampung. Cubalah." Akhirnya Mya membuat kata putus untuk membuat nasi goreng kampung.
Bunyi derapan kaki dapat didengari dengan jelas oleh Mya kerana kayu rumah nya sudah usang. Sepantas kilat Mya mencapai tudung yang tersidai di kerusi makan lalu dipakai nya. Takut pula bila Zafri yang turun ke sini.
Maya pergi ke bilik air untuk mengambil air wuduk. Mya menghembus lega, nasib baik bukan Zafri. Maya rupanya, buat sakit jantung lah. Tudung Mya di buka semula lalu di campakkan ke kerusi makan.
"Akak... angah nak tahu apa hubungan akak dengan abang Zaf?" Tiba-tiba Maya menjayakan soalan yang pelik daripada Mya. Soalan cepumas daraipada adik nya.
"Arr.. akak mana ada hubungan istimewa dengan Zaf. Akak dengan Zaf hanya lah kawan kerja." Bohong Mya. Mana ada kawan sekerja kalau si Zafri tu dah pakai nissan skyline. Dah sah-sah lah Zafri tu CEO.
Maya menjadi curiga terhadap kakak nya. "Akak, baik akak pakai tudung sebelum dia nampak aurat akak." Tetapi Mya tidak mendengar kata adik nya malah membalas lagi.
"Ala, dia belum bangun lagi. Biasa nya dia bangun lambat. Jangan risau." Maya hanya menahan ketawa. Zafri hanya memerhati dari jauh. Mereka berdua menunjukkan isyarat supaya mengenakan Mya.
"Okey lah, adik nak solat. Jangan lupa pakai tudung kalau dia ada." Maya malas nak menasihati kakak nya yang keras kepala. Orang kata pakai tudung dia tak nak, kan abang Zaf dapat free tengok aurat akak.
Zafri menghampiri Mya yang sedang mengupas bawang untuk membuat nasi goreng kampung tanpa si sedari oleh Mya. Jantungnya berdegup kencang melihat rambut Mya yang panjang. Sangat cantik di mata Zafri. Alangkah indahnya kalau Mya sudah sah menjadi isteri nya, mesti dia akan peluk tubuh langsing Mya.
"Ehem, kau buat breakfast apa tu?" Tanya Zafri.
"Mak kau terbang, terbang tinggi." Mya melatah. Zafri ketawa.
"Sejak bila kau pandai melatah ni?" Zafri duduk berhadapan dengan Mya yang leka dengan kerjanya. Malas nak layan lah tu.
"Kau memang sengaja nak tayang aurat kau dekat depan aku ke?" Pertanyaan Zafri membuatkan Mya terkejut. Alamak! Lupa pula nak pakai tudung. Ingatkan alu dah pakai tudung. Aish!
Tudung si sebelah nya di rembat. Malu beb! Aurat kau dah di tayang depan Orang yang bukan ada hubungan dengan kau. Pipi Mya masih lagi panas membahang, malu.
Zafri suka melihat muka Mya yang gelabah, gelisah. Nampak comel. "Kau nak goda aku ke? Sorry lah aku takde selera tengok kau. Selera aku high class punya." Mya tersentak dengan kata-kata Zafri. Terasa dirinya di hina.
"Aku tak suruh kau suka dekat kau. Aku tahu test kau tinggi melangit, tapi tak payah hina aku. Aku tahu aku tak cantik, aku sedar diri aku siapa nak berdamping dengan kau. Tapikan, aku tak teringin pun bersuamikan kau yang bongkak lagi kan sombong." Penuh dengan sindiran yang pedas daripada Mya.
"Terpulang la. Kalau aku minang kau, kau jangan tolak tau. Okey bye. Nak pergi ambil udara segar dekat luar. Siap je berakfast, panggil aku." Mya mencebik. Eleh, dekat kampung pun nak kena panggil dia suruh makan ke? Benci betul lah.
*********Puan Idah pergi ke pangkin apabila melihat zafri ada di situ. Masih awal lagi untuk Puan Idah ke pasar. "Assalamualaikum, selamat pagi. Awal zafri bangun. Mya kata zaf ni liat sikit nak bangun, betul ke?" Tanya puan Idah.
Zafri hanya mengangguk dan menghadiahkan sebuah senyuman pada ibu nya Mya. 'Amboi, sampai ni pun nak kena bagi tahu ke aku bangun lambat ke tidak? Melampau betul Mya ni.'
"Zaf, kalau mak cik dah tak ada. Nak cik nak minta tolong dekat Zaf.. tolong jaga Mya untuk mak cik. Makcik rasa macam dah tak lama dekat dunia ni." Kata-kata puan Idah menimbulkan persoalan kepada Zafri.
"Maksud makcik? Zaf kena berkahwin dengan mya? Kenapa makcik cakap macam tu? Jodoh, ajal maut semua di tangan Allah. Kalau Mya dengar, sedih dia." Takkan dia kena berkahwin dengan perempuan yang dia tidak cintai. Apa yang akan terjadi denagn rumah tangga nya suatu hari nanti? Banyak permainan yang sedang dia fikirkan.
Mya mencari ibu nya dan Zafri. Dekat ruang tamu tak ada, dekat bilik pun tak ada. Mungkin mereka ada di luar. Mya pergi keluar rumah untuk mencari ibu dan Zafri.
"Ibu, jom breakfast.. makanan dah siap." Suara Mya yang datang menyapa membuatkan mereka berdua menghentikan perbualan untuk seketika.
"Jangan lupa ye Zaf, pikat dia. In Sha Allah hati dia boleh terima Zaf. Jom Mya masuk, ibu dah lapar ni." Sempat lagi puan Idah berpesan pada Zafri yang duduk bersantai di pangkin.
"Hoi, ibu aku cakap apa dekat kau huh!? Pikat siapa?" Mya tiba-tiba ingin tahu siapa yang ibu nya suruh Zafri pikat? Aku ke? Huish, jauhnya kau berangan Mya. Tak nak aku dengan mamat playboy ni.
"Tu hah, ada anak dara ni mak dia tengah offer dekat aku suruh aku kahwin dengan dia. Aku pun on je lah. Kenapa? Jealous ek?" Usik Zafri. Mya menjelir lidah.
"Maaf eh, takde makna aku nak Jealous. Tak kuasa tau. Dah, jom breakfast, ibu aku dah tunggu." Mya pergi masuk je dalam rumah.
Zafri mengeluh. Betul je aku nak melamar dia? Ahaaa! Malas la nak fikir, buat pening kepala je.
*****Afrina pergi ke syarikat ZI holding, di mana itu adalah tempat Zafri bekerja. Pakaian yang menjolok mata itu membuatkan staf di situ mencuci mata apatah lagi staf lelaki.
"Hello, morning. Boleh I jumpa dengan Zaf?" Tanya Afrina kepada PA Zafri.
Amy melihat perempuan yang tidak cukup kain ini dengan pandangan tajam. "Cik dah buat appointment ke dengan bos?" Tanya Amy. Tengok muka pun dah meluat, apatahlagi bila dengan bos.
Afrina tersenyum sinis. "Hello.... I ni kekasih Zaf. Takkan lah I kena buat appointment?" Marah Afrina. I'm so sorry. My boss tak datang ke pejabat. Dia sakit. So, cik boleh jalan ke pintu tu dan keluar. Terima kasih." Sempat lagi amy menghadiahkan sebuah senyuman kepada perempuan yang tak cukup kain itu.
Afrina mendengus kasar. Tak guna, boleh pula dia menghalau aku. Ingat syarikat ni bapak dia punya? Mana ni Zafri? Takde di pejabat nya. Rumah pun takde. Afrina menghubungi perempuan yang dia jumpa di rumah datin Eilza. Rasanya perempuan ni tahu dimana keberadaan Zafri.
"Hello, I ni Afrina." Tak bagi salam terus saja memperkenalkan diri.
Mya dah tahu kenapa perempuan ni telefon. "Hmm, kau nak apa? Nak cakap dengan Zaf ke? Sorry lah, aku tak tahu dekat mana dia. Sekarang ni aku ada dekat kampung. Okey bye, assalamualaikum." Afrina menghentikan kakinya tanda geram pada perempuan yang berlagak alim itu.
"Siap kau bila jumpa nanti. Wait and see. Aku tahu kau sembunyikan Zaf daripada aku, Mya." Afrina gelak jahat. Aku akan rampas Zafri daripada kau Mya.
Huuu, siap satu bab. Penat perah otak yang dah kong. Jangan risau, cerita ni akan berjalan seperti yang di minta. Syira boleh update cerita ni bila hujung minggu je. Tunggu saja lah. T_T. Sebenarnya, cerita ni
panjang lagi kalau nak di jangkakan. well tengok lah macam mana.Jangan lupa vote and comment mystory.
YOU ARE READING
Kekasih Part Time
RomancePublished : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku.... aku.. nak minta tolong kau, tolong menyamar jadi kekasih aku dekat depan keluarga aku. Please!!! -Za...