Mya senyum di dalam kereta. Tak sangka kehadiran dia amat di alu-alukan oleh mereka. Keramahan mereka membuatkan Mya banyak mulut untuk bercerita perkara itu dan ini.
"Senyum meleret nampak? Tadi bukan main, takut lah apa lah. Kenapa senyum ni? Dah mula jatuh sayang dekat aku ke?" Zafri mula perasan diri sendiri.
Mya mencebik. "Sorry la, tak berminat dekat kau yang playboy karat. Aku senyum sebab, family kau peramah eh? Banyak mulut betul. Kalah ibu aku dekat rumah yang asyik membebel je."
"Apa kau cakap? Playboy karat? Amboi sedap mulut mengata aku?" Zafri sudah menunjukkan lagaknya. Pantang betul orang mengata dirinya playboy karat.
"Memang lah. Umi kau yang cakap, kau ni playboy karat. Hahaha." Mya tertawa. Dia ingat datin Eilza menceritakan Zafri kepadanya. Kelakar sungguh.
"Mya, sini kejap... Auntie nak bagi tahu sesuatu dekat Mya." Mya pergi ke tempat datin Eilza duduk. Kelihatan datin Eilza mengeluarkan album yang sudah lama.
"Mya, kalau Mya nak tahu pasal Zaf, biar umi yang cerita tentang Zaf. Kalau dia cerita, bukan betul pon." Datin Eilza membuka album yang lama. Banyak gambar Zafri yang masih kecil. Comel.....
Ada gambar yang paling kelakar Mya pernah jumpa. Zafri menangis masa dia minta aiskrim dengan tak pakai baju. Mya tertawa.
"Zafri ni dulu anak manja. Bila umi dapat anak lagi satu, dia terus memberontak. Masa tu Zafri dah besar, tingkatan 5. Masih lagi nak bermanja." Datin Eilza menceritakan serba sedikit tentang anak teruna nya.
Mya jadi Teruja pula bila mendengar kisah Zafri anak manja. Lepas ni boleh la Mya ejek Zafri anak manja playboy karat. Hahaha. "Lagi auntie? Apa lagi yang menarik pasal Zafri?" Tanya Mya.
"Zaf ni dia tak suka kucing, dia alah pada bulu kucing. Nanti.dia demam, tapi tak lah teruk sangat. Zaf suka menyakat orang, tapi dia menyakat orang melampau sangat. Sampai auntie boleh sakit jantung." Mya tersenyum. Jadi lelaki yang menyamar jadi kekasih part time dia pandai menyakat.
"Zaf ni periang,peramah, tapi... tu laa terlalu peramah sangat sampai orang perempuan gunakan Zaf untuk dapatkan duit. Mata duitan betul." Mya bersetuju dengan Datin Eilza.. 'peramah betul sampai aku pun kena sogok dengan dia.'
Mya tertawa besar di dalam kereta. Zafri geram pada umi nya kerana menceritakan hal-hal yang tak penting kepada Mya tentang dirinya. "Tak sangka kau ni anak manja.. playboy jadi anak manja. Www, Sweet nya! Hahaha..." Perli Mya.
Ni semua umi punya pasal. Kalau umi tak cerita pasal tu.. Tak lah dia asyik kena ejek dengan perempuan ni. Muka Zafri berubah masam bibirnya di memuncungkan.
Mya memandang Zafri yang tiba-tiba menyepikan diri. "Alooo, sian nya. Muncungkan bibir kenapa ni? Merajuk ke?" Mya mula menyakat Zafri.
"Tak payah la nak pujuk aku. Tak menjadi pun." Kedengaran suara Zafri seperti orang merajuk. Mya tertawa. Patutlah di katakan anak manja. Suka sangat merajuk. Comel pula tu.. nak saja Mya mencubit pipi Zafri. Geram!
"Tak payah merajuk. Kau ni kan anak jantan. Kena lah kental sikit. Kena ejek pun dah nak merajuk. Tak gentleman langsung kau ni?" Mya menghilangkan tangan di dada. Sikit-sikit nak merujuk.
"Biar la.. merajuk.. bukan kau nak pujuk pun." Tiba-tiba Zafri terasa ingin di pujuk oleh Mya. Sekali-sekali perempuan memujuk dia. Kalau umi nya akan biarkan dia berkurung dalam bilik. Sampai masa Zafri akan mengalah. Itu tektik umi, Zafri sudah faham.
"Ouh, jadi nya kau nak minta aku pujuk la ni? Manja betul kau ni. Sorry la aku tak pandai bab-bab nak pujuk memujuk ni." Mya saja menyakat Zafri. Gembira rasanya bila dapat menyakat lelaki di sebelahnya
"Dah sampai. Turun.. aku dah mengantuk ni. Malas nak layan aku." Dingin Zafri. Mya senyum.
"Sorry laa.. Meh sini aku pujuk kau." Mya mendekatkan dirinya pada Zafri. Zafri tergamam dengan tindakan Mya yang berani mendekatinya. "Selamat malam, mimpikan aku.." Mya berbisik.. suara lembut Mya amat mengasyikkan.
Zafri terkedu. Mya keluar dari kereta. Zafri mengukir senyuman manis. Jantungnya berdegup kencang. Apakah dia sudah jatuh cinta dengan Mya? Zafri menggeleng kepalanya. 'Tak, aku takkan akan jatuh cinta dekat dia. Aku hanya pergunakan dia semata-mata.' Suara jahat Zafri meracuni fikirannya.
Mya menutup pintu, badannya di sandarkan di muka pintu. Senyumannya tidak lekang di bibirnya. Kata-katanya tadi sedang bermain di fikirannya. Betul ke apa yang dia telah lakukan. Mya memegang dadanya. Jantung berdegup kencang.
Mya kau dah jatuh cinta dekat mamat manja tu ke? Ouh no!!! Mya mengetuk pintu berkali-kali
Fairuz datang ke ruang tamu apabila mendengar pintu di ketuk-ketuk. "Aku ingatkan tetamu tak diundang datang. Rupanya kau. Baru balik ke? Ingatkan tak jumpa jalan balik." Perli Fairuz. Mya tersengih-sengih sehingga menampakkan gigi putih nya.
"Lambat eh?" Tanya Mya. Fairuz menunjukkan jam di dinding, sudah pukul 11 malam. Mana tak lama. "Lama betul kau dating dengan coustmer aku? Ada skandal dengan dia ke?" Fairuz membuka topik hangat pada tengah malam.
Mya menggeleng kepala. "Tak lah, dia ajak aku pergi makan malam je.." Bohong Mya. Takkan lah dia nak bagi tahu fairuz yang dia pergi jumpa Mak ayah Zafri. Mati lah dia.
"Kau nak tahu, coustmer aku tu buaya darat karat. Jangan rapat sangat dengan dia, takut kau terperangkap dengan helah dia." Fairuz memberi nasihat. Mya mengiyakan apa yang di katak oleh kawan baiknya.
"Aku penat, nak tidur. Selamat malam." Mya mengucapkan kepada kawan baik nya. Fairuz harus perhatikan Mya dari sekarang, takut dia terjebak dalam tipu daya Si Zafri je.
Hey, kali ni double updated. Macam mana? Betul ke si Zafri ni jahat sangat sampai nak pergunakan si Mya? Pelik kan? Yang menaip ni tengah perah idea nak buat korang rasa best. Terima kasih support cerita saya. Yang baru baca cerita saya teruskan membaca. Yang dah baca tunggu saya update lagi. Hehehe. ^_^
Jangan lupa tinggalkan vote dan comment anda semua sebelum beralih ke halaman lain terima kasih. ;)
YOU ARE READING
Kekasih Part Time
RomancePublished : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku.... aku.. nak minta tolong kau, tolong menyamar jadi kekasih aku dekat depan keluarga aku. Please!!! -Za...