Sudah selesai Mya menyiapkan makanan untuk Zafri, tinggal Zafri saja yang datang turun makan. Handphone Mya berdering, nama ibu tertera di skrin.
"Assalamualaikum ibu.." Mya sudah lama tidak berbual dengan ibu nya. Kali terakhir dia menghubungi ibu nya adalah pada bulan lepas rasa nya.
"Akak... ibu.. ibu masuk hospital." Suara kamal kedengaran di corong telefon. Mya terkedu, ibu masuk hospital? Perlahan-lahan air matanya mengalir laju membasahi pipi.
"Akak, jawab lah. Tolong balik kampung, ibu perlukan akak dekat kampung." Kamal menangis teresak-esak. Di situ Mya sudah dapat menangkap tangisan adik bongsunya.
"Adik, akak akan balik sekarang. Makam nanti akak sampai sana. Okey, In Sha Allah ibu tak apa-apa. Banyakkan berdoa. Akak letak telefon dulu ye. Assalamualaikum." Mya meletakkan handphone semula di atas meja.
Kedengaran derapan kaki menghampiri Mya. Mya sudah dapat mengaggak siapa yang datang. Air matanya segera di lap dengan hujung lengan baju nya.
"Kau nangis? Kenapa? Ada masalah ke?" Tanya Zafri. Dia melihat mata Mya merah, mungkin baru saja habis menangis.
Mya diam, kalau aku cakap ye, nanti di kata aku cengeng pulak. "Mana ada? Tak adalah. Kenapa ye, ada masalah ke?" Walau pun Mya cuba menahan kesedihan ni tapi dia perlu kuatkan semangat.
Ye ke? Zafri seperti tidak percaya dengan kata-kata Mya. "Mengaku je lah yang kau ni menangis. Takut aku ejek kau ke? Sorry sikit, aku bukan macam kau yang selalu ejek aku." Zafri menyindir Mya, tapi Mya tidak naik angin. Kali ni Mya termenung.
Zafri pelik dengan si Mya ni. Pagi tadi elok je, siap gelak kan aku lagi bila aku jatuh. Kali ni pula, Mya jadi termenung pula. "Woi, asal kau ni? Tanam hobi baru ke?" Tanya Zafri. Mya diam.
Air matanya mengalir dengan deras, entah kenapa air matanya begitu murah untuk mengalir di depan jejaka yang dia tidak suka. Kenapa tak kemudian je mengalir. "Hey, kau okey ke ni? Asal nangis? Aku ada buat salah ke?" Bertalu-talu soalan daripada Zafri.
Yang Mya mampu hanya menggeleng. "Aku nak minta izin dekat kau.. Aku.. aku nak balik kampung.. ibu aku sakit." Dia terpaksa meminta keizinan daripada Zafri. Dah macam isteri nak minta izin keluar daripada suami je. Apalah kau ni Mya, dia ni majikan kau part time je. Tu pun nak minta izin ke?
"Ibu kau sakit? Sekarang ke nak balik kampung? Tiket bas mana ada kalau nak beli hari ni.. Kau balik naik apa? Kan jauh tu." Banyak soalan lah si Zafri ni. Air mata Mya dah berhenti mengalir gara-gara pertanyaan daripada Zafri. Takde feeling aku nak menangis. Potong line betul Zafri anak manja ni.
"Aku balik naik teksi lah. Kan berlambak teksi dekat sini. Apa susah?" Mya malas nak layan Zafri ni, banyak tanya, aku juga yang kena jawab panjang lebar. Aish!
"No, aku hantar kau balik kampung. Sekarang ni pemandu teksi bukan boleh pakai sangat. Last-last kau kena culik, tak ke sia-sia je." Mya terkedu, dia cakap aku kena culik dengan pak cik teksi? Apakah?
"Tak boleh, kau belum sihat. Duduk rumah goyang kaki kan senang? Yang kau nak ikut aku balik kampung aku apasal? Buang tebiat eh?" Mya pelik melihat Zafri yang tiba-tiba saja mahu mengikut Mya pulang ke kampung. Tak takut dengan mulut bedah ke Mya? Balik kampung je, mula lah nak mengumpat pasal Mya.
Zafri merayu. "Aku hantar kau. Please, kali ni. Pas tu aku takkan ikut kau balik kampung." Zafri membuat aeygo(muka comel). Mya mencebik, nak minta simpati dekat sini konon.
Mya mengangguk perlahan, malas nak tunjuk over depan lelaki ni. Zafri mengukir senyuman. "Jom, siap. Balik kampung! Oooo balik kampung, hati girang!" Suara Zafri bila nyanyi tak sedap, nak pecah gegendang telinga Mya. Bingit!
****
Kampung halaman Mya masih tidak berubah sejak dia pergi ke kuala Lumpur. "Ini ke rumah kau? Tak lah besar mana." Kata-kata Zafri membuatkan Mya agak terkedu sedikit.
"Rumah aku bukan macam istana. Asalkan aku ada ibu aku yang selalu jaga pakai minum aku. Kekayaan tak menjamin kebahagian keluarga." Mya memulangkan paku yang keras kepada Zafri. Biar padan muka.
"Assalamualikum, adik. Akak dah balik. Assalamualaikum" jerit Mya. Sudah kebiasaannya jika si kampung dia akan menjerit, tak tahu kenapa. Zafri melihat hanya menggeleng kepala.
Bagasi milik Zafri si keluarkan. Bagasi Mya biar dia keluarkan sendiri. Pintu rumah kayu yang usang di buka oleh Maya. Mya mengukir senyuman apabila melihat adik nya berada di rumah.
"Kak Mya dah balik? Angah rindukan akak. Kenapa akak dah lama tak call rumah.. ibu rindukan akak jugak." Mya mengusap belakang maya. Dia pun rindukan ibu dan adik-adik nya juga. Cuma dia terlalu sibuk sampai tak sempat menghubungi keluaraga nya di kampung. Ibu, Mya minta maaf.
Mereka masuk ke dalam rumah, tapi Zafri masih lagi tercegat di kereta nissan skyline. "Kau nak tidur dekat luar ke? Aku nak tutup pintu ni. Kejap lagi ada lah yang nak kacau kau." Mya mengenakan Zafri yang sudah gelisah. Suka betul hatinya melihat muka Zafri yang seperti ketakutan. Betul lah apa yang Datin Eilza cakap, Zafri ni memang anak manja.
"Akak, siapa ni? Boyfriend akak ke?" Bisik maya. Mya cepat-cepat menggeleng kepala. Boyfriend? Takde makna. Mya menuju ke bilik ibu nya. Kelihatan puan Idah terlantar di atas katil dengan muka pucat lesi.
Ini lah wajah yang selalu dirindui oleh Mya semasa di Kuala Lumpur. "Ibu... Mya dah sampai." Mya terus memeluk badan ibu nya yang lemah. Tangisan Mya makin kuat apabila puan Idah membalas pelukan Mya.
"Ibu, maafkan Mya sebab tak balik kampung tengok ibu. Mya rindukan ibu." Tangisan Mya membuatkan Zafri ingin mengetahui siapakah gerangan ibu Mya.
Puan Idah meleraikan pelukan mereka. "Dengar sini anak ibu. Mya tak salah, ibu tahu Mya banyak kerja dekat sana.. maklum la, orang baru dapat kerja. Mya nak cari rezeki yang halal. Ibu okey je. Cuma ibu demam lepas kena hujan." Bohong puan Idah, belum masa nya dia mahu berterus terang pada anak-anak nya. Hati nya tidak sanggup melihat anak nya sedih melihat keadaan nya yang bagi ni.
Mya mengangguk. Syukur lah ibu hanya demam biasa saja. Mya takut ibu akan tinggalkan mereka jauh.
"Ibu nak tanya, siapa yang ada dekat situ? Anak teruna siapa yang kamu bawak balik?" Tanya puan Idah. Zafri yang terjenguk dari tadi terus masuk ke dalam bilik milik ibu Mya. Sempat lagi Zafri menghadiahkan sebuah senyuman yang manis kepada puan Idah.
"Saya Zafri iskandar. Kawan Mya. Saya harap mak cik boleh terima saya untuk menumpang di rumah ni, kalau mak cik izin kan" Zafri jadi serba salah pula melihat keadaan puan Idah. Takut pula dia yang menyusahkan tuan rumah.
Puan Idah tersenyum. "Boleh je. Mak cik dah lama tak ada tetamu. Zaf boleh lah pakai bilik kamal dekat hujung sana. Kamal tadi pergi surau, kejap lagi dia balik." Puan Idah merasakan lelaki yang bersama Mya agak sopan orang nya. Dia rasa kerisauan terhadap nya berkurang sedikit apabila lelaki itu ada di samping Mya.
Mya mencebik bibir, eleh, nak ambik hati ibu aku la tu. Tak tahu malu betul anak manja ni. Mya betul-betul bersyukur kerana dia dapat berjumpa lagi dengan puan Idah. Semoga ibu nya diberikan umur yang panjang.
Macam mana part ni. Boring kan, rasanya nak delete je cerita ni. Banyak tak korang tak paham? Tension betul bila dh sekolah banyak homework.
BTW, jangan lupa vote dan comment syira punya cerita. Next time syira akan cuba buat yang best. Okey. Bye.
YOU ARE READING
Kekasih Part Time
RomancePublished : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku.... aku.. nak minta tolong kau, tolong menyamar jadi kekasih aku dekat depan keluarga aku. Please!!! -Za...