bab 2

22.3K 884 13
                                    

"Ibu.. Ibu... Ibu.." Terjerit-jerit Mya memanggil Ibunya di dapur. Walhal jarak antara dapur dan ruang tamu sangatlah dekat.

Puan Idah menutup telinganya. Bingit betul suara anaknya. Dia melihat anaknya kepenatan kerana menjerit. "Kan ibu dah cakap.. Jangan menjerit. Degil!!!" Puan Idah mencubit hidung mancung anaknya.

Mya tetap senyum walupun sakit hidungnya apabila di tarik. "Ibu, Mya dapat tawaran kerja. Lusa Mya kena ke KL. Katanya terus kerja dekat sana." Ceria saja wajah Mya apabila mendapat kerja. Puan Idah tidak sampai hati untuk menghalang.

Puan Idah turut tersenyum. "Anak ibu dah besarkan? Bila dekat sana kena jaga diri elok-elok. Jaga pergaulan. Ibu nak tengok Mya berjaya, walaupun bekerja dengan majikan. Jangan menyusahkan orang, jangan lupa solat." Banyak nasihat daripada Puan Idah kepada Mya.

Mya mengangguk. "Siap ma'dam. Mya akan ikut kata ma'dam. Thanks ibu. You're my love forever." Mya memeluk erat ibunya.

Mya bangun awal-awal pagi lagi. Dia tidak sabar untuk bekerja di KL. Mana tak nya, ini pertama kalinya dia ke Kuala Lumpur. Ibu kota yang belum pernah dia pergi. Dulu tempat dia belajar hanya di USM, tidak lalu KL pun.

Bau aroma nasi lemak membangkitkan selera Mya pada pagi ini. Mesti ibunya sedang menyiapkan sarapan buatnya. Mya pergi ke dapur untuk menjenguk ibunya. "Ibu... masak nasi lemak eh? Bau macam sedap je." Mya menarik kerusi makan berdekatan dengan dapur masak.

Puan Idah senyum. "Bila Mya nak pergi KL? Nanti jalan sesak, lambat pula masuk kerja." Kata puan Idah. Mya hanya diam saja. Nasi lemak sudah siap.. Mya mula menjamah makanan untuk mengisi perutnya yang sudah minta di isi. Selera sungguh Mya gamaknya.

Puan Idah senyum. Akhirnya anak sulungnya sudah bekerja dan mencari rezeki sendiri. Dia percaya Mya Umairah pandai menjaga diri di sana.

Mya perasan yang ibunya asyik memerhatikan dia semasa sarapan. "Ibu, Ibu risau ke dengan Mya nanti? Tengok muka ibu macam sedih je nak lepaskan Mya? Kalau ibu tak rela Mya pergi, Mya boleh batalkan perjumpaan dengan majikan Mya." Kata-kata Mya membuatkan Puan Idah mengalirkan air matanya.

Mya mengusap air mata ibunya. "Ibu bangga dengan kamu nak. Ibu percaya pada kamu... kamu kena pandai jaga diri kamu dekat sana... dekat sana bukan macam dekat kampung. Perbualannya bebas." Mya senyum kelat. Ibu sangat risaukan aku?

Mya memeluk ibunya. "Mya janji, Mya akan jaga diri Mya. Mya tak nak lukakan hati ibu." Puan Idah mengusap belakang Mya.

Seawal jam 7 pagi Mya sudah berangkat ke KL. Puan Idah hanya mampu menghantar anaknya dengan pandangan yang manis.

Mya senyum seorang diri. Teruja sangat bila dapat ke KL. Dia membuang pandangannya ke tingkap bas. Cantik.. indah... subhanallah!!!

2 jam sudah berlalu, Mya turun ke stesen bas. Dia melihat alamat yang yang di sebut oleh pembantu peribadi milik majikannya. "Mana nak cari alamat ni. Cuba lah tanya dekat pak cik teksi." Mya pergi ke teksi yang berada di sebelahnya.
"Assalamualaikum... pak cik. Tumpang tanya.. pak cik tahu dekat mana alamat ni?" Tanya Mya. Nampak pak cik ni macam orang melayu. Pak cik itu melihat alamatnya. "Ouh, pak cik tahu alamat syarikat ni. Adik nak ke sana ye? Pak cik boleh hantarkan." Mya mengangguk lalu masuk ke dalam teksi.

Mya melihat ada kedai aiskrim di sana. "Pak cik, boleh berhenti sekejap tak? Saya nak singgah ke kedai sekejap." Mya turun lalu pergi ke kedai aiskrim. Wow!!! Sedapnya aiskrim dekat sini.

Mya berjalan sambil menjilat aiskrim yang semakin cair akibat panas. Dia Tidak perasan yang ada seseorang sedang berjalan bertentangan dengannya dan kemudian....

Kedebuk!!!

Mya tersembam ke tanah. Aduh!!! Sakit tak terkata. Dia mengusap kepalanya yang terasa sakit. Siapa lah yang berani melanggarnya sampai jatuh. "Hoi, jalan tak pakai mata ke? Main jalan je." Tengking Mya. Dalam sakit-sakitnya, sempat lagi tengking orang. Tak padan dengan orang.

Lelaki tersebut bangun. Kurang ajar punya perempuan. 'Habis baju aku kena aiskrim.' Geram rasa dengan perempuan itu. Dia yang langgar aku pula yang kena tengking. "Perempuan... kau siapa menengking aku. Setakat budak kampung apa klas. Huh!!!" Lelaki itu membetulkan kemeja T.

"Hoi!!!" Lelaki itu memandang Mya.

Pang!!!

Mya agak tergamam apabila diri sendiri yang berbuat begitu pada lelaki. Buat pertama kalinya Mya Umairah berjaya menampar sang adam. Ya Tuhan..
"Ambil kau, kurang ajar sangat dengan aku. Kan dah kena penampar free. Huh!!!" Walaupun dia agak terkejut dengan tindakan drastik tadi, tapi dia tak kecewa pun. Biar lelaki ini di beri ajar sikit macam mana nak hormat orang.

Lelaki itu terkejut. "Berani kau eh? Dasar budak kampung. Sama je peranga dengan kampung. Nahas kau!!!" Lelaki itu pergi meninggalkan Mya sendiri. Mya mencebik bibir. Amaran yang sudah lapuk. Asyik-asyik nak ugut je, tahu lah diri itu kaya.

Mya menilik bajunya yang basah terkena air kopi lelaki itu. Terpaksalah tukar baju. Nasib baik pak cik teksi itu bertimbangrasa sikit, bukan macam lelaki tadi. Habis aiskrim jatuh, rugi je beli.

Siapa yang langgar Mya? Jejaka? Mesti readers tahu agaknya.
Kali ni double update.

Jangan lupa tinggalkan vote dan comment anda sebelum pergi..

Kekasih Part TimeWhere stories live. Discover now