Malam itu Mya kesunyian, maya dengan kamal pergi keluar dengan umi dan papa. Yang tinggal hanya Mya dan Zafri di rumah.
Mya menjenguk di ruang tamu, kelihatan Zafri sedang menyiapkan kerja di pejabat, sementara tu televisyen terpasang begitu saja. Tv tengok dia ke, dia tengok tv?
Perlahan-lahan Mya mendekati Zafri yang masih lagi khusyuk menyiapkan kerja. Mya mengambil tempat bersebelahan dengan Zafri. "Ermm, awak.. awak nak apa-apa?" Pertanyaan Mya membuat kan Zafri berhenti membelek helaian kertas yang Mya tidak berapa nak faham.
Zafri mengalih kan pandangan menghadap Mya dengan renungan yang tajam. "Tak nampak ke saya busy ni..." Jelas kelihatan Zafri masih lagi dingin dengannya. Mya menundukkan kepalanya. "Apa motif awak nak menipu saya petang tadi?" Tanya Zafri.
"Sa.. saya cuma nak cuba menipu awak. Saya cuma nak tahu sama ada awak marah dekat saya atau tidak." Kecil saja suara Mya. Bimbang Zafri akan tambah naik angin lagi.
Zafri mengerutkan dahi. "What? Awak tahu tak, awak dah tambah kemarahan saya?" Mya diam. Dia tahu ini salah dia. "Maafkan saya. Saya tak kan buat lagi."
Senyuman sinis daripada Zafri. "Senangnya awak nak minta maaf. Esok, awak tak boleh pergi kerja. Teman saya buat kerja esok, sebab awak lah kerja saya tertangguh." Zafri mengangkat fail-fail kerja nya lalu beredar meninggalkan Mya yang masih lagi terkejut.
*********"Morning umi.. hari breakfast apa?" Zafri menjenguk di dapur apabila bau aroma yang sangat sedap singgah di hidung nya.
"Masak nasi goreng kampung. Ini bukan pandai sangat buat nasi goreng kampung. Baru je semalam Mya ajar kan umi masak nasi goreng kampung. Tak tahu lah sedap ke tidak. Zafri pergilah duduk sana dulu, dah nak siap ni." Zafri hanya mengangguk dan pergi ke meja makan. Malam semalam dia tidak ada selera nak makan kerana Mya. Sekarang ni pun dia masih tidak nampak batang hidung Mya. Kemanakah Mya pergi? Adakah Mya juga merujuk padanya?
Datin Eilza datang dengan membawa semangkuk nasi goreng kampung. "Dah sampai. Mana papa? Umi tak nampak papa pun."
Zafri mengangkat bahunya. "Dekat kolam ikan agaknya. Zaf pun tak pasti, umi ada nampak Mya tak?" Tanya Zafri.
"Ada, katanya dia pergi jumpa kawan dulu. Tak tahu lah kawan dia siapa. Makan lah, nanti Zaf lambat pergi kerja pula." Zafri mengangguk. Mya keluar? Dengan siapa? Kawan tu lelaki atau perempuan? Macam-macam yang bermain di Fikirannya.
"Zaf.. umi nak satu saja permintaan pada Zaf." Kata-kata Datin Eilza membuatkan Zafri tertumpu pada umi nya. "Umi.. nak kamu dan Mya timang anak selepas majlis resepsi minggu depan. Umi nak rasa timang cucu macam mana." Omongan Datin Eilza membuatkan Zafri terasa berpeluh. Anak? Dengan Mya? Mya nak ke buat anak? Silap haribulan aku juga yang kena tamparan free daripada dia. Bukan boleh jangka sangat minah brutal tu.
"Tengok lah dulu umi. Zaf tak janji boleh ke tidak. Itu bergantung pada Mya lah. Zaf okey je." Zafri terpaksa berkata begitu demi menyenangkan hati umi nya. "Okey umi, Zaf dah lewat nak pergi pejabat. Kerja ssemala pun tak siap lagi." Zafri menyalami Datin Eilza sebelum pergi pejabat, itu adalah rutin hariannya sebelum pergi pejabat.
***********
Zafri mengerutkan dahinya, siapa pula yang masuk ke dalam pejabatnya? Kelihatan pejabat Zafri sudah terang benderang menandakan ada seseorang masuk ke dalam pejabatnya. Tapi siapa? Perlahan-lahan Zafri membuka tombol pintu.
YOU ARE READING
Kekasih Part Time
RomancePublished : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku.... aku.. nak minta tolong kau, tolong menyamar jadi kekasih aku dekat depan keluarga aku. Please!!! -Za...