bab 13

15.4K 605 2
                                    

Sudah dua hari Zafri banyak menghabiskan dengan mendiamkan diri seperti patung cendana. Mereka tidak tahu macam mana nak buat kepada Zafri.

Mya sudah banyak kali untuk mengembirakan, menghiburkan Zafri tetapi satu pun tidak berjaya mengalihkan perhatian Zafri. Erina pula asyik menangis melihat abang nya seperti itu.

Mya pergi ke tempat duduk bersebelahan dengan katil Zafri. Kelihatan Zafri sedang termenung jauh. Entah apa yang dia renungkan pun Mya tidak tahu. Buah-buahan yang baru di beli oleh Mya di kupas.

"Zafri... sampai bila kau nak jadi patung cendana? Keluarga kau risau tahu tak?" Mya memulakan perbicaraan nya. Biasa nya Mya akan bercakap sendirian. Zafri pula macam biasa jadi patung cendana.

Mya meletakkan buah yang dia kupas. Kadang-kadang Mya yang kena suapkan makanan untuk Zafri, tapi Zafri tak makan pun. Muka nya pun dah cengkung.

"Aku... aku tak tahu kenapa diri aku jadi macam ni." Akhirnya Zafri mengeluarkan suaranya. Mya menghembus lega. Keluar juga suara Zafri akhirnya. "Zaf... aku tak tahu kenapa kau jadi macam ni, tapi kau kena bangun daripada penyakit kau ni. Keluarga kau banyak kali berdoa agar kau cepat-cepat sembuh." Zafri mengeluarkan air matanya. Buat pertama kali air matanya menitis.

Dia tidak tahu kenapa dia seperti ni sejak dia jumpa bekas tunang nya, seperti ada sesuatu yang menyerang nya. "Maaf kan aku.. aku tak patut buat keluarga aku macam ni." Mya tergamam bila melihat air mata Zafri menitis. Ini baru pertama kali dia melihat seorang playboy menitiskan air matanya.

"Kau patut tabahkan diri kau untuk hadapi semua ni." Sedikit demi sedikit Mya mula memberi kekuatan kepada Zafri. Entah kenapa Mya rasa sebuah melihat air mata zafri yang mengalir.

Zafri menggelengkan kepalanya. "Kau tak faham situasi aku. Kau tak faham... hati aku sakit, hati aku terluka. Semua tak faham situasi aku, semua ingat aku orang gila. Pernah sekali papa nak hantar aku pergi hospital sakit jiwa. Aku tak nak. Aku mengamuk masa tu, aku tak dapat kawal diri aku.." Air matanya semakin lebat mengalir di pipinya. Mya faham situasi Zafri, mungkin Zafri perlukan ruang untuk bersendirian.

Mya keluar dari wad Zafri, dia pun perlukan ketenangan juga. Dia pergi ke taman yang ramai dengan pesakit dan pelawat. 'Ibu, Mya rindu ibu.. sampai bila Mya kan berkeadaan seperti ni. Mya buntu.' Mya duduk di bangku berdekatan dengan kolam ikan.

Kelihatan seorang anak menyuap makanan kepada ibu nya. Mya terasa sebak, sudah lama tidak merasakan masakan ibu nya. Bila lah nak balik kampung. Mya mengeluh berat.

Air matanya tiba-tiba saja mengalir, murah sungguh air matanya nak mengalir, Mya mengesat air matanya apabila sesorang menyentuh bahunya. "Kau menangis?" Sapa Zafri. Zafri mengambil tempat duduk bersebelahan Mya.

"Ada masalah ke? Share lah dekat aku." Tiba-tiba saja Zafri jadi prihatin terhadap Mya. Sejak perempuan bertudung litup ni menjaga nya siang malam, hati nya sedikit sebanyak tersentuh dengan perlakuan Mya terhadap diri nya. Adakah Mya suka pada nya?

"Umm.. aku tak apa-apa. Kau buat apa dekat sini? Nurse tak cari kau ke?" Tanya Mya. Dia perlukan masa untuk bersendirian tapi Zafri datang pula.

Zafri tersenyum manis sehingga nampak lesung pipit nya. "Nurse tahu aku nak keluar ambil angin. Dah lama tak ambil angin dekat luar. Rasa nya aku yang banyak menghabiskan masa aku dengan termenung. Haaaa!" Dia menggeliat, badannya di regangkan.

Mya memandang pelik melihat Zafri. "Yaaa. Gwenchana(okey)?" Tanya Mya. Dia pelik melihat Zafri yang sudah sihat, tadi bukan main menangis la..

"Don't worry... aku dah sihat." Zafri faham apa yang dikatakan oleh Mya sebentar tadi. Bukan dia tak tahu, Mya ni peminat kpop.. tengok wallpaper fon dia gambar mamat korea. Tengok music dia semua lagu korea. Sah lah si Mya ni fenetik korea..

"Hmm, macam mana kau boleh tahu bahasa korea hah?" Mya teringin juga nak tahu tentang Zafri ni. Mesti ada yang menarik tentang nya.

Zafri tertawa. "Nak tahu?" Mya mengangguk laju. "Kenalah kawin dengan aku dulu. Barulah aku bagi tahu semua tentang aku. Lagi pun tak best lah aku cerita semua tentang aku dengan orang yang belum lagi sah dengan aku." Kening nya terangkat. Mya mengetap gigi nya. Geram!

Mentang-mentang la dah sihat, terus nak kena kan orang. Mya bangun dari situ dan meninggalkan Zafri sendirian. Lantak la sana, dah sihat.. tak payah susah-susah aku nak jaga mamat gila ni. Ops! Tak boleh gelar dia mamat gila, sensitif. Umm, panggil mamat ciwek la. Suka sangat menangis, macam baby baru lahir je. Hahaha. Mya, Mya.. jahat betul kau ni kutuk dia, nasib baik dia tak dengar apa yang akhirnya cakap dalam hati.

Sudah 3 hari Zafri di benar kan pulang ke rumah. Dan 3 hari tu Mya terpaksa jadi nurse tak bergaji dekat rumah dato' Zikri untuk menjaga Zafri anak manja. Datin Eilza pernah beritahu dekat Mya, sebelum ni ada nurse juga yang jaga Zafri. Tapi nurse tu cuti bersalin. Jadi nya Datin Eilza minta Mya jaga Zafri untuk seketika.

Televisyen di ruang tamu di hidup kan. Bosan betul duduk rumah agam milik Datin Eilza, bukan pun Zafri nak ajak bersembang. Apabila tiba waktu pagi, semua penghuni rumah akan hilang lesap di rumah. Datin Eilza pergi ke persatuan nya, Erina pula pergi kolej lepas tu makan dekat luar, bukan nak balik temankan Mya di rumah. Dato' Zikri pula pergi menguruskan syarikat nya. Zafri cuti terpaksa lah Dato' Zikri pergi kerja.

"Woi, aku lapar.. buatkan aku makanan. Cepat." Arah Zafri. Mya buat derk je, malas nak layan mamat manja ni. Bukan boleh pakai sangat dia ni. Sikit-sikit waras, sikit-sikit jadi bengong.

Kepala Mya di tolak lembut. "Mya, buatkan aku makanan. Aku lapar." Barulah Mya bangun dan pergi ke dapur. "Lain kali panggil nama, aku ada nama, tak payah panggil Woi." Sindir Mya. Zafri mencebik bibir, malas nak cari gaduh.

Sofa di ruang tamu menjadi tempat pembaringan Zafri sementara menunggu makannya siap baik dia menonton movie, lagi best. Pendrive milik Zafri di cucuk di tepi televisyen, senang nak tengok cerita, tak payah beli CD.

Cerita filem jurassic world menjadi pilihan Zafri. "Ni aku belum tengok kot. Cuba lah." Baru saja Zafri ingin baring, bau datang dari dapur sangat mengasyikkan. Sedapnya bau.. Zafri menekan pause lalu dia pergi ke dapur untuk melihat apa yang Mya masak.

"Kau buat apa tu?" Tanya Zafri. Nampak sedap, pandai minah brutal ni masak. Ingatkan tak boleh masak.

"Tanam jagung, kenapa? Tak pernah tengok timbang tanam jagung ke?" Mya membuat loyar buruk nya. Dah terang tang tang aku masak untuk dia, tiba-tiba je tanya.

Zafri menjeling. Pandai betul menjawab. Ingat kelakar? Dia duduk di kerusi berdekatan dengan dapur masak dimana Mya berdiri di situ. Zafri melihat Mya dari atas sampai ke bawah. Ada Sesuatu yang menarik perhatian Zafri untuk terus memandang minah brutal ni.

Tangannya tiba-tiba menjadi seram sejuk, seperti ada seseorang yang sedang memerhatikan Mya dari dekat. Mungkin si Zafri kot. "Dah siap makanan kau.." Mya tidak pandang ke belakang kerana Zafri masih lagi memerhatikan nya.

"Takkan aku nak makan sorang-sorang. Temankan lah aku makan. Jom, kita duduk dekat Sofa sana." Zafri mengajak Mya untuk temankan nya. Niat sebenarnya adalah untuk mengusik Mya, biar minah brutal ni cuak.

Ouh, Sorry lambat update. School is coming. Excited nak jumpa kawan yang sudah lama tak jumpa, Excited nak belajar.. Dah lama tak belajar.

Btw gambar dekat atas tu adalah gambar Zafri, imaginasi saya. Handsome tak? Macam mana pula imaginasi korang? Nak cakap sikit je, Zafri ni susah sikit nak faham bila dia ni suka dekat sesorang. Nak tahu macam mana pelik nya. Baca next page.

Please leave your vote and comment before your going to next page. Thanks.




Kekasih Part TimeWhere stories live. Discover now