Pintu rumah banglo tiga tingkat di buka oleh Mya. Kelihatan Datin Eilza sedang membaca majalah di ruang tamu. "Assalamualaikum, umi. Nampak Zafri tak? Tadi Zafri ada call Mya suruh balik. Masa Zafri call Mya, suara Zafri lain sangat. Sebab tu lah Mya balik." Kata Mya dalam kegelisahan.
Datin Eilza senyum. "Zafri ada dekat atas. Pagi tadi dia tak nak sarapan, tak tahu pula kenapa. Umi ingat nya belikan sarapan untuk dia. Zaf merajuk agaknya, dia ni kalau merajuk susah sikit nak pujuk." Datin Eilza tertawa. Dia teringat anak teruna nya ketika berumur 9 tahun, merajuk habis di sebabkan papa nya terlupa membawa buah tangan dari luar negara. Mogok makan, tak mandi selama seminggu. Teruk benor perangai nya.
********Pintu bilik di buka perlahan oleh Mya, takut seseorang menyedari kehadirannya. Tiada? Dimana Zafri pergi? Dekat bilik persalinan tak ada, dekat bilik air tak ada, dekat beranda tak ada. Habis tu dimana?
Mya turun dan mencari Zafri di setiap ruang bilik di rumah banglo tiga tingkat itu. Bilik bacaan tak ada, bilik gym tak ada, bilik ofis tak ada, bilik muzik pun tak ada kelibat Zafri. Mya pergi ke rumah tamu, kelihatan umi masih lagi khusyuk membaca majalah. Mya tidak mahu menganggu umi yang sedang membaca, biarlah dia cari seorang saja.
Mya berjalan ke swimming pool, di situ hanya ada Kamal dan Maya sedang bermain di swimming pool, kelibat Zafri masih lagi belum muncul. Mya duduk di kerusi malas, penat dia mencari Zafri yang hilang kemana.
"Awak cari saya?" Suara Zafri menjelma. Mya sedikit terkejut. Wajah Mya di pandang lama, dalam hatinya ada terasa marah sedikit pada Mya kerana tidak memberitahu padanya jika ingin keluar. Puas dia cari Mya merata tempat, rupanya umi memberitahunya, Mya keluar sekejap. Zafri pula membalas balik apa yang Mya lakukan pada nya.
"Kau pergi mana? Puas aku cari? Kenapa kau minta tolong ni?" Dari raut wajah Zafri, Mya dapat mengesan kemarahan, merajuk daripada wajah Zafri.
"Aku pergi jalan-jalan pusing satu rumah nak cari seseorang rupanya dia takde dekat rumah." Sindir Zafri. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh seperti ni. Biasa nya, Zafri akan merajuk pada orang yang dia sayangi, tapi takkan lah dia dah jatuh cinta pada perempuan di depannya? Tak mungkin, mainan perasaan kut. Cepat-cepat Zafri mengusir perasaan itu. Dia takkan jatuh cinta buat kali keduanya, cukuplah dia tertipu dengan bekas tunangnya nya.
Zafri membuka t-shirt nya lalu di campakkan tepat pada muka Mya. "Aish, kalau merajuk pun tak payah la nak campak baju tu dekat aku." Rungut Mya. Baju Zafri di letakkan di tepi tempat duduk nya.
"Akak, jom lah main dengan kitaorang. Abang Zaf pun ada." Kamal sudah mempelawa kakaknya untuk masuk ke dalam swimming pool.
Awal-awal lagi nya sudah menggeleng. Tak nak lah, dia bukan pandai sangat berenang ni, lain lah macam maya dengan kamal. Diaorang dah mahir bab-bab pasal masuk air ni. Kalau aku masuk air, awal-awal dah lemas. Mya menggeleng.
Maya berbisik sesuatu pada Zafri. Sepertinya Mya dapat menangkap sesuatu yang tak kena, dan sekejap lagi bakal berlaku. Cepat-cepat Mya bangun daripada kerusi malas, dia dah tahu plan mereka berdua, dasar pembuli.
Zafri menjerit nama Mya. Panggilan itu Mya tak endah kan. Dia dah tahu taktik kotor suami nya. Sudah lah, itu taktik dah lapuk, semua orang dah tahu. Mya pergi ke rumah tamu, umi sudah tidak kelihatan. Mungkin umi pergi ke persatuan agaknya.
Maya berlari ke ruang tamu dengan baju yang masih basah kuyup. "Akak, adik.. adik lemas. Kaki nya kejang." Mya sudah gelisah. Lemas? Kejang? Mya terus pergi ke swimming pool.
Mana ada kamal.. Mya masih lagi di tepi swimming pool, mencari adik bongsunya. Tak ada? Adik, jangan lah buat akak risau.
Kedebush!
Tidak semena-mena Mya tergelincir dek kerana air yang licin. Kedengaran mereka tertawa melihat Mya masuk ke dalam air. "Akak ni memang tak pandai berenang lah. Lain kali hati-hati semasa berjalan. Kamal ada dengan abang Zaf." Mya agak terkedu, sampai hati mereka mentertawakan nya. Adakah ini sebuah jenaka? Tahu lah aku tak pandai berenang.
Tiba-tiba kaki Mya terasa kejang, kenapa saat ni kaki aku tiba-tiba je kejang. Alamak! Tenggelam timbul Mya di dalam air. "Tolong aku!" Saat ini dia berharap ada lah hamba Allah yang selamatkan nya.
Zafri menjadi gusar, takkan swimming pool yang cetek ni boleh dia lemas? "Abang... maya rasa kaki akak kejang. Dia tak boleh lama-lama dalam air." Kata maya. Zafri cepat-cepat terjun lalu menyelamatkan Mya yang hampir lemas.
"Le..lepaskan aku.." Mya memukul bidang dada Zafri. Dia sakit hati dengan Zafri, sampai hati dia ketawakan aku.
Pinggang Mya di peluk oleh Zafri, walapun agak sakit apabila Mya memukul begitu kuat pada dada nya, tapi dia masih lagi bertahan. "Shhh! Kalau saya lepaskan awak, awak nanti lemas. Nak ke saya buat CPR dekat awak?" Zafri sudah mengugut Mya.
CPR? Cepat-cepat Mya menggeleng. Tak Nak lah... "Aku nak naik. Tengok lah baju aku dah basah. Kau punya pasal lah ni." Marah Mya.
Zafri tertawa. "Awak yang jatuh sendiri, bukan saya yang tolak. Lagipun kita kan sama-sama basah.. apa kata... kita..." Serta merta Mya memotong apa yang dikatakan oleh Zafri.
"Kita apa? Dasar otak kuning. Malas aku nak layan kau, buat sakit hati je." Zafri ketawa dengan kuat, Mya menutup telinga.
Baru Mya perasan suaminya sudah tidak dengan merajuk nya. Mungkin dia terlalu risaukan aku kut tadi... Mya menggeleng kepala berkali-kali, tidak! Mustahil dia risaukan aku, dia kan playboy. Dia takut kalau dia akan bertepuk sebelah tangan, Mya harus mengusir perasaan ni.
******Hari hujung minggu pada minggu ni akan diadakan majlis kesyukuran kepada ZI holdings yang menerima tender besar daripada klien. Mya amat lah malas nak pergi disebabkan oleh ramai VVIP yang datang, tiada kawan nak berborak kosong, tak suka sangat pada golongan bangsawan, usahawan ni.
"Mya! Cepatlah siap. Tepat pukul 9 malam, majlis akan mula." Zafri sudah mula membebel. Tahulah kalau Zafri membebel, mengalahkan perempuan.
"Kalau aku tak nak ikut? Boleh tak?" Tanya Mya. Dia harap Zafri akan benarkan dia duduk rumah. Tolong la!
Zafri menggeleng kepala. "No way. Awak sebagai isteri saya kena ikut cakap saya. Apa yang saya suruh awak ikut, apa yang saya larang awak jangan buat. Faham?" Sudah.. Zafri sudah mengungkit-ungkit, ni yang Mya tak suka.
"Okey, aku akan siap. Tapi aku tak nak duduk dengan VVIP. Bosan." Mya menunjukkan tanda protes nya. Biar Zafri tahu yang isterinya ini bukan orang berada. Mya sedar pada diri nya, dia hanya lah menumpang kesenangan saja.
Gong xi fa cai. Minggu ni syira tak sempat nak fast sangat update sebab syira ada kenduri di JB. Next time syira akan update. Okey?
Leave vote....
Saranghaeyo, chingu!
YOU ARE READING
Kekasih Part Time
RomancePublished : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku.... aku.. nak minta tolong kau, tolong menyamar jadi kekasih aku dekat depan keluarga aku. Please!!! -Za...