~BAB 4~

8.4K 266 4
                                    

Pagi macam ni mesti aku tidur balik. Tapi sekarang tak boleh sebab kena berdisiplin. Berusaha!

Selepas sarapan pagi dan buat apa yang patut Daviena diberi arahan untuk siram pokok bunga dan kemas taman. Mak ai besar nya taman ni macam padang bola. Mana taknya kalau kat rumah semua orang buat.

"Ena ni paip kamu siram pokok yang kat sana" Mak Kalsum bagi wayar untukmsiram pokok.

"Orait"

Siram pokok pagi pagi memang bagus untuk pokok. Kalau tanaman opah yang di cameron highlands aku kena gali baja tanam siram semua kena buat. Kalau Mak Kalsum suruh tanam pokok pun boleh.

Cantiknya makcik yang tanam bunga tu. Makcik tu mesti Puan Aliya. Dia lain dari Puan Rasyida yang muka bengis sikit. Senyum pun nampak susah. Kalau yang ni nampak lembut ayu.

"Mama Riez pergi dulu" mama mamat spek yang semalam rupanya. Ciuman di dahi untuk mamanya nampak kasih yang terlampau dalam.

"Hati² drive" pesan Puan Aliya.

♣♣♣♣♣♣

"Budak ni tenung aku macam tu kenapa? " Adam Rizky perasan yang Daviena tenung dia dari tadi.

"Awak nak saya tolak gaji awak yang first ke untuk air yang awak bazirkan" perbicaraan Adam Rizky mengejutkan Daviena.

"Maafkan saya Encik" Daviena mintak maaf sambil tunduk. Tak nak bertembung.

Kalau dia tolak gaji aku sia-sia aku kerja keluar peluh selama sebulan dah lah gaji pertama aku seumur hidup walaupun hanya projek.

Adam Rizky tergelak kecil sambil kenyit mata ke arah Daviena yang sedikit terkejut dengan teguran Adam Rizky.

Toyota Harrier selamat keluar dari pagar besar.

Kenyit mata kat orang dah lah tak handsome pakai spek pulak dia tak boleh nak kalahkan Lee dong wook aku. Oh Abang Lee dong wook.

Selesai kerja di taman kena buat kerja dikolam pulak. Punyalah besar kolam kalah rumah aku. Rumah aku private swimming pool memang tak boleh besar².

Kenapa lah tuan rumah ni di tanamnya pokok keliling kolam ni susah nak bersihkan. Banyak kali kena selam nak ambil daun guna jaring dari darat tak sampai.

"Mak kalsum Ena masuk dalam kolam eah" Daviena dapatkan Mak Kalsom.

"Kamu pandai berenang ke? Kalau boleh Mak Kalsum tak payah panggil Adly untuk bersihkan dalam kolam"

"Yeah" lama tak mandi kolam.

Mandi mandi juga kerja kena buat. Banyak daun masuk dalam kolam. Kolam ni kena bersihkan 4 kali seminggu.

Usai membersihkan kolam. Bersihkan diri. Happynya, nasib hari kerja kalau cuti minggu memang tak merasa kolam yang luas terbentang.

Tapi aku rasa macam tertinggal atau aku tak ambil dari awal tapi apa dia...

"Alamak tower aku lupa. Takkan nak masuk dalam keadaan basah kuyup macam ni. Tunggu Mak Kalsum lah jawabnya.

"Ena kan" Datang seorang lelaki dengan membawa tower ke arah Daviena.

Badan Daviena diselimuti tower besar berwarna biru tua.

Rupa-rupanya Abang Adly pembersih kolam selama ni dan merangkap driver peribadi pemilik rumah agam ni.

Aku takkan tackle suami orang biarpun dia handsome berkulit hitam manis. Tapi Aku minat lelaki polite macam tu. So sweet!

♣♣♣♣♣♣

Lepas rehat dalam pukul 3 Daviena sambung kerja kemas buku di tingkat 2.

Sambil² kemas buku dapat juga timba ilmu. Banyak sangat buku kebanyakkan buku bisness. Novel pun ada. Pepatah melayu kata sambil menyelam minum air.

Opocot!

"Terkejut aku. Siapa pulak budak ni. Aku ingatkan hantu tadi" Daviena tenangkan diri selepas merasa jantung nak tercabut.

"Ahahah, kakak saya bukan hantu" budak perempuan berambut sedikit perang mendekati dan mencuit lembit pipi Daviena.

"Adik cari apa?" tanya Daviena. Mana tahu boleh bantu cari.

"Buku kira²untuk Abang Nufa"

Siapa pulak Abang Nufa yang budak perempuan ni katakan.. Ramai lagi aku tak tahu dan tak kenal pasal rumah ni. Dah tu kawan dengan Mak Kalsum je. Hihihi

Sori kalau typo...
Susah nak elak...
Manusia tak sempurna kannnn...
Teruskan komen n voted...

KAU BUAT AKU RESAH M.A.I.D PROJEKWhere stories live. Discover now