"Are you okay sis?" tanya budak perempuan berbangsa cina membantu Daviena bangun.
"I am okay, thank you" balas Daviena.
Hati Daviena membara untuk main balance wheel sampai boleh. Nufa siap boleh buat style dengan balance wheel. Pakcik yang owner siap tepuk tangan. Nufa nampak kenal rapat. Tapi... malas nak campur tepi kain orang.
Entah kali ke berapa Daviena jatuh...
Kasut niiii... macam kenal takkan lah... Mata bergerak dari kaki sampai atas. Si penyibuk.
"Kalau tak pandai main tak payah main" sindir drastik Rizky Khun.
Saja lah tu nak sakit kan hati orang plus nak buat orang putus asa. Tak ada sifat perhatian langsung. Macam dia pandai main sangat. Menyampah Daviena.
"Sini saya tunjuk cara yang betul. Awak tak reti balance sampai awak jadi nenek pun takkan balance" ehhh suka hati dia aje nak mengata aku. Marah Daviena.
Nampak gaya Rizky Khun reti main siap skill. Selepas Rizky ajar barulah Daviena dapat main. Nanti aku nak suruh ayah beli satu. Huhuhu.
Dah nak masuk pukul 12 patut rasa panas pun. Nufa dah berhenti main. Puan Rasyida dah balik. Ni mesti kerja Rizky Khun.
"Ena Ena !!! Nufa nak air. Nufa dahaga" Nufa menarik hujung baju Daviena.
"Okay. Jom kita pergi beli" Daviena terus menuju ke trak air berais. Segar minum time panas dan dahaga.
"Encik Rizky nak?" tanya Daviena kepada bakal driver yang bakal hantar pulang. Rajin!!!.
"Saya nak coklat vanilla" pesan Rizky sebaik sahaja ditanya.
Nufa pesan Apple milk and Daviena oreo chocolate. Tiga² berbeza.
Mamat ni tak buka tingkap ke masa keluar? Panas betul dalam kereta ni. Rasa macam nak meletup dah ni. Kalau duduk depan mesti aircond dekat. Tapi dah duduk seat belakang dengan Nufa jadi lambat sikit rasa Aircond.
"Nufa kenapa minum air guna strow boleh melelah" Daviena ambil sapu tangan warna hijau muda mengelap mulut Nufa.
Mengada... Kamain tunjuk show romantika depan aku. Tinggal baru tahu. Balik jalan kaki. Rizky Khun berdengki.
Nufa menumpang bahu Daviena untuk alas kepala. Nampak macam pasangan kekasih. Mungkin penat main tadi. Tanpa sedar Daviena pun terlelap sama.
Mata Rizky Khun susah nak straight pada jalan asyik tengok cermin tengah tengok keadaan 2 orang belakang dah macam raja dah.
♣♣♣♣♣♣
Satu badan Daviena diselimuti dengan minyak angin. Rasa sakit badan. Lepas solat maghrib baru Daviena masuk tidur hilangkan penat dan sakit jatuh tadi.
"Ena bangun dah pukul 3 pagi, cepat solat isya' " Mak Kalsum mengejutkan Daviena yang lena dibuai mimpi.
Badan Daviena bergerak sikit tanda nak bangun. Dengan keadaan lemah Daviena mencapai tuala di hanger untuk mandi bau minyak angin masih melekat di tubuh.
Usai solat isya' yang dah lewat tapi still waktu isya' Daviena masuk ke dapur untuk menghilangkan rasa lapar amat sangat.
"Ada manggi bestnya" Daviena membuka laci kabinet.
Dengan bahan yang ada iaitu sayur, udang dan telur. Daviena campak kesemuanya dalam manggi. Bukan satu bungkus tapi dua bungkus Daviena bedai.
Aroma yang menusuk hidung. Bestnya. Comfirm kenyang sampai besok. Sekarang dah nak pukul 4 awal lagi.
Satu mangkuk penuh terhidang di meja makan didapur. Dengan lafaz bismillah. Suapan demi suapan masuk kedalam mulut Daviena.
Seronok makan. Aku pun lapar. Haaa aku ada ideal.
Rizky Khun menuang air dalam gelas dan mengambil sudu dan garpu dalam kabinet. Rizky Khun menarik kerusi di tepi Daviena.
"Nak juga"
Sibuk betul mamat ni nak makan pun tak senang kalau tahu dia nak datang dengan sudu dan garpu bagai aku dah makan dalam bilik tadi.
"Saya buat yang baru untuk Encik Rizky"
"Kita share lah, nampak banyak tu awak habis ke ? Saya lapar ni" tanpa jawapan Daviena Rizky Khun terus menarik mangkuk saiz besar dan makan.
Suka hati aje. Terpaksa lah share,...
Next episode lambat lagi nak update...
Busy memanjang...
Kalau ada time i update...
Terus komen n voted...
Ha ah tu aje kerja nyer ..
YOU ARE READING
KAU BUAT AKU RESAH M.A.I.D PROJEK
RandomDisebabkan projek dari profesor Firda dari falkuti Seni. Daviena Safiaa terpaksa menjadi pembantu rumah. Apa yang patut Daviena lakukan?? Seorang yang terpengaruh. Hati yang keras akhirnya di hancurkan oleh seorang gadis. Pemilik hati Adam Rizky Khu...