"Mama adik sakit kepala lah" Daviena merengek macam budak kecil.
Mama buat dont know. Tahu yang anaknya tak nak ke majlis malam ni. Kalau ada events apa² mesti Daviena tak nak ikut. Kalau dipaksa betul-betul baru nak pergi.
"Adik tak sayang ayah ke? Anak ayah ada dua orang je tau. Mama dh prepair aduk punya baju" berusaha memujuk.
Hurmmm...
Setelah berjaya memujuk Daviena. Datin Husna terus ke Hotel.
"Adikkk... Aunty pesan pergi dgn Mika" perli Mikail dengan menggunakan perkataan 'adik'.
Erkk!!! nak kena penampar ke? Suka hati panggil aku adik. Dia ingat aku ni adik dia.
♣♣♣♣♣♣
Lepas isya' mereka semua pakai baju untuk majlis. Ayah dan abang bersiap lama dah.
"Adik!!!! Lamanya tak jumpa " Abang Adrian datang mengejut dengan meluru masuk ke bilik Daviena.
"Abang ke ni? Hahahahah" Daviena gelak besar melihat abangnya sekarang.
"Asal gelak?"
"Abang dah gemuk lah. Padan pun Bobo Davie gemuk" Daviena tak berselindung terus shoot cakap yang abangnya sedikit berisi.
"Ini bukan gemuk tapi sado. Baru nampak seri muka abang kan. Kacak tak? " terangkat hidung² puji diri sendiri.
Daviena menjelir lidah...
Mana taknya. Dulu abang bab makanan jaga beno. Sekarang dah naik 8 kilo. Alasannya pergi gym.
♣♣♣♣♣♣
Kebanyakan yang hadir di majlis Ayah dari kedutaan jepun dan orang yang berhubung kait dengan company ayah yang baru.
"Davie lamanya kau bersiap" Dania menarik tangan Daviena ke meja khusus untuk ahli keluarga.
"Mak andam tu lah. Make over muka aku. Punylah tebal macam aku ni tak cantik. Dahlah makeup macam hantu pontianak. Sebab aku bersihkan muka and makeup yang baru nilah aku lambat turun" bebel Daviena. Dah hilang sabar agaknya.
Dania mengiyakan. Bahkan Dania dah masak perangai Daviena yang tak suka makeup.
Sebelum bertembung dengan Dania ramai yang menegur Daviena disebabkan warna gaun yang dipakai khusus untuk family Daviena. Mint blue warna kegemaran Dato' Dafiee.
Remas betul!!!!Nak jadikan menantu pun ada.
"Mikail mana?" Pelik. Takkan jadi juru acara kot tiba-tiba menghilang.
"Entah. Aku turun pun sorang-sorang" balas Dania sebelum menyuap tart telur ke dalam mulut.
"Aku nak ambil cocktail kejap. Nampak sedap je"
Tinggg!!!!
Inbox...
Datang kat mama sekarang. Mama nak say something.
Mama ni dah kenapa? Baju yang entah apa² yang mama design aku pakai. Apa lagi salah aku ni? Macam marah.
Tak payah dicari mama dah ada dekat depan sana. Daviena jalan selamba badak. Pokoknya dia tak buat salah. Kalau salah dah lama aku masuk bilik. Tidur!
"Kenapa adik pakai kasut Converse. Kan mama dah sediakan. Adik ingat ni padang, tempat lepak?" Tegur mama.
Pakai kasut heels tu. Silap langkah tersungkur aku macam beruk jatuh pokok adalah. Bukannya nampak sangat aku pakai kasut ni. Warna mint blue jugak cuma terang sikit dari kaler gaun ni hah.
"Iya mama. Davie pergi tukar sekarang" Daviena menurut perintah.
Sebaik sahaja Daviena pusing 180 darjah....
♣♣♣♣♣♣
"Ena" panggil Puan Aliya.
"Aunty Aliya" Daviena terkejut dengan kehadiran bekas majikannya.
"Allahurabbi, lama dah tak jumpa Ena" Puan Aliya terus memeluk Daviena setelah memanggil Daviena. Perasaan bersalah Puan Aliya sukar dipadam walupun Daviena tidak memerlukan permohonan maafnya.
Setelah terlerai pelukan antara Daviena dan Puan Aliya. Datanglah Putra kesayangan Puan Aliya.
Datin Husna tak nak mengganggu perbualan anak daranya jadi Datin Husna menyibukkan diri dengan melayan tetamu datin² dan puan² yang hadir.
Apa yang akan berlaku seterusnya yer...
Macam nak habis je cerita ni...
Nak panjangkan pun... mesti korang boring kN...
So, stay tuned...
Tapii... tengoklah mcm mana penceritaan seterusnya...
Okay..
YOU ARE READING
KAU BUAT AKU RESAH M.A.I.D PROJEK
RandomDisebabkan projek dari profesor Firda dari falkuti Seni. Daviena Safiaa terpaksa menjadi pembantu rumah. Apa yang patut Daviena lakukan?? Seorang yang terpengaruh. Hati yang keras akhirnya di hancurkan oleh seorang gadis. Pemilik hati Adam Rizky Khu...