Kisah bermula apabila Harith Hamka melamar Heliza Helzi. Di rumah gadis itu kelihatan Haji Muhammad dengan muka yang sedikit tegang itu membuatkan Harith takut untuk memandang. Ibu Heliza, Puan Khadijah hanya tersenyum memandang Harith Hamka yang sudah takut-takut itu.
Harith yang lurus bendul itu menceritakan kehidupannya dan pekerjaannya. Dia takut lamarannya tidak diterima oleh Haji Muhammad. Heliza Helzi juga takut akan ayahnya yang agak tegas tentang bakal suami untuknya.
Harith Hamka bersedia membuat apa sahaja untuk menghalalkan Heliza Helzi. Melopong mulut Harith Hamka tatkala melihat senarai syarat yang ditetapkan oleh Haji Muhammad untuk menjadi suami Heliza Helzi.
Tempoh diberi adalah 6 bulan. Harith Hamka yang lurus bendul itu tekad untuk meneruskan juga syarat-syarat itu. He will make it halal .
Selama 6 bulan itu, bermacam-macam dugaan Harith Hamka. Selama 6 bulan itu, dia bertungkus lumus dan mendekatkan diri kepada Allah. Sesungguhnya Allah yang menentukan segalanya. Dia memohon doa agar dipermudahkan urusan dan memohon agar Heliza Helzi menjadi yang halal untuknya.
Syarat-syarat Haji Muhammad membuatkan dia sedar betapa susahnya untuk memiliki gadis solehah seperi Heliza Helzi. Bak kata Haji Ahmad, jika hendak yang solehah, diri harus jadi yang soleh dahulu.
Harith tahu segala usahanya adalah satu risiko buat dirinya. Dia cuba sedaya upaya dan berharap agar usahanya diberkati oleh Allah. Semoga dipermudahkan olehNya.
I will make it halal! - Harith Hamka
YOU ARE READING
Make It Halal - Completed
Non-FictionHarith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya memerlukan usaha untuk terus hidup. Kerjanya hanya menolong membersihkan masjid. Upah akan diberi oleh Haji Ahmad. Harith hidup keseorangan s...