"Saya malu, pakcik. Saya banyak dosa. Allah mesti tak suka saya..." Rintih Zul. Haji Roslan menggelengkan kepala.
"Pintu taubat sentiasa terbuka, Faizul. Itulah tanda Allah menyayangi hambaNya. Jangan bersangka buruk kepada Allah. Allah itu Maha Pengampun. Maha Penerima Taubat, jadi mintalah selagi masih hidup. Bertaubat selagi nyawa di badan. Allah buka peluang kepada hati Zul. Apapun, husnudzon lah" nasihat Haji Roslan. Dia bukan tidak tahu, Allah sudah membuka pintu hati Zul untuk berubah. Lelaki muda ini harus diberi semangat. Takdir Allah juga menemukan dia dengan anak muda ini. Ada hikmah disebalik kejadian. Mungkin Allah mahu dia menjaga Zul.
"Tapi saya banyak sangat dosa, pakcik. Allah masih terima taubat saya ke?" Mana tidak risaunya. Senang-senang pakcik di hadapannya ini mengatakan bahawa Allah itu akan mengampunkan dia. Bukankah dia jijik untuk berhadapan dengan Allah? Banyak sangat dosa sehingga malu untuk berhadapan dengan Allah, malu untuk bersujud kepada Allah.
"Faizul, dalam dunia ni kita buat dosa, kita buat maksiat. Dan sudah tentu manusia itu semuanya tidak sempurna. Walau banyak manapun dosa kita, dan kita nak bertaubat. Maka, Allah akan beri kita keampunan. Perasan tak? Kenapa Zul tiba-tiba memikirkan soal dosa, soal jijiknya diri Zul terhadap Allah. Perasan tak? Dan dari mana kesuburan perasaan itu datang? Allah, Zul. Allah yang bukakan hati kita saat kita hendak berubah. Itulah hidayah. Hidayah Allah itu cukup sempurna. Zul jangan sia-siakan hidayah Allah ni. Istiqamahlah dengan hidayah Allah ini. Bukan senang tahu Allah nak bagi kita hidayah, nak tahu? Hanya orang yang dipilih Allah sahaja yang dapat hidayah ni iaitu orang yang berusaha hendak berubah dan merasa rendah diri di hadapan Allah... Zul harus kuat. Kejar cinta Allah, nescaya Allah akan menarik kita dalam lautan cintaNya" sungguh indah nasihat yang diberikan Haji Roslan. Zul terkedu dan sedikit kagum dengan susunan kata Haji Roslan.
"Menangislah, Zul. Air mata orang yang bertaubat ini, matanya akan bercahaya di akhirat kelak, wallahu a'lam" kata Haji Roslan lagi lalu menggosok belakang Zul. Zul menangis tersedu-sedu. Rasa diri sangat hina di hadapan Allah. Rasa tidak layak untuk mengadapkan muka meminta dan merintih agar diampunkan dosa. Sedangkan dosa selama ini terlalu banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya.
"Zul janji Zul akan berubah, Zul nak pakcik bantu Zul supaya Zul dapat terus istiqamah dalam penghijrahan Zul ni" kata Zul lalu menyeka air matanya. Haji Roslan tersenyum suka. Alhamdulillah, Kau tarik dia kembali. Terima kasih, Ya Allah.
******
Harith sedang mengalunkan ayat suci al-Quran. Rasa tenang hatinya apabila ayat-ayat ini dibaca. Segala masalah seakan-akan pudar di ingatannya. Selepas kejadian pertelingkahan dia dan Heliza, Harith lebih banyak memuhasabahkan diri. Dia alpa dengan tanggungjawab sebagai seorang suami yang baik. Apapun, segalanya sudah lepas. Mereka sudahpun berbaik-baik. Cuma rasa janggal hendak berbual-bual. Entah Heliza lebih banyak mendiamkan diri. Harith jadi bingung.
Selesai membaca al-Quran, Harith mengucup kitab itu sebanyak tiga kali. Setelah itu dia meletakkan kitab Allah itu di atas meja kecil. Matanya menoleh ke arah Heliza yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik.
"Umi dengan abah dah tidur?" Soal Harith. Suasana dalam bilik itu terasa tegang.
"Dah, baru saja tadi. Awak tak tidur lagi?" Soal Heliza pula. Harith menggelengkan kepalanya. Heliza duduk di birai katil. Masing-masing mendiamkan diri.
"Awak!" Serentak mereka berkata. Heliza tertunduk.
"Awak cakaplah dulu" kata Heliza.
"Tak apa, awak cakap dulu" ujar Harith. Heliza menoleh. Dia menarik nafas dalam-dalam. Bulu romanya menegak saat itu. Rasa berdebar di hatinya.
"Saya...saya...rasa bersalah." Harith mengerutkan dahinya.
"Kenapa pulak? Awak ada buat salah?" Soal Harith. Pelik. Mengapa gadis ini rasa bersalah? Tiba-tiba, Heliza menangis. Harith terkejut lantas mendekati isterinya.
"Hei, hei. Kenapa ni? Kenapa nangis ni? Awak masih marah saya ke? Awak benci saya ke? Ke saya ada sakitkan hati awak?" Heliza menggelengkan kepala. Itulah sikap Harith, jika dirinya merajuk atau menayang muka sedih atau sakit, pasti lelaki ini banyak soalnya. Risau agaknya.
"Saya minta maaf, Harith. Saya bukan isteri yang baik..." Harith hanya tersenyum kecil. Perlahan-lahan air mata Heliza disekanya.
"Kenapa cakap macam tu? Awak isteri yang baik. Baik di sisi saya, baik di sisi Allah" kata Harith.
"Tapi, saya banyak buat dosa pada awak. Tipu awak semua..."
"Shhh.." Harith duduk mencangkung di hadapan isterinya.
"Benda yang lepas usah dikenang, apa yang terjadi anggaplah ini takdir Allah. Awak dah minta maaf kan? Saya maafkan.." Senyum Harith. Heliza terdiam. Terharu. Air mata disekanya lagi.
"Mulai hari ni, saya takkan pakai tudung depan awak. Sebab awak adalah suami saya. Awak berhak melihat aurat saya" kata Heliza tekad. Harith tersenyum.
"Tak apa, ambil masa. Saya tak paksa. Yang penting, ke Jannah saya bawa awak. InsyaAllah" kata-kata Harith membuatkan Heliza terharu dan bersyukur mempunyai seorang suami yang penyabar.
"Err, boleh awak peluk saya?" Tanpa segan-silu Heliza meminta. Dia perlukan pelukan saat ini. Harith tersenyum suka.
"Tak payah minta izin, saya sentiasa akan peluk awak" ujar Harith lalu dia memeluk Heliza. Kepala Heliza dilentokkan pada dadanya. Bahu Heliza diusap perlahan-lahan. Heliza tersenyum. Rasa selamat berada dalam dakapan halalnya. Ya Allah, terima kasih ya Allah.
Tunggu bab seterusnya ;)
YOU ARE READING
Make It Halal - Completed
Non-FictionHarith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya memerlukan usaha untuk terus hidup. Kerjanya hanya menolong membersihkan masjid. Upah akan diberi oleh Haji Ahmad. Harith hidup keseorangan s...