Malam akhirnya tiba. Selepas menunaikan solat Mahgrib, Harith dan Heliza berjalan menikmati pemandangan malam di satu festival. Festival seperti "Fun Fair" itu membuatkan Heliza teruja. Ramai orang menjual makanan dan banyak permainan disediakan. Pernah dia bertanya kepada Harith bahawa festival ini sempena apa namun, Harith juga tidak tahu.
"Saya bukan orang Sabah" kata Harith. Heliza tertawa. Ya, lupa pula tentang itu. Harith dan Heliza berjalan melihat suasana festival yang diadakan. Sangat meriah apabila ditambah lagi dengan lampu-lampu yang berkelip. Ramai kanak-kanak seronok bermain.
"Kita nak main apa?" Tiba-tiba soalan dari Harith membuatkan Heliza mengerutkan dahi. Main?
"Hah?" Harith menoleh ke arah Heliza lalu tersenyum.
"Saya nak luangkan masa dengan awak. Dan setiap saat itu sangat berharga" kata Harith. Ahh, lelaki ini. Pandai benar berkata-kata. Heliza tersenyum malu. Sebelum ini, Harith yang malu-malu dengannya. Sekarang? Penyakit itu sudah terkena kepadanya.
"Jom, kita main baling tin" Harith memegang tangan Heliza lalu menuju ke gerai permainan itu. Heliza hanya memandang wajah suaminya. Dia hanya tersenyum saja.
"Argh, tak kena" Harith mengambil lagi bola untuk baling ke arah tin-tin itu. Dia membaling lagi. Akhirnya, tin-tin itu jatuh bertaburan. Heliza tersenyum suka.
Dummm!!!
Tiba-tiba bunyi dentuman kuat menyebabkan semua tin-tin jatuh bertaburan. Heliza menjerit lalu menutup telinganya. Harith memeluk Heliza untuk melindunginya. Arah bunyi dentuman itu sangat kuat kerana berhampiran dengan mereka.
Orang ramai berlari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri. Semua orang ketakutan dan menjerit. Harith memerhatikan apa yang sedang berlaku. Lampu tiang yang elok terdiri habis terjunam di atas tanah.
"Astagfirullah hal a'zim!" Jerit Harith. Harith memeluk Heliza lalu berlari menyelamatkan diri. Mereka berdua menyorok di satu sudut yang agak tertutup. Peluh di dahinya diseka. Harith memegang wajah Heliza.
"Okey? Awak okey?" Panik. Takut Heliza trauma akibat dentuman yang kuat itu. Heliza mengangguk perlahan dengan perasaan yang sangat takut.
"Apa dah jadi ni?" Soal Heliza dengan nada suara yang sedang menahan rasa takut. Harith menggelengkan kepala. Harith memandang sekeliling. Dia ternampak seorang pakcik tua yang terkumat-kamit mulutnya membaca sesuatu. Malam yang penuh warna-warni itu bertukar menjadi suasana ketakutan.
"Pakcik! Apa yang terjadi?!" Jerit Harith memanggil lelaki tua itu. Pakcik itu masih dengan bacaannya. Harith menyahut lagi pakcik itu.
"Selamatkan isteriku..." Kata pakcik itu. Harith mengerutkan dahinya. Jelas kedutan di dahi Harith.
Dum! Dum! Dum!
Bunyi tembakan yang sangat kuat. Heliza menjerit kerana ketakutan. Harith jadi panik. Dia sepatutnya melindungi Heliza. Dia harus melindungi Heliza!
"Shh, saya ada sini..jangan takut. Saya ada, Harith Hamka ada" kata Harith lalu memeluk isterinya. Kedengaran tangisan kecil dari Heliza. Harith cuba mententeramkan sambil menggosok bahu Heliza.
"Argh!" Tiba-tiba seorang lelaki tersandar dengan kaki yang berdarah. Harith terkejut.
"Apa dah jadi ni, bang?"
"Pemberontak! Pemberontak!" Kata lelaki itu. Harith menarik nafas lalu menghembusnya dengan laju. Pemberontak?
"Mereka datang! Mereka menyerang! Lari! Lari!" Kata lelaki itu membuatkan Harith jadi panik, gelisah dan takut. Harith memandang wajah Heliza.
"Kita lari ya? Kita lari.." Heliza menggelengkan kepala. Sungguh, hanya Allah saja tahu betapa takutnya dia. Mengapa semua ini terjadi saat dia sedang berbulan madu dengan suaminya?
"Jangan awak...saya takut" Heliza menggelengkan kepala. Harith menggenggam tangan Heliza.
"Jangan takut. Ingat, Allah ada dengan kita. Allah akan lindung kita. Kuatkan diri. Saya, Harith Hamka bin Muhd Mokhtar akan melindungi isteri saya sendiri, Heliza Helzi binti Haji Muhammad dengan selamat dan bebas dari kekejaman pemberontak ini" kata Harith lalu menatap anak mata Heliza yang berkaca-kaca itu. Heliza menutup mata dengan erat. Air mata mengalir dengan perlahan. Lantas, Harith menyeka air matanya. Heliza membuka matanya.
"Allah ada.." Bisik Harith.
******
Zul berlari menyelamatkan orang ramai dari pemberontak. Pakaian yang membuktikan dia seorang askar membuatkan orang ramai percaya bahawa mereka akan selamat.
"Lari cepat! Lari!" Zul menjerit kepada orang ramai yang menjerit-jerit itu. Zul terpaku apabila terpandang seseorang yang sangat dikenalinya. Seseorang yang pernah berada di hatinya. He..Heliza?
Namun, di sebelah gadis itu kelihatan seorang lelaki sedang memegang tangan Heliza sambil berlari. Zul tergamam. Jadi, benarlah Heliza sudah berkahwin? Zul berlari ke arah mereka.
"Cepat! Lari sini! Ikut saya!" Zul memandang anak mata Heliza. Heliza tergamam. Ya Allah! Terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Dengan pakaian askar, Heliza tahu lelaki itu seorang askar.
"Jom, awak" Harith menarik tangan Heliza lalu mengikut langkah Zul.
******
"Terima kasih... Apa dah jadi sebernanya?" Soal Harith apabila mereka menaiki jip. Heliza sedari tadi terdiam.
"Pemberontak yang inginkan kawasan ini menjadi milik mereka. Saya tak pasti siapa mereka sebernanya tetapi kawasan ini dah tak selamat untuk kamu berdua" kata Zul lalu matanya memandang Heliza yang tertunduk.
"Sejak bila benda ni terjadi?" Soal Harith lagi.
"Saya tak pasti, encik. Menurut ketua saya, perkara ni berlaku tanpa berita dari kami" kata Zul. Harith menoleh ke arah Heliza. Dia memegang tangan Heliza agar gadis itu tenang.
"Kenalkan isteri saya, Heliza. Kami baru berkahwin. Kami berbulan madu dekat sini dan tak sangka perkara macam ni berlaku. Saya Harith" Harith menghulurkan salam. Zul membalas salam dengan senyuman yang sengaja dibuatnya. Harith? Jadi, ini suaminya? Mata Zul memandang Heliza. Seperti biasa gadis itu tertunduk.
YOU ARE READING
Make It Halal - Completed
Non-FictionHarith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya memerlukan usaha untuk terus hidup. Kerjanya hanya menolong membersihkan masjid. Upah akan diberi oleh Haji Ahmad. Harith hidup keseorangan s...