Bab 47

5.3K 223 0
                                    

Heliza mengerutkan dahinya. Apa yang dikatakan oleh suaminya tidak dapat dia percaya.

"Zzul ada sini? Ipoh?" Soal Heliza. Harith mengangguk perlahan.

"Dia ada dalam rumah kita" kata Harith dengan perlahan. Heliza bertambah terkejut.

"Buat apa?"

******

"Maaf lambat, Haji" Harith duduk di hadapan Haji Roslan dan Zul.

"Tak apa tak apa. Jadi, macam mana perjanjian kita?" Kata Haji Roslan.

"Oh ya, sebelum itu Haji nak kenalkan ini Faizul. Tak lama lagi bakal jadi menantu Haji" Haji Roslan ketawa. Zul terkejut lalu tersenyum malu. Harith memandang anak mata Zul.

Benarkah Zul yang dulu sudah mendekati Allah?

Heliza segera ke dapur. Tidak mahu memandang wajah Zul yang sedang berbincang dengan suaminya. Daripada jelingan Heliza, Zul lengkap berpakaian kurta dan memakai kopiah.

Benarkah apa yang dilihatnya? Zul yang dulunya jahat dan tidak mentaati Allah dan kini sudah berkopiah. Jika benar, dia benar-benar bersyukur. Alhamdulillah, Allah sudah tarik seorang hamba yang sesat.

Heliza segera menghantar air dan sedikit kuih-muih lalu meletakkan air di atas meja.

"Minum" Zul memandang wajah Heliza. Jujur, dia masih sayangkan Heliza. Tetapi sayangnya bukan lagi nafsu, sayangnya sebagai seorang yang ingin dilamar. Namun, sudah terlambat. Heliza sudah menjadi milik Harith.

"Pak cik, saya banyak dosa. Saya hampir nak .... hampir nak... dengan seorang perempuan"

"Astagfirullah hal a'zim..  "

"Saya banyak dosa dan saya benci bila dia dah kahwin.. Saya benci.. " rintih Zul. Haji Roslan menggelengkan kepala.

"Salah bila kita mencintai isteri orang dan berniat untuk merosakkan rumah tangga mereka. Jangan  membenci. Belajar untuk redha. Dia jodoh orang lain. Dan mana tahu jodoh kita adalah lebih baik dari dia. Allah dah tetap siapa sebernanya jodoh Zul. Jika Allah kehendak, dia akan menemukan Zul dengan jodoh dalam masa yang terdekat" kata Haji Roslan. Zul menggeleng.

"Siapalah yang berjodoh dengan saya, pakcik. Saya banyak dosa, tak mampu nak bimbing orang. Suka rosakkan rumah tangga orang. Dan saya pasti jodoh saya tu kahwin dengan orang yang lebih baik dari saya" balas Zul dengan hampa.

"Haish, kenapa cakap macam tu. Jodoh itu Allah dah tetapkan di Luh Mahfuz lagi tau? Sebab tu dalam Quran ada sebut. Allah cipta manusia berpasang-pasangan. Jadi, ada yang akan menerima Zul sebagai suami sama ada di dunia ataupun di akhirat" kata Haji Roslan.

"Tapi, jodoh kan cerminkan diri. Saya banyak dosa sudah tentu jodoh saya macam saya" rintih Zul lagi.

"Jodoh itu kita tak tahu dan tiada siapa tahu selain Allah. Ada ulamak yang mengatakan bahawa kita mencerminkan jodoh kita. Kàlau orang tu alim, warak. Jodohnya juga begitu. Dalam surah an-Nur ada menyebut "laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik" makna dalam ayat tu adalah, walau kita sejahat mana pun, banyak dosa sekalipun. Pasti kita akan bertaubat dan kembali pada Tuhan. Macam Zul... Alhamdulillah, Zul ingin berubah dan bertaubat. Jadi, bukankah peluang ini Allah nak katakan bahawa Zul adalah lelaki yang baik? Dan sudah tentu jodoh Zul juga adalah perempuan yang baik" panjang lebar Haji Roslan menerangkan soal jodoh. Zul terdiam. Dia masih memikirkan kata-kata Haji Roslan sebentar tadi.

******

"Alhamdulillah, selesai juga yang perbincangan kita" kata Haji Roslan kepada Harith.

"Alhamdulillah... terima kasih, Haji. Dan Zul..." Lirik mata Harith kepada Zul. Zul mengangguk sambil tersenyum kelat. Sepanjang pembincangan, Zul tidak bercakap. Sepatah dua kata juga tidak. Dia ibarat tunggul di situ.

"Kalau kelapangan, jemputlah datang ke rumah..." Ajak Harith.

"InsyaAllah, Haji pulang dulu ya?"

"Ya ya.. Assalammualaikum"

"Waalaikummussalam warahmatullah.."

Harith hanya memandang dari jauh. Gelagat Zul sangat berbeza sekali. Matanya, cara dia menghormati Haji Roslan tadi, tingkah lakunya. Sedangkan Zul yang dulu selalu bising dan membuat masalah. Alhamdulillah, jika ini yang Allah tetapkan.

"Dah balik mereka, awak?" Soal Heliza yang sedang menghampirinya. Harith menoleh lalu mengangguk.

"Zul..."

"Zul dah berubah, awak. Syukurlah, Allah bagi dia hidayah" balas Heliza. Mengerti riak wajah Harith. Heliza berlalu pergi.

"Macam mana kalau dia nak ngorat Heliza balik? Macam mana kalau Heliza jatuh cinta balik dengan Zul yang baru? Mereka kan pernah bercinta.... " kata Harith seorang diri.

******

Saidatul tersenyum tatkala sedang mengemaskan baju-bajunya. Rasa tidak sabar mahu balik dan berjumpa dengan umi dan abi. Selama 6 bulan dia berusrah dengan sahabat-sahabat dan orang yang menyertainya, kini dia dapat pulang dan ingin berehat bersama orang tersayang. Pasti orang tuanya itu tidak menyangka bahawa dia akan balik hari ini. Kejutan katanya.

Saidatul mencapai secawan gelas berisi air putih. Rasa kering tekaknya. Tiba-tiba, dia teringat akan seorang lelaki yang sering menganggu usrahnya. Faizul.... Itulah nama lelaki itu. Mengapa lelaki itu sering ke tasik sewaktu perjalanan usrah di situ? Adakah lelaki itu sengaja hendak menganggu usrahnya? Argh, itu sudah tentu.

Pernah dia memarahi lelaki itu. Degil yang amat pemuda itu. Saja menganggu fikirannya untuk berkata-kata dalam sesi usrah. Siapa sebernanya lelaki itu? Apa tujuannya untuk ke tasik. Hendak kata orang jahat, tidak.. Lelaki itu lengkap berkopiah. Pasti dari keluarga yang baik-baik.

Haish, Faizul.

Make It Halal - CompletedWhere stories live. Discover now