Bab 41 - Klimaks

6.1K 304 20
                                    

Heliza duduk di halaman rumah sambil membaca buku. Harith ke  pejabatnya sebentar. Ada urusan katanya. Tak lama lagi akan pulang. Haji Muhammad ke masjid. Ada program anak anak muda. Giat benar ayahnya itu sehingga tidak lekang dalam rumah. Ada saja aktiviti yang disertainya. Puan Khadijah dan Aisyah kebun. Ikutkan hati dia mahu ikut saja ke kebun tetapi uminya melarang.

"Ija kan penat, baru balik... Rehat je dekat rumah" begitulah kata Puan Khadijah kepadanya. Heliza menghirup nafas segar. Buku novel yang dipegangnya dibaca penuh khusyuk. Sesekali bibirnya terukir senyuman. Ada saja telatah lucu oleh watak dalam novel itu.

"Assalammualaikum" Heliza mendongakkan kepala. Matanya membuntang apabila melihat Zul di hadapan pagar rumah yang tidak berapa tinggi ketinggiannya. Heliza segera bangun untuk masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil Zul.

"Please, boleh kita cakap?" Heliza memejamkan matanya rapat. Bibirnya diketap. Degupan jantungnya laju saja. Terus memori hitam bermain di kepalanya. Ya Allah...

"Kalau Ija tak nak pandang Zul, tak apa.. Zul akan cakap dekat sini" kata Zul. Heliza masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Dia menarik nafas panjang.

"Zul tahu Ija masih marahkan Zul. Tolong maafkan Zul... Zul betul-betul rasa bersalah" luah hati Zul. Heliza tidak menoleh ke arah Zul. Dia hanya mendengar bait-bait kata daripada bekas kekasihnya itu.

"Zul tak tahulah kenapa Zul bernafsu sangat dekat Ija masa tu, Zul hilang kawal... Apa yang Zul--"

"Argh....cukup....cukup!" Heliza menutup kedua-dua belah telinganya. Dia menarik nafas panjang. Zul terkejut lantas pintu pagar dibukanya. Dia berlari menghampiri Heliza.

"Ya Allah, Zul. Pergi! Jangan datang dekat...keluar Zul! Keluar!" Heliza menjarakkan diri daripada lelaki itu. Dia semakin takut.

"Tak, Zul takkan pergi selagi Ija maafkan Zul dan terima Zul balik" Zul tetap berdiri di hadapan Heliza.

"Apa yang Zul merepek ni? Ija dah kahwin. Tolonglah pergi, umi ayah tak ada dekat rumah. Pergilah, Zul" pujuk Heliza.

"Ija, please. Zul masih sayangkan Ija... Tolonglah terima Zul balik!!" Jerit Zul. Heliza menutup telinganya. Matanya dipejam rapat. Memori hitam semakin bermain di dalam fikirannya.

"Tolonglah, Ija... I'm still love you. Don't you still love me?" Heliza semakin takut dengan suara itu. Dia ingin masuk ke dalam rumah. Langkah Heliza terhenti apabila Zul menghalangnya untuk masuk.

"Kita cakap kejap je.. Please, give me a chance to talk to you" rintih Zul. Heliza melepaskan keluhan.

******

"Ija.. Zul minta maaf, serius ni" kata Zul sebaik sahaja keadaan sudah reda. Jarak mereka agak jauh. Tidak mahu menimbulkan fitnah, Zul duduk di luar pagar. Heliza di dalam pagar. Yang menjadi penghalang mereka adalah pagar.

"Saya dah tak nak fikir benda yang lama, Zul. Past is past, now I am married. I hope you understand" balas Heliza dengan tenang. Zul melepaskan keluhannya.

"No, boleh tak terima Zul balik. Zul janji Zul tak buat benda tu lagi" kata Zul.

"Awak dah gila ke? Awak sedar tak apa yang awak cakap, Zul?" Heliza mengerutkan dahi. Zul meraup mukanya.

"Heliza?" Heliza menoleh. Kelihatan Harith sedang memandang tepat ke arahnya. Heliza terkejut. Tergamam. Harith menghampiri mereka berdua.

"Jadi, Tuan Zul. Apa hubungan Tuan dengan isteri saya?" Mukanya tenang. Heliza menunduk. Rasa hendak menangis. Degupan jantungnya laju. Zul mati akal.

Make It Halal - CompletedWhere stories live. Discover now