Bab 30

5.5K 288 7
                                    

Heliza dan Harith menyalam tetamu yang hadir. Tidak ramai pada hari nikahnya kerana jemputan hanyalah sanak-saudara dan kenalan sahaja.

Hari barakah mereka sangat meriah saat itu. Pada hari jumaat yang sangat indah itu, dua merpati disatukan dengan lafaz ijab dan kabul. Benarlah, jika hendak kahwin, kahwinlah hari jumaat kerana Nabi Muhammad bernikah pada hari jumaat. Sunnah nabi.

Harith masih tidak berkesempatan untuk berbual dengan Heliza. Sejak kejadian itu, dia jarang untuk bersua muka. Kini sudah bergelar suami isteri masih tidak mahu bersua muka? MasyaAllah...

Harith menoleh ke arah Heliza yang berada di sisinya. Cantiknya dia.. Sucinya wajahnya.. Ada cahaya Nur yang menyinari wajah itu. Cantik, sangat cantik.

"Harith..." Harith menoleh. Tergamam. Nad Zulkifli mengukirkan senyuman. Heliza turut sama memandang. Bukankah ini...?

Heliza mahu beredar dari situ. Harith masih ada hati dengan perempuan lain? Ya Allah...
Tangan Heliza digenggam erat oleh Harith. Heliza tergamam. Harith terpaksa. Walaupun dia malu untuk menyentuh isterinya sendiri tapi untuk menjelaskan kebenaran, dia terpaksa.

"Heliza, ini Nad" Harith memperkenalkan Nad. Nad menghulurkan tangan untuk bersalam. Heliza membuang perasaan sedih lalu menyambut huluran salamnya. Senyuman kelat terukir di bibir Heliza.

"Saya minta maaf ya, Heliza... Saya ni bos kepada suami awak ni, masa kami berbual tu.. Saya tanya tentang awak, macam-macam husband awak cerita... Bertuah awak dapat suami macam Harith, dan satu lagi Aiman ada dengan kami, kami tak berdua.. Masa awak nampak kami, Aiman pergi tandas" panjang lebar Nad menerangkan sambil tertawa. Dia tidak mahu isteri Harith bermasam muka dengannya. Pasti gadis ini salah faham tentangnya.

Heliza terdiam. Ya Allah, aku dah salah sangka terhadap suami sendiri. Ya Allah!

"Maaf ya, Heliza. Saya yang salah" kata Nad mohon maaf.

"Ehh, cik Nad tak salah apa. Saya yang salah sebab salah sangka. Saya minta maaf ya" Heliza akui kesilapannya. Harith tersenyum lega. Alhamdulillah, isteri comelnya tidak merajuk lagi. Hehehe.

******

Semua orang masih sibuk bergambar dengan pasangan sejoli itu. Harith perasan Heliza terasa rimas. Dahinya berpeluh
Mungkin kepanasan kerana penat atau ramai yang mahu mengambil gambar.

"Err, Heliza.. Awak okey ke?" Soal Harith dengan segan. Heliza menoleh.

"Saya okey, cuma rasa tak selesa" katanya. Tudung labuhnya dikipas bagi angin masuk ke dalam badannya. Harith menggarukan kepalanya. Kasihan melihat isterinya. Dengan bertudung litup dan tidak nampak langsung auratnya. Dia kagum dengan wanita yang bergelar solehah.

"Marilah kita duduk bawah kipas dulu.." Harith mengajak Heliza. Heliza mengangguk tanpa banyak soal. Dia sudah tidak selesa.

"Err, awak nak makan apa-apa? Saya ambilkan" Harith memasang kipas dengan laju. Heliza mengangguk kecil. Dia juga terasa malu apabila seseorang mengambil berat tentangnya.

"Mana bini?" Soal Aiman.

"Tuu, aku nak ambilkan dia makanan.. Dia rasa tak selesa, panas agaknya" Aiman mengangguk kecil.

"Kau tahu, Nad ada hati jugak dekat aku!" Harith terkejut.

"Alhamdulillah, jodoh agaknya. Aku harap korang cepat-cepat nikah naaa" kata Harith. Aiman tersengih.

"Nah, makanan.. Awak pasti lapar kan?" Harith melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Heliza. Sudut situ tidak ramai yang lalu lalang. Hanya mereka berdua saja yang menjamu selera.

Make It Halal - CompletedWhere stories live. Discover now