Harith gembira. Sangat-sangat gembira. Hari ini dia ditemani oleh Bakri untuk menemu duga oleh seorang penerbit buku. Sebernanya, sudah lama cita-cita Harith hendak menjadi penulis. Namun, dia fokuskan kepada yang penting dahulu. Namun kini, peluangnya tiba.
Harith melangkah masuk ke dalam pejabat. Jantungnya berdegup dengan laju.
"Semoga berjaya, Harith Hamka!" Bisik Bakri lalu melambaikan tangannya. Harith mengangguk lalu membuat isyarat 'okey' pada jarinya.
Dengan perlahan, Harith melangkah masuk. Fuhh, berpeluh dia ketika itu. Tidak pernah dia hendak menemu duga ini.
"Jemput duduk, Harith" seorang perempuan berkaca mata, bertudung litup mengarahnya untuk duduk. Harith mengangguk lalu tersenyum.
"Saya Nad Zulkifli, boleh panggil saya Cik Nad.. " kata perempuan itu. Harith mengangguk. Nad? Unik juga nama itu.
"Jadi, boleh mula?" Harith mengangguk.
"Saya Harith Hamka, hanya seorang lelaki yang bekerja di masjid dan kawasan kebun.. Saya minta maaf, saya langsung tiada pengalaman untuk jadi penulis. Tapi, saya suka dan suka sangat-sangat menulis.. Cuma, masa tak kesampaian.. Jadi, saya harap Cik Nad dapat beri saya peluang untuk jadi penulis...?" Harith mengangkat kening. Takut juga dia jika tidak dapat bekerja di bawah syarikat penerbitan buku.
"Jadi, awak memang tak ada langsung pengalaman?" soal Nad. Harith mengangguk perlahan.
"Hmm, kalau ikutkan kami memang tak terima orang yang tak ada pengalaman..." Harith mengeluh perlahan. Sudah agak bahawa dia tidak akan dapat.
"Tapi..." Harith mendongak. Tapi...?
"Disebabkan awak jujur, saya akan beri awak peluang" kata Nad. Harith mengukirkan senyuman.
"Saya nak awak buktikan yang awak boleh menulis, tulis satu cerita yang boleh menarik perhatian saya.., boleh?" Kata Nad. Harith berfikir sejenak.
"InsyaAllah, Cik Nad.. Saya boleh cuba" kata Harith.
******
Suasana sedikit huru-hara untuk persediaan perkahwinan Heliza dan Harith. Tidak sangka semeriah ini keluarga Heliza. Sedara maranya. Semuanya baik-baik belaka.
"SubhanaAllah, Kak Ija! Handsome nya bakal suami akak!" Kata Saidatul, adik sepupu Heliza yang sangat-sangat nakal. Walaupun nakal, dialah muslimah yang terpuji.
Heliza menepuk bahu Saidatul. Malu! Malu! Dan malu! Tidak sangka semua keluarga besarnya sangat bersemangat untuk membuat persiapan pernikahannya. Harith pula dijadikan sebagai perbualan di kalangan sepupu-sepupu perempuannya. Maklumlah, sepupunya kebanyakannya perempuan. Semuanya muslimah. SubhanaAllah...
"Kak, rasa macam tak sabar pulak nak kahwin.." Bisik Suwaibatul, kembar si Saidatul. Heliza menggelengkan kepala.
"Hish, belum SPM dah gatal ya?" Usik Heliza. Suwaibatul tersenyum nakal. Saidatul pula sibuk menyusun bunga. Heliza turut menolong.
"Aisyah! Mari sini dekat umi.." Aisyah berlari anak menghampiri uminya.
"Alaa, tak dapat tangkap Aisyah!" Harith sengaja membuat rajuknya. Aisyah tersenyum manis lalu menghampiri Harith.
"Merajuklah abang!" Harith sengaja membuat muka. Aisyah tersengih lagi.
"Harith, sini kejap" Haji Muhammad memanggil Harith. Harith akur lalu meninggalkan senyuman buat Aisyah.
******
Harith menghulurkan tangan untuk bersalam. Kelihatan beberapa lelaki yang agak berusia tersenyum memandangnya.
"Jadi, inilah bakal suami Heliza?" Kata salah seorang dari mereka. Harith tertunduk malu.
"Harith, ini pakcik-pakcik Heliza. Ini Osman, yang tu Azri dan yang ini, Zaki" Haji Muhammad memperkenalkan mereka. Harith mengangguk hormat.
"Kerja apa?" Encik Osman bertanya.
"Tulis buku.. Masih dalam proses" senyum Harith.
"Wahh! Bagus tu.. " kata Azri. Harith tersenyum kecil.
Sedang mereka ralit berbual-bual, Aisyah menghampiri Harith. Harith yang sibuk berbual dengan pakcik-pakcik Heliza terkejut.
Aisyah menunjukkan isyarat. Harith yang tidak begitu faham terus mengangkat kening.
"Makcik kamu panggil lah tu" kata Haji Muhammad. Harith menggarukan kepala. Dia segera mengikut langkah Aisyah.
"Ada apa, makcik?" Soal Harith. Puan Khadijah yang sedang menganyam benang menoleh ke arah Harith.
"Ni hah, kamu pergi tolong cucikan pinggan dekat dapur tu, boleh?" Pinta Puan Khadijah.
"Hai? Anak dara tak cukup ke, makcik?" Usik Harith. Puan Khadijah menepuk bahu Harith. Harith ketawa kecil. Dia segera ke dapur untuk membasuh pinggan mangkuk.
******
Heliza melangkah kaki untuk ke dapur. Dia mahu mencari gunting untuk menyiapkan hiasan bunga. Langkahnya terhenti apabila terlihat Harith yang sedang ralit membasuh pinggan.
Alamak! Macam mana ni! Aduh, malunya! Alahai.... Heliza buntu. Dia tidak tentu arah. Mahu saja dia menyuruh Saidatul atau Suwaibatul yang ambilkan gunting. Gunting? Heliza mengintai ke dapur. Tidak nampak bayang-bayang gunting. Alahai...
Bismillahhirahmannirahim.... Heliza melangkahkan kaki dengan perlahan. Takut didengari Harith yang sibuk membasuh pinggan. Heliza mengetap bibir. Mana gunting ni?
Heliza mencari di bahagian rak. Dibuka satu persatu rak tersebut. Namun, tiada pula bayang-bayang gunting. Aduh... Masa nilah gunting ni buat perangai.
"Ca...cari a..apa?" Heliza terkejut lalu mengurut dadanya. Dia menoleh ke arah Harith. Di saat mata mereka bertembung, Heliza jadi takut. Terus dia mengalihkan pandangan.
"Err.. Gunting" kata Heliza tanpa memandang Harith. Harith mengangguk. Dia segera membuka rak-rak pinggan. Heliza berdiri kaku di situ. Memerhatikan Harith mencari gunting.
"Kak, tengok tu kak! Sweet nya!" Saidatul memanggil kembarnya, Suwaibatul. Mereka berdua sengaja mengintai Heliza dan Harith.
"Dik, ni belum nikah.. Dah sweet ni! Alahai..." Kata Suwaibatul.
Harith menggarukan kepala. Mana pula gunting ni? Harith bangun, dia menuju ke arah sinki. Matanya melilau mencari gunting.
"Eh, tak apalah awak. Saya boleh cari... a..awak.. Buatlah kerja awak" kata Heliza. Harith menoleh. Mata mereka bertembung lagi. Satu....dua...tiga... Harity mengalihkan mukanya.
"Eh, tak apa. Saya boleh carikan. Gunting tu warna apa ya?" Soal Harith dengan lembut. Sejujurnya, dia juga malu. Tidak sangka Heliza datang ke dapur sedang dia mencuci pinggan. Haish.. Malu den!
"Hah, tu!" Heliza segera mengambil gunting bersebelahan Harith. Heliza mengundurkan langkahnya.
"Terima kasih.." Harith mengangguk lalu tersenyum. Heliza segera berlalu pergi.
"Saidatul! Suwaibatul!" Terkejut Heliza apabila melihat anak dara itu memerhatikan mereka berdua. Aduh, bertambah malu lah dia!
Harith ketawa kecil. Comel bakal isteri aku. Argh, malu betul nak berhadapan dengan dia. Kenapa ya? Bagai nak pecah jantung. Terlalu malu! Argh...
Assalammualaikum readers! :)
Sis nk promote satu novel yg sis ade publish. Tajuk dia "Cik 'Istimewa', Aku Sayang Kau!"Sis baru buat prolog. Korg boleh lah cuci mata. Hehe. Kalau ske vote kay. ;)
Bye! Fi Hifzillah
YOU ARE READING
Make It Halal - Completed
Non-FictionHarith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya memerlukan usaha untuk terus hidup. Kerjanya hanya menolong membersihkan masjid. Upah akan diberi oleh Haji Ahmad. Harith hidup keseorangan s...