Bab 17

5K 307 3
                                    

Harith duduk berhadapan dengan Haji Muhammad. Dia dari tadi menundukkan kepalanya tanpa memandang langsung anak mata Haji Muhammad. Tangannya berasa sejuk. Namun, hatinya agak tenang ketika itu.

Heliza datang membawa sedulang air minuman lalu diletaknya atas meja kecil. Heliza menunduk tatkala anak mata Harith memandangnya. Heliza dengan segera berlalu pergi. Dia tidak mahu menganggu perbualan antara dua lelaki itu.

Langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil oleh ayahnya.

"Ya, ayah?"

"Duduk sini"

Heliza akur. Dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan ayahnya. Heliza tertunduk saat matanya dan Harith bertembung.

"Ada apa Harith datang sini?" Soal Haji Muhammad setelah lama mereka berdiam. Harith menelan air liurnya. Entah kenapa Haji Muhammad menyuruh Heliza duduk di sini, mendengar perbualan mereka. Harith rasa gementar.

"Saya tahu pasal syarat tu, pakcik" kata Harith. Haji Muhammad hanya diam. Dia mahu lelaki muda itu bercakap. Dia mahu mendengar apa yang cuba Harith sampaikan sejak Haji Ahmad memberitahunya tentang keinsafan Harith.

"Saya khilaf, pakcik..." Suara Harith agak perlahan ketika itu.

"Saya dah sedar. Saya sepatutnya fikir dulu. Saya berdosa, pakcik.." Heliza mengerutkan dahi. Kata-kata yang keluar dari mulut Harith buat dia rasa pelik. Apa yang Harith lakukan sehingga mengatakan dirinya berdosa?

"Pakcik nak minta maaf, pakcik cuma nak uji kamu, jadi kamu dah tahu lah apa silap kamu?"

Harith mengangguk perlahan. Dia langsung tidak memandang Haji Muhammad mahupun Heliza. Dia benar-benar berdosa pada Allah. Dia rasa malu saat itu.

"Kalau nakkan sesuatu, nak buat sesuatu kebaikan, haruslah mendahulukan Allah. Jangan letak sebarang harapan melainkan dariNya. Dan apabila Harith lakukan sesuatu kerana Heliza, Harith akan kecewa pada akhirnya.." Nasihat Haji Muhammad. Heliza yang tidak tahu cerita hanya mendengar saja. Entah kenapa ayahnya suruh dia duduk di situ. Rasa tidak selesa.

"Apapun, pakcik tetap akan terus bagi Harith semangat. Belajar dari kesilapan, kadang-kadang kita memang tak sedar. Tapi apabila kita tersedar, maknanya Allah tegur salah kita. Allah nak kita sedar dan terus bertaubat kepadaNya, pakcik pun nak minta maaf ya, Harith"

Harith mengangguk. Heliza pelik. Sah! Pasti ada sesuatu yang Harith dah buat.

"Pakcik tak salah apa, saya faham. Pakcik nak yang terbaik untuk Heliza. Saya hanya mencuba untuk jadi yang terbaik untuk anak pakcik. Saya mencuba, pakcik. Saya sedang cari kerja dan saya harap apa yang saya usahakan diredhai Allah.. " nekad Harith.

"Baguslah Harith. InsyaAllah.."

******

Harith sedang bermain dengan jarinya. Heliza juga diam seribu bahasa. Haji Muhammad memberi kebenaran untuk mereka berbual sebentar. Jarak diantara mereka juga jauh. Dari jauh Haji Muhammad memerhatikan gelagat merek berdua.

"Saya nak minta maaf, saya bukanlah manusia yang sempurna" kata Harith setelah lama mendiamkan diri. Heliza yang duduk membelakangkan Harith terus mendongak.

"Saya faham. Tapi, saya kurang setuju dengan tindakan ayah" kedengaran suara yang tidak puas hati membuatkan Harith tersenyum kecil.

"Apa yang ayah awak buat tu betul, dengan cara ayah awak tu dapat buat saya sedar atas kekhilafan diri saya" kata Harith. Heliza terdiam. Dia mengetap bibir.

"Jadi, awak masih teruskan ke?" Soal Heliza setelah mendiamkan diri. Telinga Heliza dapat tangkap satu keluhan dari Harith. Dia sudah berputus asa untuk menjadi bakal suami aku? Heliza jadi gementar.

"Saya akan teruskan, dan saya nak dekatkan diri saya kepada Allah. Tentang awak, saya berserah pada Allah. Saya akan doa agar awak adalah jodoh yang terbaik untuk saya.. Saya harap awak doakan usaha saya untuk menghalalkan awak" ujar Harith. Heliza tersenyum lalu tertunduk. Kedudukan mereka sangat terhad. Tanpa perlu bersua muka. Tanpa perly menghadap depan. Cukuplah dengan cara membelakangkan masing-masing sudah memadai. Ingat, masih tidak halal lagi.

******

Harith semakin sedar akan kekuasaan Allah. Dia akan lebih mendekatkan diri kepada Allah. Dia mahukan motivasi dari Haji Ahmad. Sekali dengan itu, dia akan mula mencari kerja. Dia mahu kumpul duit untuk membeli rumah. Seperti yang tertera dalan syarat Haji Muhammad. Dengan hasil titik peluhnya, Harith mahukan rumah yang indah.

Heliza, may Allah keep you safe.

Make It Halal - CompletedWhere stories live. Discover now