Bab 34

5.1K 269 1
                                    

Harith dan Heliza melangkah kaki untuk mendaki tangga kapal terbang itu. Bunyi bising daripada enjin kapal terbang membuatkan Heliza memberhentikan langkahnya. Harith menoleh. Dia memandang wajah isterinya.

"Kenapa? Jomlah" ajak Harith lalu menghulurkan tangan. Heliza teragak-agak. Dia takut untuk naik kapal terbang. Sebelum ini mana pernah naik benda alah ini. Ayah ni pun! Dah tahu Ija takut gayat, beli jugak tiket kapal terbang.... Heliza mengomel sendiri.

"Awak..?" Panggil Harith lagi. Risau dia melihat Heliza yang tidak berganjak itu. Orang lain sudah menunggu di belakang.

"Saya takut..." Harith tersenyum apabila mendengar suara ketakutan dari isterinya itu. Dia mencapai tangan Heliza lalu mengajak gadis itu untuk naik. Tangan gadis itu sejuk. Sudah lama tidak memegang tangan isterinya itu. Heliza menurut saja. Tangannya yang telah digenggam erat oleh Harith membuatkan dia hanya turut membontoti suaminya. Tambah lagi, ramai orang sudah menunggu mereka.

"Jangan risau, saya ada" satu bisikan dari Harith. Meremang telinganya. Jarak Harith terlalu dekat dengannya. Tempat masuk juga kecil. Dia jadi tidak selesa. Tambah lagi dengan bisikan halus dari Harith. Buat bulu romanya meremang saja.

Harith dan Heliza mengambil tempat duduk. Keadaan di situ tidak ramai penumpang. Keadaan selesa dan tidak terlalu bising. Heliza berasa sedikit tenang. Heliza disuruh untuk duduk di tepi tingkap.

"Tak nak.. Saya takut.." Kata Heliza. Sudah gilakah Harith mahu membiarkan dia duduk di tepi tingkap. Sudahlah dia gayat.

"Duduk je.. Saya ada sebelah awak je.. Jangan risaulah. Saya ada" Harith cuba memujuk. Tidak tahu pula dia bahawa gadis itu gayat. Jika Haji Muhammad tidak beritahunya, sampai bila-bila pun dia tidak tahu.

Heliza melangkah lalu melabuhkan punggung perlahan-lahan. Matanya ditutup rapat-rapat. Takut untuk memandang tingkap di sebelahnya.

"Awak, belum terbang lagi kita.. Kenapa tutup mata?" Harith melabuhkan punggung. Heliza menggelengkan kepala. Takut. Harith tersenyum kecil. Lucu dengan gelagat isterinya.

Diminta para penumpang duduk di tempat masing-masing. Kami akan memulakan penerbangan.

Heliza membuka mata. Kata-kata dari juruterbang itu membuatkan dirinya takut. Harith di sebelahnya dia toleh. Tenang saja lelaki itu. Saat kapal terbang mula bergerak. Heliza memeluk tubuhnya. Matanya ditutup kembali serapat-rapatnya. Kalau boleh sampai Sabah dia akan menutup matanya.

"Kita dah terbang.." Bisik Harith di sebelahnya. Hah? Dah terbang?

"Cuba bukak mata tu" Heliza menggelengkan kepala. Argh, tak boleh. Dia sedang gayat ni! Harith tersengih. Degil juga isterinya itu. Mungkin terlalu takut. Matanya memandang tangan milik gadis itu. Merah padam mukanya apabila dia memegang tangan Heliza.

"Janganlah takut.. Saya ada ni" luah Harith. Heliza tersentak lantas membuka matanya. Matanya merenung mata Harith. Tangan lelaki itu hangat. Rasa tenang apabila dipegang lelaki itu. Heliza tertunduk. Harith tersengih. Malu sebernanya.

******

"Dah sampai ke bang anak-anak kita tu?" Puan Khadijah bertanya. Haji Muhammad menggelengkan kepala.

"Ijah.. Anak-anak kita tu baru je gerak.. Belum sampai lagi lah kut" balas Haji Muhammad.

"Saya tanya aje.. Ijah ada pesan dekat si Harith tu, kalau dah sampai call . " kata Puan Khadijah yang sibuk melipat kain baju.

"Ijah tunggu sajalah call tu..nanti dia telefon lah tu." Puan Khadijah hanya mengangguk.

"Assalammualaikum!" Seseorang memberi salam di luar rumah mereka. Puan Khadijah dan Haji Muhammad saling berpandangan.

"Siapa tu, bang?" Haji Muhammad mengangkat bahu lalu melangkahkan kaki.

"Waa--" balasan salam Haji Muhammad terhenti sebaik saja dia melihat susuk tubuh seseorang sedang tersenyum memandangnya. Haji Muhammad tergamam. Terkejut dengan kehadiran lelaki berbaju kemeja itu.

"Kamu...?"

******

Keadaan kembali tenang. Heliza dan Harith menikmati hidangan yang dipesannya. Perjalanan tidak mengambil masa yang lama. Heliza mengambil baju sejuknya. Dia menyarungkan pada tubuh kecilnya. Pendingin hawa di dalam kapal terbang membuatkan dia rasa sejuk.

"Sedap tak?" Soal Harith yang sedari tadi melihat gelagat Heliza yang baru saja menyarungkan baju sejuk pada tubuhnya. Heliza mengangguk kecil seraya menyedekahkan senyuman buat lelaki di sebelahnya itu.

Setelah mereka makan, Heliza kembali memeluk tubuhnya. Rasa aircond semakin lama semakin sejuk. Dia menyandarkan kepala pada seat . Sesekali Harith menoleh ke arah Heliza. Kasihan pula melihat keadaan gadis itu yang seakan-akan sedang menahan sejuk. Dia mengambil kain selimut yang memang disediakan di situ lalu menyelimutkan Heliza.

"Nah, hilang sikit rasa sejuk" kata Harith lantas mengukirkan senyuman. Heliza hanya terdiam. Dia dapat rasa bahawa Harith ingin mendekatinya. Selepas mereka berkahwin, jarang mereka mengucapkan kata cinta. Kecuali masa Harith berani berkata bahawa dia mencintai Heliza pada malam pertama mereka. Heliza mula bermain dengan akalnya.

"Argh..sejuk.." Kepalanya dilentok pada bahu Harith dan tangannya memeluk lengan milik Harith. Heliza mengetap bibir. Malu sebernanya. Jika Harith malu, masakan dia mahu malu juga? Tambahan pula, lelaki itu suaminya. Tidak salah mahu menggedik. Harith tersenyum suka.

Harith tahu dia harus hidupkan suasana romantik. Dia kurang pandai dalam mencairkan hati wanita. Pernah dia minta tolong ayah mertuanya untuk beri petua atau tips untuk memikat hati isteri. Haji Muhammad ketawa.

"Senang je nak pikat si Heliza tu, dia hati lembut. Cuma dalam lembutnya ada tegasnya. Harith kena pandai.." Harith mengangguk kecil. Susah juga ya.
"Kalau Harith nak tips lagi, cakap dengan ayah.. Ayah boleh tolong" matanya dikenyitkan kepada Harith. Harith tersengih.

"Heliza.." Panggil Harith dengan perlahan.

"Hmm?"

"Sayang saya?" Heliza tergamam. Malu untuk menjawab. Tiba-tiba, kepala Harith dilentokkan di atas kepala Heliza. Heliza mengetap bibir. Senyuman terukir di bibir.
"Kenapa tanya soalan tu?" Perlahan Heliza membalas. Soalan dibalas soalan. Harith tersengih. Dengan perasaan yang malu, Harith mencapai tangan Heliza dengan perlahan.

"Saya teringat masa mula-mula saya jumpa awak.. Awak garang" Heliza ketawa kecil. Ingat pula Harith tentang itu.

"Tapi dalam garang awak, awak nampak manis" luah Harith. Heliza tersenyum lagi.

"Heliza..." Panggil Harith lalu mengusap lembut tangan Heliza.

"Hm?"

"Saya bersyukur dapat jadi sebahagian dalam hidup awak" luah Harith lagi.

"Yeke? Ke awak menyesal?" Harith ketawa.

"Tak pernah menyesal.."Balas Harith dengan senyuman di bibir. Tiba-tiba, kapal terbang bergetar sedikit. Harith terkejut lantas memeluk erat Heliza di sebelahnya. Heliza tergamam. Dia dapat rasa kehangatan badan lelaki itu.

"Awak takut ke, Harith?" Soal Heliza lalu mengangkay keningnya. Dia yang takut ke suaminya yang takut? Harith tersengih.

"Peluklah saya..haaa peluklah" kata Heliza dengan selamba. Harith ketawa kecil.

"Betul ni? Saya peluk kuat-kuat" Harith memeluknya dengan lebih erat. Heliza terjerit sedikit. Dia tidak dapat bernafas. Harith melepaskan pelukannya.

"Tau takut.." Heliza menjeling lalu mengomel sendirian.

******

"Kenapa kamu datang sini?"

Make It Halal - CompletedWhere stories live. Discover now