"Harith, kamu dah boleh keluar"
Harith segera bangun. Terkejut dan tidak sangka. Setelah seminggu dia meringkuk di dalam penjara ini, dan hari ini dia dapat keluar.
"Alhamdulillah, ya Allah... Terima kasih,bang.. Terima kasih..." Harith menyalam tangan polis itu. Dia bersyukur. Ya Allah! Terima kasih, ya Allah!
"Nasib ada saksi yang dapat tangani kes kamu, kalau tidak kamu kena duduk lagi sebulan dalam lokap ni" kata-kata polis itu membuat Harith terdiam. Saksi?
"Siapa saksi saya, bang?" Soal Harith.
******
Harith dibawa ke bilik ketua polis. Matanya terjatuh pada susuk tubuh seseorang. Lelaki itu berbadan gempal. Siapakah lelaki itu?
"Harith, duduk" kata ketua polis itu. Harith melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan lelaki berbadan gempal itu. Lelaki itu tersenyum kepadanya. Harith juga membalas senyuman walaupun dalam hati tertanya-tanya siapakah lelaki itu.
"Harith, kamu dah boleh bebas hari ini, atas pertolongan saksi kamu" kata polis itu. Harith ternganga. Lelaki ini saksi kejadian itu?
"Nama dia Bakri.. " Harith memandang ke arah Bakri. Matanya berair. Dengan pantas, Harith memeluk Bakri dengan erat.
"Terima kasih, ya Allah... Terima kasih sebab bebaskan saya, bang.." Kata Harith sambil air matanya mengalir. Bakri juga membalas pelukan. Senyumannya meleret. Dia mengangguk-angguk.
"Jadi, saya boleh keluar lah ni?" Ketua polis itu mengangguk. Harith tersenyun lebar. Dia menyeka air matanya. Dia mengambil tangan ketua polis itu.
"Terima kasih, bang.. Terima kasih sangat-sangat..." Ketua polis itu mengangguk-angguk sambil tersenyum.
Bakri mengajak Harith keluar bersama. Takkan mahu berkata 'tidak' ? Harith menggapai tangan Bakri lalu mereka beredar keluar dari situ.
******
Harith melepaskan tawanya dengan Bakri. Bakri, peramah orangnya. Langkah Harith terhenti tatkala beberapa pasang mata memandang ke arahnya. Air matanya mengalir perlahan. Dia segera berlari lalu memeluk Haji Ahmad.
"Harith dah bebas, tuk Haji..." Haji Ahmad sebak. Dia turut gembira. Alhamdulillah, ya Allah! Haji Ahmad turut mengalirkan air mata. Dia benar-benar merindui Harith.
Harith melepaskan pelukan. Matanya mengalih pada seseorang. Haji Muhammad memandangnya. Harith dengan perlahan menghampiri Haji Muhammad.
Tanpa berkata-kata, Haji Muhammad memeluknya. Harith tergamam dalam pelukan Haji Muhammad.
"Pakcik nak minta maaf sebab dah salah anggap pada kamu..." Kata-kata Haji Muhammad membuatkan Harith sebak. Dia menggelengkan kepala.
"Pakcik tak perlu minta maaf, saya yang buat pakcik salah anggap.." Lebih erat Haji Muhammad memeluknya. Harith tersenyum kecil.
******
"Harith, kalau boleh pakcik nak cepatkan persediaan perkahwinan Harith dengan Heliza.." Harith tergamam. Benarkah apa yang dia dengar??
"Alhamdulillah, saya setuju sangatlah, lagi cepat lagi bagus.. Betul tak, Harith?" Soal Haji Ahmad pula. Harith yang blur itu terus mengiyakan kata-kata Haji Ahmad.
"Amboi, tak sabar ya nak nikah?" Haji Muhammad mengusik. Harith menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Tapi..." Harith bersuara.
"Mahu ke Heliza dengan saya? Dia masih ragu-ragu dengan saya?" Soal Harith dengan perasaan yang gementar. Haji Muhammad tersenyum.
"Heliza! Heliza!" Sahut Haji Muhammad. Harith tertunduk.
"Ya, ayah" jawab Heliza.
"Betul kamu nak Harith jadi suami kamu, Ija?" Soalan Haji Muhammad memeranjatkan Heliza. Ish, ayah ni! Kenapa tanya depan Harith. Malu!
"Nak ke tak nak?" Harith menunduk. Takut jika gadis itu berkata tidak. Mahu dia meraung balik rumah.
"Err..." Heliza mahu kata ya! Namun, depan Harith? Dia tidak berani. Aduh...ayah ni pun...
Heliza mengangguk perlahan. Haji Muhammad tersenyum.
"Hah, Harith.. Dia masih cintakan orang yang sama" kata Haji Muhammad. Harith mendongakkan kepalanya. Ahh, err.. Gembira? Haruslah gembira! Alhamdulillah.
"Baiklah, esok kita bincang lagi. Dah lewat malam ni" kata Haji Ahmad. Mereka semua mengangguk.
"Harith, pakcik percayakan kamu.. Pakcik harap kamu tunaikan satu syarat pakcik"
"Apa dia?"
"Jadi suami yang boleh bimbing isteri"
Harith mengangguk perlahan. InsyaAllah, dia mampu laksanakan syarat itu.
"InsyaAllah, pakcik. Saya akan cuba" balas Harith lalu tersenyum.
"Panggil saja ayah, tak lama lagi kan nak jadi menantu?" Usik Haji Muhammad. Harith tersengih.
Lain benar Haji Muhammad pada malam itu. Hendak ditanya sebab apa, namun ditahan dirinya. Entahlah. Yang penting lelaki tua itu menerimanya sebagai menantu. Alhamdulillah..
******"Saya nampak Harith macam kena paksa dengan Man tu, tu yang saya intai.. Takut Harith kena belasah je.. " Harith mendengar dengan serius.
"Saya pelik kenapa dia bawa Harith masuk tempat tu, jadi saya pun masuk jugak tempat tu, bukan sebab tu ya? Faham-fahamlah.. " Harith tersengih.
"Sebab saya nak tahu, apa yang Man tu nak dari Harith"
"Saya nampak Harith macam budak baik, jadi saya tahu yang Harith tak buat semua tu, itu yang saya berani jadi saksi depan polis..." Jelas Bakri. Harith tersenyum lebar.
"Alhamdulillah, baguslah kalau macam tu, kes tu dah selesai.. Benda dah settle dah! Harith pun tak lama lagi nak nikah!" Ujar Aiman lalu menepuk belakang Harith.
"Ish, kau ni! Malulah aku.." Mereka semua melepaskan tawa. Bakri kini menjadi teman baik Harith. Walaupun Bakri tua dua tahun dari Harith namun tidak ada masalah untuk menjadi teman karib. Bakri juga tak kisah.
Harith bersyukur kerana segala urusannya setakat ini telah dipermudahkan Allah. Alhamdulillah!
"Nanti jangan lupa jemput lah abang!" Bakri bersuara. Harith mengangguk laju.
"Mestilah, bang! Sebab abanglah saya dapat keluar dari penjara tu"
******
Allah itu Maha Melihat. Dia melihat apa yang kita kerjakan. Kerana apa ya Harith dibebaskan dengan begitu? Allah munculkan Bakri sebagai saksi atas kejadian itu. Hebatkan Allah? SubhanaAllah.. !
Harith sangat-sangat bersyukur ke hadrat Ilahi. Atas pertolongaNya, meletakkan Bakri sebagai saksinya. Allahuakbar..! Allah Maha Penyayang.
YOU ARE READING
Make It Halal - Completed
Non-FictionHarith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya memerlukan usaha untuk terus hidup. Kerjanya hanya menolong membersihkan masjid. Upah akan diberi oleh Haji Ahmad. Harith hidup keseorangan s...