Bab 4

7.7K 393 12
                                    

Heliza sedang sibuk melipat kain. Dia menjeling pula adiknya yang sedang bermain seorang diri. Heliza mengeluh perlahan. Sebagai seorang kakak, dia sedih apabila mendapat tahu bahawa adiknya tidak dapat bercakap.

Namun, adiknya itu sentiasa ceria. Sentiasa gembira walau dengan keadaannya yang begitu. Heliza bersyukur adiknya tabah walaupun tidak boleh bercakap.
Pandangannya jatuh pada balutan kaki Aisyah. Teringat pula dia terhadap lelaki itu.

Fikirnya lelaki itu mempunyai niat jahat terhadap Aisyah, rupanya lelaki yang menolong adik kecilnya itu. Malu pula memikirkan bagaimana cara dia memarahi lelaki itu.

******

Harith merenung sendirian. Dia teringat akan gadis yang baru dia bertemu. Secara tidak sengaja, hatinya terpaut dengan ketegasan dan kasih sayang terhadap budak kecil itu. Tidak sangka budak secomel itu mempunyai seorang kakak yang garang namun tetap ada kelembutannya. Harith tersengih.

******

Haji Muhammad menuruni bas. Dia membawa barang-barang yang baru dibelinya sebentar tadi.

"Pakcik! Pakcik!"

Haji Muhammad menoleh. Kelihatan seorang pemuda sedang menghampirinya.

"Assalammualaikum, pakcik"

"Waalaikummussalam"

"Orang bas suruh saya bagi duit baki untuk tukar dengan pakcik, ini duit pakcik"

Pemuda itu menghulurkan wang bernilai RM10. Haji Muhammad tersenyum.

"Tak apalah, kamu simpan saja duit tu.." Haji Muhammad menolak.

"Eh, mana boleh pakcik..ni duit pakcik..ambil pakcik" Harith a.k.a pemuda itu menghulurkan lagi wang tersebut.

"Baiklah, bagi saya"

"Eh, duit pakcik duit saya jugak.."
Haji Muhammad memandang tajam. Main-main pulak budak ni.

"Kalau macam tu simpan sajalah duit tu.." Haji Muhammad melangkah kaki mahu beredar dari situ.

"Ehh, ni duit pakcik.." Harith menahan lelaki yang kelihatan sudah berumur.

"Kamu ni, nak main-main ya?!" Haji Muhammad sudah hilang sabarnya. Geram dengan sikap lurus bendul pemuda itu. Harith mengangkat keningnya.

"Tak pakcik.. Saya..."

"Simpan saja duit tu!"

"Tapi ni kan duit pakcik"

"Baiklah, bagi duit tu!"

"Ehh, ni duit saya jugak"

Haji Muhammad mendengus. Geramnya dia dengan pemuda yang tidak faham-faham.

"Jangan main-main ya?! Pergi main sana! Buat naik darah aku saja" Haji Muhammad beredar meninggalkan Harith yang terkebil-kebil memandangnya.

"Tapi duit ni...."

Harith menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bagi baki duit pun salah? Harith mengurut-urut dadanya. Fuhh, semangat! Boleh mati dia akibat ditengking oleh seorang pakcik.

******

"Ada ke patut dia main-main dengan aku? Dia fikir aku budak-budak nak main-main?! Haishh, buat naik darah aku saja!" Haji Muhammad menghempaskan badannya di atas kerusi.

Heliza memandang pelik dengan sikap ayahnya. Biasalah orang yang panas baran memang begitu. Ada saja yang tidak kena.

"Kenapa bang?" Soal Puan Khadijah.

"Entahlah! Budak lelaki tu saja buat saya marah!" Haji Muhammad mendengus.

Heliza menatang air kopi lalu diletakkan di atas meja. Dia hanya mendengar saja bebelan ayahnya. Entah apa yang dibuat oleh lelaki yang dikatakan oleh ayahnya sampai ayahnya menjadi panas baran.

"Sudah lah bang, hal kecik je" Puan Khadijah cuba memujuk hati suaminya.

Heliza hanya menggeleng. Dia menyarungkan kepalanya dengan tudung. Dia pergi ke koridor sambil membawa sebakul baju. Heliza menjemur baju yang baru dibasuhnya.

Matanya tertacap pada seorang pemuda di bawah. Kelihatan lelaki itu sedang menggaru kepalanya dengan memegang sekeping wang.

"Tu bukan lelaki yang...."

Make It Halal - CompletedWhere stories live. Discover now