Masing-masing menguncikan mulut. Tiada sepatah pun yang ingin diperkatakan. Puan Khadijah hanya memerhatikan Harith dan suaminya. Melihat riak wajah mereka berdua, seperti ada sesuatu yang telah berlaku antara mereka.
"Apa dah jadi sebernanya ni? Cuba terangkan dekat makcik, Harith?" Harith terkedu. Dia pulà yang harus jawab. Dia menjeling pula Haji Muhammad. Mukanya garang! Harith memandang Heliza yang dari tadi tertunduk. Takkan pakcik garang ni ayah Heliza? Allah! Harith menepuk dahinya.
"Hah, dah kenapa tu Harith? Tepuk dahi tu kenapa?" Puan Khadijah menegur. Harith tersentak. Dia menggarukan kepalanya.
"Sa..sa..saya...saya..."
"Budak ni lah yang buat saya panas baran hari tu!" Haji Muhammad mencelah. Harith terdiam. Dia menutup mata serapat-rapatnya. Takut dimarahi pakcik itu.
"Laaa.. Kenapa pula dia buat abang panas baran? Jadi, sebelum ni korang berdua pernah jumpa?" Soal Puan Khadijah. Heliza hanya mendengar. Haji Muhammad melepaskan keluhan. Serabut kepalanya dengan budak lelaki ini.
"Err.. Makcik.. Saya..." Harith menceritakan segalanya tentang tidak sengaja berhadapan dengan pakcik itu. Dia menceritakan tentang duit baki dan juga dia terlanggar bahu Haji Muhammad.
"Ya Rabbi!" Puan Khadijah ketawa. Heliza tersenyum kecil. Harith tersengih menggaru kepala. Dia menjeling pula Haji Muhammad. Tegang saja mukanya. Harith berhenti tersengih.
******
Haji Muhammad memandang serius wajah Harith. Harith takut hendak memandang wajah Haji Muhammad. Matanya bagai pedang yang tajam. Sungguh menggerunkan!
Heliza mengintai disebalik dinding. Entah apa ayahnya akan lakukan terhadap Harith. Dia takut sekiranya ayah benci dengan sikap lurus bendul Harith dan tidak terima sebagai menantu.
"Kalau ikutkan hati saya, Harith. Saya takkan terima kamu tahu?" Haji Muhammad tetap tidak beralih dari memandang Harith. Harith yang sudah takut-takut untuk hanya mengangguk.
Puan Khadijah yang sedang menghidangkan air tersenyum kecil apabila melihat gelagat Harith. Dia duduk di sisi suaminya pula.
"Harith, makcik memang dah lama berkenan dengan kamu, sejak kamu tolong Aisyah.. Makcik memang dah sangka yang Harith sebernanya anak yang baik" kata Puan Khadijah membuatkan Harith tersenyum kecil.
"Ceritakan tentang diri kamu" kata Haji Muhammad. Mukanya serius saja. Heliza disebalik dinding turut mendengar. Jantungnya berdegup laju. Apakah kesudahannya?
"Saya Harith Hamka bin Haji Mokhtar. Umur saya masih 25 tahun. Mak dan ayah saya dah lama meninggal dunia sejak saya 10 tahun. Sekarang, kawan baik saya Aiman banyak bantu saya bila saya hidup sebagai anak yatim"
Heliza tersentuh. Dia mendengar setiap butir dan perkataan yang dikeluarkan dari mulut lelaki itu. Tidak sangka lelaki itu kehilangan insan yang paling rapat. Ibu dan ayah.
"Saya tinggal seorang diri. Rumah saya tak besar. Aiman bagi saya rumah tu untuk saya tinggal. Saya kerja dekat masjid dan Haji Ahmad yang bagi upah pada saya.."
"Haji Ahmad?" Soal Haji Muhammad. Harith mengangguk perlahan.
"Sambung, Harith" Puan Khadijah bersuara.
"Saya pun tolong tanam sayur dekat kebun dan dari situ saya kenal makcik dan anak makcik..saya anak orang biasa saja" Harith tertunduk. Heliza mengelap air matanya. Terharu mungkin atau simpati dengan nasib lelaki itu.
"Ada sebab kenapa kamu suka anak pakcik?" Soal Haji Muhammad. Harith mendongakkan kepala apabila soalan itu ditanya.
"Saya suka dan insyaAllah cintakan anak pakcik dan makcik. Saya suka dengan perwatakan yang ada pada dia dan saya tahu, pakcik dan makcik sudah didik dia jadi wanita solehah.."
Heliza tersenyum kecil mendengar jawapan itu. Tidak sangka lelaki itu menyimpan perasaan terhadapnya.
"Saya datang nak melamar anak pakcik sebab saya yang pilih untuk mengambil jalan ni sebab dengan melamar dan mendapat restu dari ibu dan ayah perempuan, adalah jalan yang Allah redha. Saya tak nak ambil jalan maksiat dengan bercinta dengan anak pakcik tanpa ikatan yang sah" panjang lebar Harith berbicara. Haji Muhammad dan Puan Khadijah saling berpandangan.
"Apa yang kamu ada untuk membahagiakan anak pakcik?" Harith menarik nafasnya.
"Saya mungkin tak berharta dan dari situ saya belajar untuk meneruskan hidup. Saya memang miskin dan saya tahu saya tak layak untuk hidup dengan anak pakcik. Saya mungkin takkan berikan rantai emas dan berlian kepada anak pakcik tapi insyaAllah dengan ilmu yang saya ada, dengan iman yang saya ada, insyaAllah saya mampu untuk bahagiakan Heliza" mengalir air mata Heliza. Tersentuh dengan kesungguhan Harith yang berani melamarnya.
"Saya tak terlalu pandai dalam agama tapi saya sedang cuba untuk menjadi lelaki soleh dan saya harap Allah bantu saya untuk bimbing Heliza hingga ke syurga" Puan Khadijah tersentuh. Kini dia tahu mengapa anak gadisnya suka terhadap Harith. Anak muda itu mempunyai satu aura yang sangat unik. Raut wajahnya sangat lembut dan perwatakannya manis saja.
Haji Muhammad terdiam. Dia agak tersentuh dengan kata-kata anak muda itu. Tidak lah lurus bendul sangat budak ni. Pandai berkata-kata rupanya.
"Saya hanya datang melamar dan kalau Heliza tak sudi, saya redha" kata Harith lagi.
"Beginilah, saya akan hantar surat dekat kamu. Sama ada anak kami terima atau tidak, saya tetap akan hantar surat. Janganlah terlalu berharap sehingga Heliza dan saya beri jawapan.. Faham?" Kata Haji Muhammad. Harith mengangguk laju.
"Saya minta diri dulu, assalammualaikum" Harith bangun lalu menyalam tangan Haji Muhammad.
"Oh, ni duit baki hari tu" Harith menghulurkan baki wang tempoh hari. Haji Muhammad terkejut. Harith sudah berlalu pergi. Haji Muhammad memegang duit lalu memandang isterinya.
Puan Khadijah hanya tersenyum. Haji Muhammad menggelengkan kepala. Bibirnya mengukirkan senyuman.
YOU ARE READING
Make It Halal - Completed
Non-FictionHarith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya memerlukan usaha untuk terus hidup. Kerjanya hanya menolong membersihkan masjid. Upah akan diberi oleh Haji Ahmad. Harith hidup keseorangan s...