Harith berjalan sambil makan ais krim di tangannya. Wajahnya sentiasa dengan senyuman. Setiap kali terserempak dengan orang di sini, pasti senyuman itu juga yang bicara.
"Arghh.." Harith menoleh tatkala terdengar suara budak kecil mengerang kesakitan. Harith terkejut melihat budak kecil yang terjatuh lalu sedang memegang kakinya yang luka. Harith segera menghampiri.
"Adik okey?" Soal Harith sambil memegang kaki yang luka itu. Budak kecil itu tersedu-sedu menahan sakit. Harith mengusap belakang budak kecil itu.
"Mari, abang tolong"
Harith segera mengangkat budak kecil itu. Dia membawa budak itu dengan mengendong dari belakang. Harith tahu dia harus segera membawa budak itu ke masjid kerana di masjid ada satu kotak kecemasan.
"Bang, bagi satu ais krim"
Ais krim perisa coklat dihulurkan kepada budak kecil yang digendongnya. Budak kecil itu menyambut dengan suka. Harith tersenyum melihat budak kecil itu. Dia mempercepatkan langkahnya untuk ke masjid.
******
Sampai di masjid, Harith meletakkan budak kecil itu di atas lantai masjid.
"Tunggu kejap, abang ambil ubat" Harith segera ke dalam masjid. Budak kecil itu hanya menghabiskan sisa ais krim yang diberi oleh Harith.
"Hah! Ada ubat" Harith duduk di hadapan budak kecil itu. Dia membuka kotak kecemasan. Mencari ubat untuk luka budak kecil itu. Harith menyapu sedikit ubat pada luka. Wajah budak kecil itu sedang menahan sakit.
"Sabar ya, sikit je ni.. Sikit je" budak kecil itu hanya memandang.
"Siapa nama?" Soal Harith. Budak kecil itu hanya memandang. Harith hairan.
"Nama?" Soalnya lagi. Namun, budak kecil itu hanya mendiamkan diri. Harith menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Tak boleh cakap?" Budak kecil itu mengangguk. Harith terkedu. Dia meneruskan kerjanya mengubat luka kaki budak kecil itu.
"Okey, dah siap!" Harith membalut pula dengan kain khas untuk luka. Dia tersenyum pula kepada budak kecil itu.
"Rumah dekat mana?" Soal Harith. Budak kecil itu menunjukkan jalan dengan jari telunjuknya. Harith mengangkat kening. Dia mengendong budak kecil itu lalu membawa arah yang ditunjuk oleh budak kecil itu.
******
"Sini?" Soal Harith. Budak kecil itu mengangguk lalu tersenyum. Harith juga mengukirkan senyuman. Dia meletakkan budak kecil itu di bawah.
Budak kecil itu terus lari ke dalam. Harith hanya menggarukan kepala. Dia tersenyum dengan gelagat budak kecil itu. Comel!
Tanpa membuang masa, Harith segera beredar dari situ. Dia terlihat pula Aiman sedang sibuk menolong ibunya. Harith segera menghampiri.
"Aiman!"
"Woi, Harith Hamka, jejaka paling ceria dekat kawasan ni.. Apa hal?" Aiman berjenaka. Harith tersengih.
"Tadi aku tolong budak kecil, kaki dia luka, aku bawa dia pergi masjid, tolong sapukan ubat.. Dia tak boleh cakap.. Dia tunjukkan rumah dia.. Aku pun bawalah dia tapi bukan depan rumah dia, sekerat jalan je. Dia terus lari. Kau ada kenal mak bapak budak tu?" Soal Harith. Aiman mengerutkan dahi.
"Entahlah, setahu aku mana ada budak bisu dalam kampung ni.. Entah-entah budak tu mainkan kau tak?"
Harith menggelengkan kepala. Tak.. Budak tu nampak baik. Comel je. Bicara hati Harith.
YOU ARE READING
Make It Halal - Completed
Non-FictionHarith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya memerlukan usaha untuk terus hidup. Kerjanya hanya menolong membersihkan masjid. Upah akan diberi oleh Haji Ahmad. Harith hidup keseorangan s...