Keadaan dalam bilik itu senyap. Bunyi kipas sahaja yang asyik berpusing-pusing. Heliza menanti apa yang ingin dibicarakan oleh Harith.
"Err.." Harith menggaru kepalanya. Heliza mengangkat kening.
"Heliza..." Harith memanggil.
"Ya..."
"Saya cin...ci...cin.."
Heliza mengangkat kening. Gagap pula suaminya itu.
"Cin.. Cin tu apa?" Soal Heliza. Harith tersengih.
"Saya cintakan awak!" Harith menutup matanya dengan tapak tangan. Dia tidak sanggup untuk melihat Heliza. Pengakuan berani mati dari Harith.
Senyap. Harith hairan. Gadis itu tidak cakap apa-apa ke? Senyap je. Harith mengintai dengan membuka sedikit matanya. Heliza sedang tertunduk. Tangisan Heliza didengar Harith. Heliza menangis? Harith membuka matanya.
"Aw..awak menangis?" Soal Harith. Gelabah. Itu dapat digambarkan pada diri Harith. Dia jadi gelabah. Kenapa gadis itu menangis? Dia tak suka kahwin dengan aku? Ahh.. Ahh..
"Awak marah ke? Awak tak suka ke?" Harith menunduk sedikit untuk melihat wajah Heliza. Heliza menyeka air matanya. Harith memandang Heliza tanpa berkedip. Kenapa dengan Heliza ni? Buat aku seram!
"Awak marah ke?" Soal Harith lagi. Heliza menggeleng perlahan.
"Tak.. Saya cuma... saya...gembira" kata Heliza. Harith yang blur itu tidak memberi reaksi. Hah? Dia tidak faham. Gembira tapi nangis? Sekali lagi Harith menggarukan kepalanya.
"Tak faham"
"Saya gembira sebab inilah takdir yang Allah tentukan untuk saya. Saya gembira sebab Allah hantar awak dalam hidup saya. Saya gembira sebab awak yang akan bimbing saya untuk ke syurga" kata-kata Heliza membuatkan Harith terdiam. Dia tertunduk. Heliza memandang wajahnya.
"Awak.. Terima kasih sebab sudi terima saya" kata Heliza. Harith menekup wajahnya. Malu. Apa yang diluahkan oleh isterinya itu terlalu open. Heliza tak malu tapi dia malu? Allahu..
Kedengaran Heliza ketawa. Harith memandang Heliza dengan terkebil-kebil.
"Awak malu..." Kata Heliza. Harith tersengih.
******
"Lepas solat isyak ni dah boleh masuk tidur. Umi pun dah ngantuk ni.. Umi nak solat lepas tu nak tidur, assalammualaikum selamat malam" Puan Khadijah bangun selepas mereka sekeluarga menikmati makan malam.
"Ayah pun nak masuk tidur ni, nanti kemas meja ya, Harith Ija" kata Haji Muhammad lalu beredar dari situ. Harith masih lagi makan. Heliza bangun lalu mengangkat semua pinggan untuk dibawa ke dapur.
Heliza sedang sibuk membasuh pinggan. Inai yang diukir pada seluruh tangannya itu dibiarkan kena air. Bukan hilang pun. Comel saja inainya.
"Nak saya tolong?" Harith datang dengan membawa pinggan yang digunanya tadi. Heliza menoleh lalu mengangguk. Mereka sama-sama mencuci pinggan di dapur. Kerja Heliza membasuh dan kerja Harith mengelap lalu menyusun pinggan di rak.
"Saya teringat masa saya cuci pinggan lepas tu awak nak cari gunting" suara Harith memecah kesunyian mereka. Heliza tertawa.
"Kenapa awak ungkit? Bukan awak malu ke?" Kata Heliza. Harith tersengih.
"Saya dah okey sikit, tak adalah malu sangat macam mula-mula awak usik saya dekat masjid pagi tadi" kata Harith. Heliza tersenyum malu.
******
"Saya tak berapa kenal awak, Harith" kata Heliza saat itu mereka duduk berdua di luar rumah. Saja mengambil angin malam sebelum masuk tidur.
"Awak nak kenal saya?" Soal Harith. Heliza menepuk dahi.
"Awak kan suami saya.. Takkan saya tak nak kenal awak?" Kata Heliza. Harith tersengih.
"Okey, saya cuba uji awak" Heliza mengangguk.
"Nama panjang saya apa?"
"Harith Hamka bin Muhd Mokhtar?" Heliza mengangkat kening.
"Betul! Satu markah untuk awak!" Harith menepuk tangannya. Heliza tertawa kecil.
"Hai? Awak dah tak malu?" Harith menggaru kepalanya.
"Sikit.."
"Cantiknya bintang" kata Heliza lalu memeluk tubuhnya. Perlahan-lahan kepala Heliza dilentokkan ke bahu Harith. Harith tergamam. Rasa malu itu mula datang. Kepala Harith menggeleng dengan laju. Reaksi wajahnya amat gementar.
Harith menarik nafas panjang. Tenang Harith. Cuba jangan malu! Harith mengintai Heliza. Gadis itu masih leka melihat bintang-bintang. Harith menggaru lehernya.
"Kejap awak" Harith mengangkat lengannya lalu meletakkan di belakang Heliza. Heliza tersenyum malu lalu melentokkan kembali kepalanya. Membahang muka Harith tatkala gadis itu bersahaja.
"Awak tak selesa ke?" Soal Heliza.
"Hah? Hah?" Heliza tertawa."Selesa tak?"
"Selesa..."
Malam yang dingin itu, mereka duduk bersantai di luar rumah. Heliza sudah terlena di sisi Harith. Harith melihat tangan milik Heliza. Dengan perlahan dia menggenggam erat tangan isterinya itu. Rasa sejuk saja tangan gadis itu. Sudah halal bukan? Kepala Harith pula dilentokkan atas kepala Heliza. Harith tersenyum. Makin lama makin kurang malunya terhadap isteri sendiri. Rasa selesa apabila dia menggenggam tangan Heliza. Ahh, indahnya bercinta selepas nikah.
Heliza, Allah make us to be halal. And with our ikhtiar, He keep us to be close with each other. I thankful to Allah cuz Allah send you in my life. How grateful am I, my love. Please, stay beside me. And insyaAllah, I will guide you to Jannah. Aamiin.
******
Hai! Okey, bab ini sikit je. Kurang idea lah. Hehe. Btw, sis nak tanya kat korg sume la kan.
Best ke cerita ni? Komen tau. Sis nk tahu cerita ni best ke bagi korg. So curious lah sis ni! Huhu. Kalau suka, ajaklah followers korg utk baca buku sis nie. Ni kira macam promote lah. Kah kah kah. Lebih pula sis ni kan? Okey. Tu je. Bye!
YOU ARE READING
Make It Halal - Completed
Non-FictionHarith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya memerlukan usaha untuk terus hidup. Kerjanya hanya menolong membersihkan masjid. Upah akan diberi oleh Haji Ahmad. Harith hidup keseorangan s...