"Terima kasih, Zul. Moga Allah membalas jasa Tuan" Zul tersenyum apabila mendengar ucapan dari Harith.
"Jangan lupa pergi dari sini cepat. Kalau perlukan bantuan saya, ini kad saya. Apa-apa telefon ya" kata Zul lalu menghulurkan sekeping kad dan matanya melirik ke arah Heliza. Gadis itu terus menunduk.
"InsyaAllah, terima kasih"
******
Harith segera menutup semua lampu dan bersedia untuk tinggalkan tempat ini. Hatinya sedikit lega kerana dengan bantuan Zul tadi, dia selamat bersama Heliza. Matanya tertumpu kepada Heliza yang sedang duduk termenung seorang diri. Harith segera menghampiri isterinya.
"Kenapa ni? Bukan ke kita dah selamat?" Kata Harith. Heliza yang sedari termenung terkejut dengan teguran lelaki itu.
"Tak ada apa...cuma saya pening kepala" kata Heliza, menutup kisahnya.
"Sakit kepala? Kat mana? Kat sini? Sini ke? Biar saya urutkan. Nanti kita pergi--"
"Harith..." Ujar Heliza.
"Ya"
"Saya sihat. Awak tak perlulah risau.. Saya cuma lega yang kita dah selamat. Bila kita nak pergi?" Kata Heliza lagi. Harith tersenyum lega.
"Sekarang.. Lagi cepat lagi baik" kata Harith. Heliza mengangguk laju lalu mengikuti Harith dari belakang. Namun, fikirannya masih utuh dengan sikap Zul tadi. Bukankah lelaki itu sudah berhenti menjadi askar? Mengapa lelaki itu seperti sedang berlakon di hadapannya dan Harith?
Sedang Harith membeli tiket penerbangan balik, Heliza mengambil kesempatan untuk membaca al-Quran. Di saat getir ini lebih baik diisi dengan membaca al-Quran. Ahh, rasa tenang apabila dapat mengalunkan ayat-ayat suci ini. Bagaikan berada di syurga Allah yang tidak terbayang bentuknya. Seperti sedang duduk bersama bidadari syurga yang penuh dengan sifat kesopanan dan kelembutan. SubhanaAllah.. Perasaan ini tidak dapat dibayangkan.
"Nah" Harith menghulurkan sebotol air mineral. Heliza menyambut dengan senyuman.
"Bila flight ?" Kata Heliza.
"Dalam pukul 10.00 malam kita akan gerak" kata Harith. Harith memerhatikan mata Heliza. Gadis itu seperti menyembunyikan sesuatu. Perubahan wajah yang ditunjukkan oleh isterinya membuatkan dia ingin tahu.
"Ada masalah ke?" Soal Harith dengan tiba-tiba. Heliza yang sedari tadi termenung menoleh ke arah suaminya.
"Err, tak ada masalah apa-apa. Cuma risau umi dengan abah dekat rumah" kata Heliza lalu menundukkan wajahnya. Takut untuk memandang wajah Harith yang seakan-akan tahu isi hatinya.
"Diaorang baik je. Saya dah call tadi" kata Harith lalu tersenyum. Heliza menoleh.
"Oh, baguslah..."
Sepi. Tiada perbualan di antara mereka. Seorang membisukan diri, seorang lagi memikirkan sesuatu. Bingung. Hampir setengah jam mereka menunggu flight mereka. Harith cuba untuk melelapkan mata. Namun, matanya tidak dapat lena. Ada saja yang mengganggu fikirannya. Dia menoleh ke arah Heliza. Ya, dia sangat pasti bahawa gadis itu seperti menyembunyikan sesuatu.
Sejak di rumah, gadis itu berpeluh dek kerana mimpi yang dia sendiri tidak pasti. Harith tidak pula bertanya kepada Haji Muhammad soal itu. Dan sejak Zul hadir menyelamatkan nyawa mereka. Heliza berubah dengan jelasnya. Harith tertanya-tanya, adakah Heliza mengenali Zul sebelum ini? Dia tidak pasti.
******
Harith menyelimutkan badan Heliza yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Penerbangan mereka yang sudah lebih setengah jam itu membuatkan isterinya letih dan terlena di sisi Harith. Harith pula mengambil kesempatan untuk membaca al-Quran. Dia membuka surah ar-Rahman. Surah yang sangat memberi keinsafan buat manusia tentang nikmat. Dengan penuh syahdu dan penghayatan, Harith membaca dengan sebutan yang jelas dan lancar. Dia perlahankan sedikit suaranya agar tidak mengganggu lena isterinya.
Sudah 20 minit berlalu, Harith sudahpun selesai mengaji. Dia menutup kembali al-Quran kecil yang dibawanya bersama. Bibirnya mengukirkan senyuman. Tidak sabar rasanya untuk sampai ke destinasi yang selama ini menjadi rahsia. Dia menoleh ke arah Heliza.
Sleep tight my love, tomorrow will be your day. I'm promise I will make you smile every minutes and every second. Just sleep. Stay beside me, my love. Please, stay beside me.
******
"Kita dekat mana ni?"
"Suprise!"
YOU ARE READING
Make It Halal - Completed
Non-FictionHarith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya memerlukan usaha untuk terus hidup. Kerjanya hanya menolong membersihkan masjid. Upah akan diberi oleh Haji Ahmad. Harith hidup keseorangan s...