Bab 20

5K 292 11
                                    

Heliza termenung seorang diri. Sudah lama dia tidak ke kebun. Ada saja alasan yang diberi kepada uminya.

"Sakit perut,umi.."

"Macam nak demam, umi.."

Kini, dia keseorangan di dalam bilik. Makan juga sudah jarang-jarang. Teringat sewaktu dia ternampak Harith yang sedang dibawa polis itu. Tidak sangka bahawa itu adalah Harith. Dan paling mengejutkan apabila Harith dari tempat yang haram itu. Setengah hatinya berkata bahawa mana mungkin lelaki itu berbuat begitu.

Mengalir air matanya tatkala melihat Harith dengan rambut yang comot. Baju seperti ditarik. Heliza memejamkan mata. Tidak sanggup dia melihat Harith ketika itu. Lantas badan uminya dijadikan pelukan saat itu.

Adakah benar Harith melakukan benda haram itu? Benarkah?

******

Bunyi pekikan seseorang mengejutkan Harith dari tidurnya. Harith segera menggosok matanya.

"Ni makan! Makan! Bangunlah!" Polis itu meletakkan dulang makanan dengan kasar. Harith menggelengkan kepala. Inikah orang Islam? Inikah cara orang Islam? Inikah imej orang Islam? Allahuakbar...

Harith duduk sambil berzikir kepada Allah. Hatinya sedikit tenteram apabila mengalunkan zikir.

"Hoi, kau baca apa tu?" Harith membuka matanya. Seorang lelaki yang juga ditangkap bermaksiat di tempat itu.

"Zikir," jawab Harith sepatah. Lelaki itu ketawa.

"Hoi, kau ingat dengan zikir tu kau boleh keluar dari sini?" Soal lelaki itu. Harith tidak mengendahkannya. Mulutnya masih terkumat-kamit mengalunkan zikir.

"Woi, kau tak payah berlagak alim lah.. Kau masuk penjara sebab buat maksiat dengan perempuan.. Hahahaha, kita geng lah, bro!"

"Aku tak buat!!" Jerit Harith. Air matanya bertakung. Geram!

"Woo, rileks lah bro.. Kau nak marah buat apa? Kalau betul kau tak buat, kenapa Tuhan tu takdirkan kau duduk sini, hah?" Lelaki itu ketawa. Harith terdiam. Pandai berkata lelaki itu.

"Bang, kau nak tahu tak kenapa Allah tu letakkan aku dekat sini?" Soal Harith pula. Lelaki itu mengangkat keningnya.

"Sebab Allah tu sayang aku! Dia beri aku ujian sebab nak uji aku sejauh mana aku beriman kepada Dia!" Harith meninggilan suaranya. Lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Gila agaknya! Bisik hati Harith. Argh, malas mahu melayan.

******

Harith menelan air liur. Kakinya melangkah dengan perlahan. Jantungnya bagai hendak pecah. Berpeluh dahinya. Harith terlihat beberapa pasang mata sedang memandangnya. Gadis itu turut hadir di situ. Harith menunduk sambil berjalan ke arah telefon.

"Assalammualaikum, Harith" Haji Ahmad memberi salam. Harith yang mendengar terasa sebak. Pasti orang tua ini malu apabila pelajarnya meringkuk dalam penjara.

"Waalaikummussalam, Tuk Haji..." Balasnya.

"Harith sihat?" Dia mengangguk perlahan.

"Tuk Haji! Harith tak buat, tuk Haji! Harith tak sentuh perempuan tu! Harith difitnah!" Air mata mengalir di pipi. Sayu hati Haji Ahmad apabila melihat keadaan Harith yang tidak terurus. Haji Ahmad mengangguk.

"Haji tahu kamu tak buat, Harith.. Haji tahu kamu tak macam tu.."

"Kamu nak cakap dengan Haji Muhammad?" Harith mengangguk perlahan.

Telefon berganti dengan Haji Muhammad. Mukanya yang tegang itu membuatkan Harith takut untuk memandang.

"Pakcik, saya tak buat. Demi Allah! Saya tak sentuh mana-mana perempuan, saya difitnah dengan seorang lelaki ni, Man..."

Haji Muhammad masih memandangnya tanpa reaksi. Harith jadi takut.

"Kamu nampak anak pakcik tu?" Harith menoleh ke arah Heliza. Heliza menundukkan kepalanya.

"Betul ke kamu nak kahwin dengan dia?" Soal Haji Muhammad. Harith terdiam. Jika dia jawab ya , apa reaksi lelaki tua ini? Kata Aiman tempoh hari, lelaki tua ini tidak membenarkan dia berkahwin dengan Heliza.

"Saya memang nak kahwin dengan dia, pakcik..." Jawab Harith dengan perlahan. Haji Muhammad mengangguk-angguk.

"Kalau betul kamu tak buat, buktikan" kata Haji Muhammad. Harith terdiam.

******

Pada malam itu, Harith termenung seorang diri. Matanya jatuh pada susuk tubuh lelaki yang seperti tidak mengenal Tuhan. Ada saja balasan katanya siang tadi.

Ya Allah, aku tahu hanya Kau yang mengetahui segalanya. Hanya Kau yang melihat aku. Kau memerhatikan aku. Dan aku berharap agar Kau permudahkan urusanku agar aku dapat buktikan bahawa aku tidak berdosa. Sekurang-kurang, Kau tahu perkara yang sebernanya.

Mengalir air mata Harith. Dia berharap agar dia dapat keluar dari sini. Teringat akan tempoh untuk dia menghalalkan Heliza. Tinggal tiga bulan saja lagi untuk dia mendapatkan rumah. Allah... Permudahkan urusanku...

Harith berkhalwat kepada Allah pada sepertiga malam. Dia memohon agar segala urusannya dipermudahkan. Meleleh air matanya kerana takut tidak mampu untuk menghadapi ujian. Dan malam itu, Harith tidur dalam tangisan.

Hai readers :) maaf sesangat. Bab ni agak hambar ya. Sis x berapa sihat. Maaf ya....
Sis banyak merapu. InsyaAllah next chapter Harith dah boleh keluar dari lokap. Tak mau lah Harith lme2 dlm lokap tu. Huhu.. :)

Vote and komen okey?
Thx sume :')

Make It Halal - CompletedWhere stories live. Discover now