"Kenapa Amin tak bagitahu Nad pasal perempuan ni?!" Air matanya bertakung. Marah? Ya, memang dia sedang marah. Sedih jangan cerita. Memang sedih sangat! Sampai hati Amin....
Amin terdiam. Mukanya diraupkan. Rasa serba salah menyelubungi dirinya. Dia memandang kembali wajah tunangnya itu.
"Patutlah bila Nad ajak Amin bincang pasal kita, Amin elak!" Marah Nad. Air matanya dengan perlahan mengalir di pipi. Amin masih lagi mendiamkan diri. Dia mengeluh perlahan.
"Kenapa Amin buat Nad macam ni? Kenapa, Amin?!"
"Diam!!" Nad terkejut dengan tekingan Amin. Terus dia terdiam dan terkedu. Air matanya mengalir lagi.
"Boleh tak diam!!" Gertak Amin lagi. Terkejut Nad dibuatnya. Jantung bagai hendak pecah.
"Okey, baiklah.. Sampai mati Nad akan diam!" Jerit Nad pula lalu beredar dari situ dengan hati yang kecewa. Air matanya mengalir dengan deras. Benci!
******
Perkahwinan semakin hampir. Harith berasa tenang sahaja. Tidak gemuruh. Entah kenapa dia rasa tenang. Semua kerjanya berjalan dengan lancar. Karya keduanya juga lagi separuh bab hendak siap. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah.
Harith mengambil tempat duduknya. Malam ini ada makan-makan sedikit makan-makan di rumah Haji Muhammad. Tidak sabar untuk bertemu dengan bakal ibu mertua dan ayah mertuanya. Heliza, jangan cakaplah. Rindu sangat.
Jika suka titipkan doa, jika cinta titipkan doa, jika rindu titipkan doa...
Harith tersenyum dengan kata-kata Heliza tempoh hari dalam surat. Rindu ke Harith? Titipkan doa ya.
Teringat pula dia dengan Cik Nad. Gadis yang tegas pendiriannya. Dia tahu gadis itu baik. Lihat saja cara dia memberikan bilik yang besar ini. SubhanaAllah. Pasti gadis itu sudah berkahwin. Tapi, dia panggil cik. Pasti belum berkahwin. Tunang mungkin?
Malam itu, suasana di ruang meja makan sangat meriah. Walaupun hanya makan-makan kecil, namun sangat meriah dengan kehadiran Harith dan Haji Ahmad di situ.
"Lagi berapa hari je kamu berdua nak nikah.. Tak sabar rasanya nak tengok anak umi kahwin" Heliza menepuk lembut bahu uminya. Malu..
Harith tersenyum kecil. Dia juga turut malu. Lelaki, malu? Harith saja yang malu agaknya. Dia menoleh ke arah Aisyah. Budak kecil itu sentiasa mengukirkan senyuman. Tidak lekang senyumannya itu. Comel seperti kakaknya.
"Lepas Harith dah kahwin dengan Heliza, sunyilah rumah ni.." Kata Puan Khadijah.
"Tak apa, Ijah. Nanti abang suruh mereka berdua ni balik sini setiap hujung minggu.. Tak adalah sunyi nanti, kan Harith?" Kata Haji Muhammad. Harith mengangguk kecil. Saat mata Harith bertentang dengan anak mata Heliza, masing-masing tertunduk malu. Hai, macam manalah kalau lepas kahwin nanti? Masih nak malu ke, Harith Hamka?
"Heliza diam je.. Kenapa? Tak sihat?" Soal Haji Ahmad. Tidak pernah pula dia dengar suara anak dara itu. Heliza tersengih.
"Heliza sihat, tuk Haji. Tak sakit apa-apa pun.." Katanya. Harith hanya mendengar. Ya, sudah lama dia tidak dengar suara mahal itu. Teringat pula dia semasa Heliza memarahinya kerana bermain nyorok-nyorok bersama adik kecilnya, Aisyah. Marah betul gadis itu terhadapnya. Tidak malu pula hendak marah. Tetapi sejak akhir-akhir ini, dia jadi malu. Entahlah...
"Ingatkan tak sihat. Kenapa? Malu dengan Harith ya?" Heliza tertunduk malu. Haish, tuk Haji ni.. Janganlah buat Heliza malu. Harith tersengih.
"Dah lah, janganlah usik bakal pengantin ni.. Makin malu nanti anak dara saya tu" kata Haji Muhammad. Heliza tertunduk lagi.
"Ala, sekali-sekala nak hilangkan gementar orang yang nak kahwin ni, lagi berapa hari saja lagi kan? Haa, Harith jangan nervous .." Kata Haji Ahmad. Harith tertawa kecil dengan gelagat Haji Ahmad. Semua di meja makan ketawa bersama. Indahnya, ya Allah. Semoga dipermudahkan urusan.
******
"Ibu, Nad nak putus tunang" terkejut Puan Salmah dengan kata-kata anaknya.
"Kenapa pulak ni? Kamu berdua gaduh ke?" Air mata Nad sudah membasahi pipi. Puan Salmah merapati anaknya.
"Kenapa ni sayang? Amin ada buat salah ke?" Soalnya dengan lembut. Nad masih lagi menangis. Badan ibunya dipeluk dengan kuat.
"Cuba cerita dekat ibu apa yang dah jadi" Nad masih lagi menangis dalam pelukan ibunya. Tidak sanggup untuk bercerita perkara yang menyedihkan hatinya. Saat lelaki itu menengkingnya. Memarahinya. Ya Allah...
******
Heliza ke dapur untuk mencuci pinggan mangkuk. Setelah makan-makan tadi, dia segera membawa pinggan mangkuk untuk dicuci.
"Err, assalammualaikum.." Heliza menoleh. Harith sedang tersenyum.
"Waalaikummussalam.." Balas Heliza.
"Nak saya tolong ke?" Soal Harith. Kasihan pula melihat Heliza yang mencuci pinghan mangkuk yang banyak itu.
"Lepas kita kahwinlah" Heliza serta-merta menekup mulutnya. Haish, apa yang aku cakap ni?? Harith terkejut dengan kata-kata Heliza. Dia tersenyum.
"Ehh, sorry sorry " Heliza mohon maaf kerana terlepas cakap. Haish, malunya!!! Harith jadi malu. Argh! Aku? Malu?
"Okey, lepas kahwin" kata Harith. Sengaja membuat Heliza jadi malu. Heliza menutup matanya. Ya Allah!! Malu, ya Allah! Bibirnya terukir senyuman.
"Pergilah sana" kata Heliza. Dia tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu. Harith mengangguk perlahan. Mulutnya mengumam. Dia tersenyum lalu beredar dari situ. Tidak mahu lama-lama. Dia juga akan malu sendiri.
Heliza tersenyum kecil. Haish, Harith! Aku malu, dia pun nak malu. Dia malu, aku pun malu. Apakah? Heliza tertawa kecil lalu meneruskan kerja mencuci pinggan mangkuk.
Lepas ni jangan terlepas cakap lagi! Fuhh, Heliza...Heliza...
YOU ARE READING
Make It Halal - Completed
Non-FictionHarith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya memerlukan usaha untuk terus hidup. Kerjanya hanya menolong membersihkan masjid. Upah akan diberi oleh Haji Ahmad. Harith hidup keseorangan s...