Bab 46

5.3K 240 9
                                    

2 bulan kemudian...

Heliza sedang membuka almari satu persatu di dalam rumah barunya itu. Bibirnya mengukirkan senyuman. Semua barang sudah ada dalam almari. Peralatan untuk memasak juga ada. Dia pergi pula bahagian kabinet di bawah. Kuali, periuk semua ada. Haih, pandai pulak si Harith ni kemas barang dapur.

Heliza menuju ke arah peti ais. Canggih juga peti ais yang baru dibeli Harith. Maklumlah, lelakinya itu sudah senang. Heliza membuka peti ais.

"Ya Àllah!" Terkejut Heliza apabila ternampak apa yang ada dalam peti ais itu. Dia buka pula peti ais atas. Terbeliak matanya. Heliza tertawa kecil.

"Awak! Awak!" Jerit Heliza memanggil suaminya. Matanya berair kerana tidak tahan ketawa. Haduhh. 

"Kenapa ni? Kenapa, kenapa? Kenapa gelak?" Harith datang dengan baju yang sedikit kotor kerana sedang menghiaskan halaman rumah dengan pokok bunga. Heliza menutup mulutnya kerana tidak tahan untuk ketawa.

"Kenapa ni? Saya buat lawak ke?" Soal Harith yang lurus bendul itu. Heliza menarik tangan Harith lalu berdiri di hadapan peti ais. Harith hanya memandang pelik.

"Peti ais ni kelakar ke, awak?" Soal Harith. Heliza menepuk lembut bahu Harith.

"Kenapa cerdik sangat awak ni? Daging, ikan semua kena letak dekat peti ais atas... kenapaaaa awak letak bawah. Tengok, kan dah cair. Dah kotor dah peti ais. Apalah awak ni" Heliza ketawa lalu menggelengkan kepala. Harith menggarukan kepalanya.

"Tak tahu pulak..."

Heliza menggelengkan kepala. Dia segera mengeluarkan ikan lalu dibawa ke singki. Harith hanya memerhati. Heliza mengeluarkan ikan tersebut daripada plastiknya lalu dia mencuci dan terus menyiang ikan itu. Harith menghampiri.

"Awak marah ke? Maaflah, saya tak tahu yang ikan, ayam tu kena letak peti ais atas... betul, saya tak tahu!" Heliza menoleh. Ya Allah, suami aku ni kenapa? Heliza melepaskan tawa.

"Awak ni kelakar lah, Harith. Buat apa saya nak marah? Dah dah, awak buat kerja awak, saya buat kerja saya ya?" Kata Heliza lalu meneruskan kerjanya. Harith tersengih lalu ingin beredar dari situ. Langkahnya terhenti lalu menoleh ke arah isterinya. Dia memerhatikan lagat isterinya. Ada senyuman di bibir isterinya. Mungkin masih nak gelak tentang gelagatnya tadi. Harith tersenyum.

******

"Zul, petang ni Haji nak ke rumah teres yang dekat sana tu. Ada urusan dengan orang yang baru pindah sana. Katanya nak lungsaikan bayaran rumah" kata Haji Roslan. Zul menoleh.

"Nak ikut boleh?" Zul bertanya.

"Haa, bolehlah tu. Jangan lupa ya petang ni" kata Haji Roslan. Zul mengangguk laju.

"Haji, kalau Saidatul tak suka Zul macam mana? Mesti dia nak cari suami yang beriman, soleh, bertanggungjawab..." Zul merendahkan suaranya. Haji Roslan menggelengkan kepala.

"Zul, kalau jodoh Zul dengan Saidatul, kita tak dapat tolak walaupun dia nak suami yang macam tu, yang macam ni. Kun fayakun, Zul. Terjadi maka terjadilah. Zul tu rendah diri sangat. Zul pun bukannya macam dulu. Haji suka kalau Zul jadi menantu Haji" kata Haji Roslan. Zul tersengih. Dalam hati agak risau juga. Bagaimana hendak menawan hati gadis itu?

Pernah satu hari dia dimarahi oleh Saidatul. Ya, memang salah dia. Mengganggu usrahnya.

"Awak ni dah kenapa? Kan saya tengah bercakap? Janganlah menyampuk" marah Saidatul. Zul terdiam lalu menunduk. Mungkin malu dimarahi depan gadis-gadis usrah yang lain.

"Macam nilah encik, encik boleh pergi tak? Sebab kami semua tak selesa dengan kehadiran encik dekat sini. Harap faham" tegas Saidatul. Zul terdiam lagi. Lama dua merenung wajah Saidatul yang sudah berkerut dahinya itu.
"Yalah, maafkan saya. Tapi kan awak, kalau marah-marah nanti cepat tua. Tak cantiklah bakal isteri saya ni" terkejut Saidatul dengan kata-kata lelaki itu. Malu dia apabila teman-temannya yang lain tersenyum-senyum.

"Okeylah, saya pergi dulu. Assalammualaikum!" Zul cepat-cepat beredar dari situ. Dahinya ditepuk. Apasal kau ni? Hilang akal ke? Aduhh, mulut ni pun satu tak pasal-pasal buat hal.

******

Haji Roslan dan Zul tiba di hadapan rumah teres. Zul memerhatikan kereta Alza putih yang diparking elok dalam halaman rumah.

"Assalammualaikum!" Haji Roslan memberi salam. Harith membuka pintu dengan berpakaian t-shirt dan kain batik lalu menjawab salam. Terpempam Harith tatkala melihat di sebelah Haji Roslan berdirinya Zul dengan berpakaian kurta dan kopiah putih di kepala.

Zul juga terkejut. Jadi, pemilik rumah ini...? Ya Allah, keciknya dunia! Zul tertunduk.

"Err, masuklah Haji.." Harith tersenyum kelat. Inikah Zul yang pernah menjalinkan hubungan dengan isterinya? Inikah Zul yang berdendam kerana telah dirampas Heliza olehnya? Namun, Zul di hadapannya kini Zul yang suci. Wajahnya ada Nur yang tersangatlah jernih. Nampak kesan air wuduk yang tidak pernah kering pada wajahnya. Dua titik hitam yang kelihatan pada dahi Zul membuatkan Harith tak sangka ini Zul.

"Duduklah, saya ke bilik sekejap. Saya minta isteri saya buatkan air" kata Harith. Haji Roslan hanya mengangguk lalu tersenyum.

Zul tidak tentu arah. Dia bakal berhadapan dengan gadis yang pernah bertakhta dalam hatinya. Dia bakal berhadapan dengan gadis yang dicintai semata-mata kerana nafsu. Zul hanya mendiamkan diri. Tidak terkata. Takut dan gelisah. Kopiahnya dibetulkan. Ada peluh menitik walaupun pendingin hawa telah terpasang lama.

"Zul dah berubah..."

"Hah?"

Make It Halal - CompletedWhere stories live. Discover now