Bab 13

5.6K 286 4
                                    

Sudah tiga hari Harith menunggu surat yang dijanjikan oleh Haji Muhammad. Dia setia menunggu tanpa berjumpa dengan Haji Muhammad. Sejak kejadian di rumah gadis itu, Harith tidak keruan. Dia tidak senang duduk. Ada saja yang mengusik hatinya.

Harith banyak buat solat istikharah. Dia harap agar Heliza adalah jodohnya. Sejak kejadian itu juga, dia jarang keluar rumah kecuali ke masjid. Hendak ke kebun, takut terserempak dengan Puan Khadijah dan Heliza. Dia juga jarang bermain dengan Aisyah, budak comel itu.

"Assalammualaikum!" Kedengaran seseorang dari luar memberi salam. Harith yang sedari tadi termenung terus meluru ke luar.

"Surat untuk Harith Hamka?" Lelaki muda itu bersuara. Harith mengangguk. Harith mengucapkan terima kasih lalu mengambil surat yang baru saja dihulurkan oleh lelaki muda tadi.
Harith membaca nama surat itu. Bebola matanya membugil. Harith segera membuka sampul surat itu. Hatinya berdebar-debar. Dia membaca kalimah bismillah. Harith membaca isi surat itu.

Keningnya terangkat. Nak gembira atau...?

******

"Nak gembira atau...?" Harith bingung. Dia memandang Haji Ahmad.

"Gembiralah, Harith. Sekurang-kurangnya kamu dah cuba dan alhamdulillah kamu diterima. Tapi, kenapa dalam surat tu kata ada syarat dan kena datang rumah Haji Muhammad?" Soal Haji Ahmad. Harith mengangkat bahu. Dia memang buntu. Syarat apa yang dimaksudkan oleh Haji Muhammad?

"Macam ni lah Harith, kamu datang je lah.. Mana tahu syarat tu benda baik? Haji kenal dengan Haji Muhammad tu, nampak saja garang tapi sebernanya baik" kata Haji Ahmad. Harith tersenyum kecil. Fikir positif, Harith!

"InsyaAllah, Tuk Haji"

"Pandai jugak kamu tackle ayahnya ya?" Haji Ahmad senyum ngejek. Saja mengusik Harith. Harith tersenyum lebar.

"Haah lah Tuk Haji, bukan pandai je tapi Harith terlebih pandai lah!" Ketawa Haji Ahmad dengan kata-kata Harith.

"Alhamdulillah, sekurang-kurangnya Allah dengar doa Harith, dan Haji doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar insyaAllah aamiin..." Harith mengaminkan doa Haji Ahmad. Dia tersenyum kecil.

******

"Betul kamu suka dia?" Heliza mengangguk laju. Dia tertunduk apabila bebola mata ayahnya seperti menikam-nikam dadanya.

"Apa yang dia ada?" Sengaja Haji Muhammad bersoal begitu. Dia mahu anak gadisnya itu buktikan bahawa Harith layak untuk menjadi suaminya.

"Ayah, dia mungkin tak ada apa-apa tapi Ija dapat rasa yang dialah jodoh yang Allah tetapkan untuk Ija.. Ija dah buat istikharah dan hati Ija terbuka untuk Harith.. Mungkin kebahagiaan Ija adalah bersama dengan Harith? Harith baik, hati Ija tersentuh bila dia kata yang dia anak yatim tapi semua orang sukakan dia dengan sifat lurus bendul dia"

"Dia selalu main dengan Aisyah dekat kebun dan hati Ija tertarik dengan sikap dia tu.. Ayah tak suka dia?" Soal Heliza. Haji Muhammad terdiam. Heliza tidak tahu bahawa Haji Muhammad sudah menghantar surat kepada Harith. Terima tapi harus mematuhi syarat.

"Ayah nak yang terbaik untuk kamu, Ija.. Ija satu-satunya anak gadis ayah yang dah besar. Ayah nak lelaki yang mampu melindungi Ija.. Ayah harap keputusan Ija untuk bersuamikan Harith tak menghampakan ayah, esok dia akan datang. Ada benda yang ayah nak bincang dengan dia" Heliza tersenyum kecil lalu mengangguk. Dia berharap ayahnya akan lembut hati dengan Harith. Moga dipermudahkan urusan, Ya Allah.

"Ija, tak semestinya Harith tu jodoh kamu. Jangan kamu berharap dengan manusia. Minta petunjuk dari Allah. Semoga Allah tunjukkan jalan yang benar" nasihat Puan Khadijah. Heliza mengerti tentang itu. Setiap malam dia berdoa agar diberikan jodoh yang baik. Jika Allah redha dengan keputusan ini, alangkah bahagianya aku, bisik hati Heliza.

Esok, Harith datang dengan tujuan untuk berbincang dengan Haji Muhammad. Entah apa yang akan mereka bincangkan Heliza tidak tahu. Rasa seram mula menyelubungi diri. Takut...

"Ija, umi nak cakap sikit..." Puan Khadijah datang duduk di sisi Heliza. Gadis itu tersenyum lalu memandang uminya.

"Ada apa, umi?" Soalnya.

"Umi cuma nak cakap, apapun yang ayah lakukan tu untuk kebaikan Ija.. Ija kena faham setiap ayah nakkan yang terbaik untuk anak perempuannya. Ija faham kan?" Puan  Khadijah tersenyum. Heliza mengangguk faham.

"Ija faham, umi. Kalau bukan Harith jodoh Ija, Ija kena redha sebab Ija tak boleh ubah takdir. Dan Ija tahu Allah akan beri yang lebih baik untuk Ija" Puan Khadijah mengusap lembut pipi Heliza. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat mendidik anaknya menjadi solehah. Dia juga berdoa agar Harith adalah jodoh Heliza.

******

Malam yang hening itu, Harith bersujud lama di atas sejadah. Memohon keampunan dan meminta agar dipermudahkan urusan. Esok, dia akan ke rumah Haji Muhammad. Syarat yang dimaksudkan ayah Heliza itu dia masih tidak pasti apa maksudnya. Benarlah kata Haji Muhammad, dia memang lurua bendul.

Harith mengangkat tangan untuk berdoa. Dia tidak putus-putus berdoa agar Heliza menjadi jodohnya. Harith meraup mukanya.

"Lamaran aku diterima tapi syarat...?" Harith menggelengkan kepala. Dia mahu terus membuai mimpi. Tunggu sajalah esok.

"Bismikallah humma ahyat wahmud, dengan namaMu aku hidup dan mati..." Akhirnya Harith terlena.

Make It Halal - CompletedWhere stories live. Discover now