Harith memberi salam yang terakhir. Dia meraup mukanya. Harith termenung sebentar di atas sejadah. Selepas solat istikharah tadi. Harith berdoa agar Allah mendengar doanya.
Harith menadahkan tangan.
"Ya Allah, ampunilah dosaku. Dosa kedua ibubapa ku. Rahmatilah mereka di sana. Sebagaimana mereka merahmatiku sejak aku masih kecil. Ya Allah, kau letakkan perasaan cintaku terhadap Heliza. Andai dia jodohku, kau permudahkanlah segala urusanku. Andai dia bukan jodohku, kau jauhilah dia dariku. Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk cuba menghalalkan Heliza. Kau berilah aku keyakinan untuk pergi ke rumahnya dan minta melamar dari orang tuanya. Ya Allah, jika aku kecewa apabila lamaran ditolak, kau kurniakanlah aku jodoh yang lebih baik... Aamiinn"
Harith meraup wajahnya. Dia berharap Allah redha dengan apa yang dia lakukan. Dia berharap agar Allah permudahkan urusan dia.
******
"Dah buat istikharah?" Harith menoleh kerana terperanjat.
"Ish kau ni, Man. Cubalah bagi salam ke? Terkejut aku tau! Aku tengah bersihkan al-Quran ni, kalau jatuh quran ni macam mana?" Harith memarahi sahabatnya. Aiman tersengih lalu memberi salam.
"Hah, kan bagus macam tu. Waalaikummussalam encik Aiman...." Harith menggelengkan kepala.
"Kau nampak lain macam lah hari ni" Aiman bersuara. Harith mengerutkan dahinya. Dia menoleh ke arah Aiman. Lelaki itu sedang tersengih lalu mengangkat kening.
"Apa yang lain macamnya? Aku kan memang macam ni?" Harith berseloroh. Aiman ketawa perlahan.
"Harith, semalam kau down gila lepas tu hari ni kau nampak berseri je muka, ada apa-apa ke?" Aiman mengangkat kening berulang kali. Harith memandang hairan. Berseri? Dia memegang mukanya.
"Kau ni lurus bendul lah, Rith.. Haishhh, susah betul lah kau ni, kau dah jumpa Tuk Haji pasal yang kau hampa mak perempuan tu tolak kau?" Harith menggarukam kepala.
"Ohh, yang tu! Kau cakap tu betul-betul lah" Harith kembali menyusun kitab-kitab al-Quran. Aiman menepuk dahinya. Lurus bendul betul!
"Wei!"
"Hah?"
"Apa yang Tuk Haji cakap? La illah ha illallah...." Aiman memegang kepalanya. Pening betul kalau ada kawan yang macam ni.
"Oh, haaa dia suruh aku buat solat sunat, aku ada buat semalam tapi belum ada tanda-tanda lagi" Harith bersuara lagi. Aiman mengangguk-angguk.
"Kau nak jumpa bapak dia ke?" Soal Aiman. Harith menoleh. Dia berfikiran sejenak.
"Entahlah, kalau aku bersedia aku pergi je jumpa"
"Bukan ke perempuan tu suka orang lain?"
"Aku lamar lah dulu, kalau Heliza tak nak aku, aku baliklah. Mungkin Allah nak tunjuk yang dia bukan jodoh aku dan aku redha. Aku ni kira macam ambil risiko jugaklah, datang dengan muka selamba nak lamar anak orang ni" Harith meneruskan kerjanya. Aiman hanya memerhati. Kasihan melihat sahabatnya itu.
"Tak apa, Rith. Kalau lamaran kau kena tolak, aku rekomenkan kau dengan perempuan lain. Yang lagi cantik punya!" Aiman bersuara. Harith tersengih.
"Nak yang cantik buat apa? Aku nak pilih yang beragama, tu lebih baik, sama-sama pimpin masuk syurga, haaa kau tak nak?" Kata Harith. Aiman terkedu. Hai, terkena! Harith ketawa apabila reaksi wajah Aiman berubah. Sentap kut.
******
"Ya Allah, kau berikanlah aku jodoh yang baik, yang beragama yang soleh supaya dapat bimbing aku ke Jannah.. Aku mohon, takdirkan aku dengan lelaki yang aku minati dalam diam.." Heliza mengaminkan doanya. Dia berharap agar Allah redha dengan cintanya terhadap lelaki itu. Walaupum tidak pernah mengenal hati budi sesama sendiri. Heliza yakin lelaki itu baik.
"Ija, jumpa dekat ruang tamu" Puan Khadijah memanggil anaknya.
Heliza mengerutkan dahi. Ada apa ya? Heliza menanggalkan telekungnya lalu menyimpannya dalam kabinet. Heliza segera ke ruang tamu.
"Ada apa, umi ayah?" Heliza melabuhkan punggungnya.
"Ada orang nak datang melamar Ija esok" kata Haji Muhammad. Melopong mulut Heliza tatkala mendengar berita yang baru saja disampaikam oleh ayahnya. Lamar? Siapa?
"Si..si..siapa, aa..ayah?" Tergagap-gagap Heliza dibuatnya. Tolonglah jangan abang Zahed. Heliza tak mahu.
"Entahlah nak, dia hantar surat katanya nak lamar kamu" kata Puan khadijah. Berkerut-kerut dahi Heliza dibuatnya. Siapa pulak yang nak lamar aku ni? Allah...
"Umi tahu nama dia?" Soal Heliza dengan perasaan yang gementar. Puan Khadijah memandang suaminya. Tiada respon.
"Macam ni lah, Ija. Esok pagi dia datang, Ija tengok lah siapa ya?" Kata Puan Khadijah. Mata Heliza berair. Takut.. Gementar.. Sedih pun ada. Entah siapa yang akan lamarnya nanti. Abang Zahed ke?
Hai peminat setia novel ni ;) vote komen ya, maaf kalau sis update lambat, otak ni kadang ada idea kadang tak ada idea. Hehe, insyaAllah sis cuba untuk update laju2 kay? Harap korg bole tggu :)
YOU ARE READING
Make It Halal - Completed
Non-FictionHarith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya memerlukan usaha untuk terus hidup. Kerjanya hanya menolong membersihkan masjid. Upah akan diberi oleh Haji Ahmad. Harith hidup keseorangan s...