"Harith! Bang! Janganlah pukul dia, bang! Walaupun dia gagal sekalipun dalam periksa, dia tetap anak yang baik!" Puan Aminah memeluk erat anak tunggalnya. Satu-satunya anak yang dia ada. Mengapa suaminya bersikap begini?
Encik Mokhtar mendengus. Sudah banyak kali dia mengajar anaknya dalam pelajaran. Setiap kali dia mengambil keputusan peperiksaan anaknya, pasti ada tulisan GAGAL di situ. Encik Mokhtar merengus kasar.
Harith menangis di sisi ibunya. Puan Aminah hanya mengusap lembut dan mententeramkan Harith.
"Memang dia tak guna, Nah! Semua yang abang ajar, semuanya sia-sia!"
"Dia tetap anak abang!"
******
Harith terbangun dari tidurnya. Dahinya yang berpeluh, dia seka. Ya Allah, kenapa aku teringat akan kejadian itu? Dadanya turun naik. Harith mengurut-urut dadanya. Jeritan arwah ayah masih terngiang di ingatannya. Mana mungkin dia boleh lupa dengan kejadian itu.
Harith bangun mengambil wuduk. Dia mahu tenteramkan hatinya. Teringat arwah ibu, dia jadi sebak. Kini, dia hanya ditemani dengan rakan-rakannya saja. Tiada kasih sayang ibu dan ayah lagi...
******
Heliza sibuk menolong uminya di kebun. Aisyah? Hmm, sibuk bermain dengan lelaki itu. Ada saja gelagatnya yang mencuitkan hati. Heliza tersenyum kecil.
"Dah ke belum?" Senyap. Harith membuka matanya. Matanya melilau mencari kelibat Aisyah.
"Mana Aisyah ni?" Saja dia menguatkan suaranya. Harith mencari lagi. Dia membongkok-bongkokkan badannya mencari Aisyah.
Sedang dia membongkok, langkahnya terhenti. Ada seseorang di hadapannya. Harith dengan perlahan bangun lalu memandang gadis di hadapannya. Heliza bercekak pinggang. Memandang tajam ke arahnya.
"Aisyah mana?" Soalnya. Harith menelan air liur.
"Er.."
"Aisyah mana?" Soalnya lagi. Harith menggarukan kepala.
"Tadi kami main nyorok-nyorok.. Aisyah...belum jumpa lagi. Dia tengah nyorok...dia.."
"Awak!" Harith mengeluh. Menyesal pula main nyorok-nyorok waktu begini.
"Aisyah! Aisyah!" Heliza segera mencari adiknya. Harith juga mengikut mencari Aisyah.
"Dia tak jauh lah tu. Mesti ada sini-sini je..." Harith bersuara. Heliza tidak mempeduli. Matanya melilau mencari Aisyah.
Tiba-tiba, ada susuk tubuh sedang memeluk Harith. Harith menunduk. Aisyah mendongakkan kepala sambil tersenyum kepada Harith. Harith tersengih hairan. Er..
"Aisyah! Pergi nyorok dekat mana? Puas abang cari, risau akak awak tu tau!" Harith mencangkung memegang bahu Aisyah. Aisyah tersenyum memandang kakaknya. Heliza membulatkan mata.
Heliza menarik tangan Aisyah lalu berlalu pergi meninggalkan Harith yang terpinga-pinga itu. Dia tersengih lalu menggaru kepalanya. Aisyah menoleh ke arah Harith lalu melambaikan tangan. Harith tersenyum lalu membalas lambaian si comel itu.
Heliza menoleh. Harith cepat-cepat menoleh ke arah lain. Takut...
Heliza tersenyum kecil. Dia memegang erat tangan Aisyah lalu menghampiri uminya. Harith hanya tersenyum. Dia menggelengkan kepala kerana sikapnya tadi. Lepas ni, tak boleh main nyorok-nyorok lagi... Hahaha. Harith ketawa.
******
Di atas tikar, Harith bersujud lama. Air matanya mengalir membasahi pipi. Sungguh! Anak siapa yang tidak menangis merindui ibu dan ayahnya? Harith tahu dia harus kuat. Tatkala bersama teman-temannya, wajaj Harith penuh dengan senyuman. Namun, disebaliknya hanya Allah saja yang tahu.
Heliza, gadis itu sering memarahinya. Namun, dia suka dengan ketegasan seorang kakak yang mahu adiknya itu tidak diapa-apakan. Heliza, tegas orangnya namun dalam hati pasti ada kelembutannya.
Akhirnya, Harith terlena di atas sejadah...
YOU ARE READING
Make It Halal - Completed
Phi Hư CấuHarith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya memerlukan usaha untuk terus hidup. Kerjanya hanya menolong membersihkan masjid. Upah akan diberi oleh Haji Ahmad. Harith hidup keseorangan s...