"Harith..." Harith mendongakkan kepalanya. Tersembul wajah Nad yang sedikit lain pada hari itu. Wajahnya yang dulu ceria kini sedikit muram. Nampak tidak sihat pun ada.
"Duduklah, cik Nad" Harith mempersilakan Nad untuk duduk. Gadis itu berjalan dengan perlahan lalu melabuhkan punggungnya di hadapan Harith.
"Cik Nad nak tengok karya saya ke?" Soal Harith. Janganlah dia minta hari ni. Tak siap lagi! Risau Harith jika bosnya itu minta karyanya."Tak..." Perlahan suaranya. Harith mengangkat kening.
"Harith, kahwin dengan saya?"
******
Heliza terbatuk sedikit. Dia cepat-cepat mengambil air kosong lalu diteguknya dengan cepat.
"Dah kenapa tu, Ija?" Tegur Puan Khadijah. Heliza menggelengkan kepala. Tiba-tiba saja tekaknya hendak batuk. Haish, kenapa tiba-tiba teringat dekat Harith ni? Haish..
"Pergi makan ubat batuk dalam bilik umi tu.. Nanti nak kahwin tak sihat pulak" Puan Khadijah bersuara. Heliza menggelengkan kepala.
"Tak ada apalah, umi. Tersedak je" ujar Heliza.
Heliza mengetap bibir. Lagi tiga minggu dia bakal berkahwin dengan Harith. Rasa gementar juga. Adakalanya dia rasa teruja dan adakalanya dia berasa sangat takut.
Heliza mengambil al-Quran kecilnya. Dia membuka surah kegemarannya, surah an-Nisa yang bermaksud 'wanita'. Bacaannya lancar sahaja. Tajwid yang telah diajar oleh ayahnya, dia dapat memahami. Alhamdulillah, ilmunya bermanfaat.
"Ija..." Puan Khadijah menghampiri anak gadisnya.
"Ija dah bersedia nak jadi isteri orang?" Heliza mengerutkan dahinya.
"Kenapa umi tanya macam tu?" Puan Khadijah tersenyum.
"Umi sayang sangat dekat anak solehah umi ni, umi nak Ija gembira dan bahagia di dunia dan di akhirat" Heliza tersenyum kecil. Dia memeluk erat uminya.
"InsyaAllah, Ija gembira, umi. Ija takkan tinggalkan umi, ayah dengan Aisyah, never! "
******
"Ke..kenapa cik Nad cakap macam tu?" Soal Harith dengan perasaan yang amat pelik. Kahwin dengan dia? Hah? Apa? Hah? Tiba-tiba, air mata Nad mengalir dengan perlahan.
"Ci..cik..cik Nad menangis ke?" Harith jadi risau. Haish, ni cik Nad ke? Kenapa rasa seram pula ni? Nad memandang Harith.
"Kahwin dengan saya, Harith... Please!" Haish, ni dah lain macam ni. Harith menggaru kepalanya.
"Jap, cik Nad ada masalah ke?" Harith memandang tepat pada anak mata Nad. Nad menangis. Harith jadi risau. Dia segera memanggil Hanisah.
"Jangan panggil siapa-siapa!" Nad bersuara. Harith memandang hairan.
"Okey, saya cerita..." Harith duduk dengan tenang.
"Tunang saya ada perempuan lain...." Harith mengerutkan dahinya. Tunang? Oh, dia sudah bertunang.
"Bila saya ajak dia bincang pasal kahwin, dia selalu elak... Saya sedih.. Saya benci dan sedih, awak tak kesiankan saya, Harith?" Pandangan mata Nad seperti sedang merayu. Harith menggaru kepalanya lagi. Ini bukan cik Nad yang dia kenal.
"Cik Nad kena bincang elok-elok dengan tunang cik.. Mungkin bukan salah dia?"
"Tak... Dia salah, Harith. Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri, dia keluar dengan perempuan lain...." Nad menangis lagi. Harith jadi buntu.
"Saya minta satu je, kahwin dengan saya?" Harith tergamam. Apa yang dia merepek ni?? Harith menggelengkan kepala."Cik, kahwin tak boleh main-main.. Lagipun, saya akan kahwin tak lama lagi.." Jawab Harith dengan jujur. Dia tidak boleh tersekat dengan masalah lagi. Dia harus jujur bahawa dia akan berkahwin. Bukan dia tidak simpati apa yang telah berlaku terhadap bosnya itu tetapi soal ingin hidup semati itu tak boleh main-main.
"Awak nak kahwin?" Soal Nad dengan terkejut. Harith mengiyakan soalan Nad. Nad tergamam. Dia jadi tidak berkata-kata. Tak mungkin... Nad memegang kepalanya.
"Macam nilah cik Nad, cuba cik selesaikan dengan berbincang elok-elok dengan tunang cik Nad. Ataupun, cik Nad suruh dia jumpa ibu bapa cik?" Harith mengeluarkan cadangan.
******
Harith melepaskan keluhan. Fuhh, kes berat. Dia pula yang terasa tidak tentu arah. Masalah cik Nad yang sedang menghantui mindanya. Mana mungkin dia tidak setia kepada Heliza. Heliza, cinta hatinya. Masakan dia mahu mainkan perasaan gadis itu. Kahwin dengan cik Nad? Itu gila.
Harith bertemu dengan Aiman. Dia menceritakan hal yang telah berlaku. Aiman tergamam. Dia juga tidak percaya.
"Hai, ni macam cerita dalam novel je ni?" Aiman mengangkat keningnya. Harith merentap rambutnya.
"Tolonglah aku, Man.. "
"Kau kena terus terang dengan dia, kau kan nak kahwin tak lama lagi.. Janganlah kau serabutkan dengan masalah orang lain.." Pujuk Aiman.
"Tapi aku terhutang budi dengan dia, dia beri aku macam-macam. Kalau aku tak boleh kahwin dengan dia, aku kena tolong dia dengan cara lain" kata Harith. Aiman terdiam sejenak. Ada benarnya kata sahabatnya itu.
"Man, aku bawa kau jumpa dia.. Kau terangkan dekat dia yang aku bakal kahwin dengan Heliza, kau kena cakap elok-elok" cadang Harith. Ya Allah, permudahkan urusanku.
"Haish, aku malulah.."
"Janganlah macam tu, buatnya dia melutut depan aku suruh aku kahwin dengan dia macam mana? Aku tak nak Heliz--"
"Yalah yalah, aku faham. Kau kan lelaki sejati!" Perli Aiman. Harith tersengih.
"Esok kita jumpa dia"
YOU ARE READING
Make It Halal - Completed
Non-FictionHarith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya memerlukan usaha untuk terus hidup. Kerjanya hanya menolong membersihkan masjid. Upah akan diberi oleh Haji Ahmad. Harith hidup keseorangan s...