Bab 48

5.8K 257 13
                                    

Harith sedang duduk santai di luar rumah. Fikirannya bercelaru. Hatinya terusik. Cara pandangan Zul kepada isterinya membuatkan Harith berfikir panjang.

"Kopi, awak" Heliza datang menghampiri Harith yang sedari tadi termenung melayan emosi pada petang itu. Harith menoleh memandang isterinya. Mata mereka bertembung. Heliza mengukirkan senyuman. Harith berdeham lalu meneguk secawan kopi buatan isterinya.

"Kenapa? ada masalah ke?" soal Heliza tiba-tiba. Harith terdiam. Matanya menatap wajah bersih Heliza. Tidak... tak mungkin. Tak mungkin pisang berbuah dua kali. Heliza cintakan dirinya seorang. perasaan cinta Heliza terhadap Zul sudah mati.

"Tak ada.." balas Harith lalu menghabiskan air kopinya. Heliza hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba, bibirnya mengukirkan senyuman.

"Zul dah berubah kan, awak?" kata Heliza lalu memandang Harith. Harith tergamam. Matanya memandang Heliza.

"Awak...suka?" Tanya Harith. Heliza tertawa kecil.

"Kenapa saya tak suka pulak? saya suka dia dah berada pada jalan lurus" balas Heliza. Harith mengangguk kecil. Terasa hatinya apabila Heliza berkata begitu. Bukan kerana dia tak suka apabila Zul sudah berubah tetapi Heliza seperti sukakan Zul semula.

******

Harith menuju ke rumah Haji Ahmad. Sudah lama dia tidak menjenguk orang tua itu. Sihat atau tidak, dia tidak pasti. Namun, ada sebab mengapa dia ingin berjumpa dengan Haji Ahmad.

"Assalammualaikum...Haji?" Haji Ahmad segera keluar dari rumahnya, menjenguk seseorang. Harith sedang mengukirkan senyuman kepadanya.

"Waalaikummussalam, masyaAllah.. Harith. Apa khabar?" Haji Ahmad memeluk Harith erat. Sudah lama tidak menatap wajah bersih anak muda ini. Terasa rindu pula dengan gelagat Harith yang sering mencuit hatinya. Dulu hanyalah seorang pembantu masjid dan kini seorang penulis yang kaya. Haji Ahmad bangga dengan pencapaian Harith. Allah membantu seorang anak muda ini.

"Alhamdulillah, Haji.. Haji sihat? Harith saja datang sini tengok Haji" kata Harith sesudah mereka berpelukan.

"Sihat Alhamdulillah.. jom, masuk" ajak Haji Ahmad.


"Alhamdulillah, banyak nikmat dan rezeki yang Allah bagi dekat Harith. Sekarang, Harith dah beli rumah dekat Ipoh. Kalau Haji nak tengok, Harith boleh bawakan dengan kereta Harith sendiri" kata Harith malu-malu. Dia tidak suka hendak menunjuk-nunjuk. Namun, apabila Haji Ahmad bertanya, dia akan menjawabnya. Haji Ahmad tersenyum lebar. Suka dia dengar dengan cerita Harith. Tiba-tiba, masing-masing senyap. Haji Ahmad memerhatikan gelagat Harith yang seakan-akan ada sesuatu yang menganggu fikiran anak muda itu.

"Kenapa, Harith? ada masalah?" soal Haji Ahmad. Harith tersentak. Tak sangka riak wajahnya menimbul kerisauan kepada Haji Ahmad. Harith terdiam. Kepalanya ditunduk. Tangannya berasa sejuk.

"Harith cuma takut... takut tak dapat laksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada Heliza..." kata Harith dengan perasaan yang kesal. Haji Ahmad mengerutkan dahinya.

"Apa maksud Harith?" soal Haji Ahmad.

"Harith.... entahlah Haji" balas Harith ringkas.

"Harith dengan isteri ada masalah? gaduh?" Tanya Haji Ahmad.

"Ehh.. tak ada. Harith tak gaduh dengan Heliza. Harith cuma.. Harith takut Harith tak dapat nak bahagiakan dia.." kata Harith lalu tertunduk.

"Biasalah tu, Harith. Perasaan ni sering berlaku dekat Haji.. Haji sendiri takut tak mampu nak bahagiakan isteri. Sebab kita sebagai suami ada tanggungjawab yang besar. Sebab itulah, perkahwinan ini bukan untuk suka-suka. Bukan untuk saya cinta awak, awak cinta saya. Tapi perkahwinan ini adalah dua pasangan yang setia berjalan menempuh segala dugaan dan cabaran demi mencapai Syurga Allah.. sebab tu bila ada niat untuk berkahwin, kita kena bersedia untuk tahap yang seterusnya.. " panjang lebar Haji Ahmad menerangkan kepada Harith. Harith terdiam. Berfikir sejenak.

"Buatlah sunnah Nabi.. Nabi, setiap masa melayan karenah isteri-isterinya.. kalau Harith hidupkan sunnah Nabi dalam rumah tangga, insyaAllah.. keluarga Harith akan bahagia di dunia malah di akhirat pun" kata Haji Ahmad. Harith tersenyum. Cadangannya tentang menghidupkan sunnah Nabi benar-benar membuka mindanya.

"Harith, kebahagiaan itu ada. Cuma kita harus berusaha untuk mencarinya. Kadang-kadang, dalam pahit ada manisnya. Ketika hujan, ada pelanginya. kan?" kata Haji Ahmad.


******

Harith melangkah masuk ke dalam rumah. Matanya mencari kelibat isterinya. Bibirnya terukir senyuman tatkala melihat Heliza sedang sibuk menyediakan makanan untuk makan malam. Harith menghampiri Heliza.

"Masak apa tu?" Heliza menoleh. Terkejut dia apabila wajah Harith tersembul di hadapannya.

"Terkejut.. tengah masak ikan masam manis untuk awak" balas Heliza lalu menyambung kerjanya.

"Saya nak... tolong?" Heliza menoleh.

"Nak tolong apa? lagi sikit nak siap dah ni." kata Heliza. Harith memuncungkan mulutnya.

"Saya buatkan air?" Heliza tertawa kecil.

"Okey"

Harith mengeluarkan jug kosong dan diletakkan di atas meja. Matanya mencari gula. Dia buka almari satu persatu. Haish, mana gula ni? Harith menggaru kepalanya. Heliza memerhati. Bibirnya mengumam. Rasa nak gelak pun ada.

"Err...gula dekat sini" Heliza menunjukkan sebekas gula yang dipegangnya. Harith menoleh.

"Awak ambil ya?" duga Harith.

"Ish, mana ada.. saya tak ambil tapi saya nyorokkan dari awak" gurau Heliza. Harith tersenyum kecil.

"Meh.."

"Tak mau.." Harith membulatkan matanya. Gula yang dia mahu Heliza nyorokkan di belakangnya.

"Oh, tak mahu bagi ya..." Harith menghampiri Heliza dengan dekat. Heliza tergamam. Rasa takut menyelubungi hatinya. Kini, Harith sudah berada di hadapan Heliza dengan jarak yang dekat. Mata mereka bertembung. Heliza terdiam. Bibirnya mengumam. Aduh.. kenapa Harith jadi macam ni... Harith memandang wajah bersih Heliza. Buat kali pertama dia berasa dekat dengan isterinya sendiri. Harith kembali menjarakkan dirinya. Rasa malu dan tidak selesa. Dia bukan seorang lelaki yang begitu.

"Err... gula...gula..saya nak gula" kata Harith. Heliza terdiam lalu menghulurkan bekas gula. Harith mengambil.

"Err... teri..terima kasih" Harith segera menuju ke arah jug yang dia letak atas meja sebentar tadi. Heliza menutup wajahnya. Malu yang amat. Pipinya berona kemerahan.

"Ehh... ikan tu.. dalam kuali tu.. nanti hangus" tiba-tiba suara Harith menutup perasaan malunya. Heliza segera mengangkat ikan dalam kuali. Malu kerana perasaan malunya membuatkan ikan hampir saja hangus. Bibirnya terukir senyuman. Harith sesekali melihat Heliza. Apa yang dia buat tadi? Apalah masalah aku ni? Harith memarahi dirinya.,

Make It Halal - CompletedWhere stories live. Discover now