"Argh!!!"
Puas rasanya apabila menjerit. Air mata lelakinya mengalir. Dia meraup mukanya.
"Kenapa kau bodoh sangat dulu? Kenapa!?" Zul menyeka air mata yang mengalir lagi. Entah kenapa dia rasa sangat sedih. Sedih kerana sudah hilang cintanya. Cinta Heliza yang pernah bertakhta di hatinya.
Rasa sunyi. Ya, sangat sunyi. Hidupnya tidak seindah yang disangkakan. Bapanya baru meninggal. Ibunya ditinggalkan begitu sahaja. Entah sihat atau tidak ibunya itu. Baginya itu tidak penting. Heliza! Ergh...
Dia tekad. Hendak bawa diri. Pergi jauh dari segala sakit. Pergi dari gadis yang dilukakannya sendiri. Ya, memang patut aku kena. Memang aku yang salah. Terimalah hakikat, Zul.. Hatinya berbisik.
"Arghhh!!!!" Dia menangis. Orang yang lalu-lalang di situ terkejut dengan sikapnya itu. Zul terduduk. Sedih, geram, dendam, dengki semuanya bercampur. Air mata tidak henti-henti keluar. Matanya dipejam rapat. Urat-urat di dahinya sudah kelihatan. Menahan segala sakit.
"Nak?" Seseorang menyapanya. Seseorang menyentuh bahunya. Zul menepis. Marah! Sudahlah tengah sedih. Ada pula yang mengacaunya.
"Nak! Sabar...sabar...istighfar, nak. Istighfar.." Seseorang memegang kedua-dua bahunya. Zul memandang. Seorang pakcik tua sedang tersenyum. Menenangkan dirinya. Lantas, badan pakcik itu dipeluknya erat. Zul menangis dalam pelukan pakcik itu. Pakcik tua itu menggosok belakang Zul. Cuba untuk tenteramkan lelaki itu.
Saat itu, Zul teringat akan ayahnya. Abah! Abang rindu..... Lagi erat pelukannya. Dia dapat rasa itulah ayahnya. Ayahnya yang sudah menjadi arwah. Pakcik itu terasa hairan dengan sikap anak muda itu.
"Marilah, pakcik hantar kamu balik" Zul lantas menggeleng. Dia tidak sanggup mahu kembali ke rumahnya. Segala kenangan ada di situ. Dia hendak melupakannya!
"Marilah, ke rumah pakcik" pakcik tua itu bersuara. Zul terkedu seketika. Dia memandang anak mata pakcik itu. Tampak ikhlas. Zul akhirnya mengangguk.
******
"Buatlah macam rumah sendiri, pakcik ke dalam panggil isteri pakcik" kata Pakcik a.k.a Haji Roslan. Zul mengangguk lantas duduk di atas sofa. Matanya memandang sekeliling rumah. Tampak bersih. Walaupun hanya rumah yang sederhana tetapi rasa tenang melihat rumah ini. Cat putih di dinding membuatkan dia rasa tenang saat itu.
"Jemput minum, nak. Makcik buatkan air kopi" seorang makcik dalam lingkungan 50-an menghidangkan secawan kopi kepada Zul. Zul mengangguk lalu tersenyum kelat. Rasa tidak selesa pula orang menghidangkan air kepadanya.
"Makcik, Rosnah. Kamu siapa?" Soal makcik itu. Zul terdiam seketika.
"Ssaya Faizul Mustapha" balas Zul dengan nama penuhnya.
Suasana dalam rumah Haji Roslan tegang. Hanya Haji Roslan dan Zul sahaja yang berada di ruang tamu. Puan Rosnah tidak mahu menganggu hal yang tampak serius itu.
"Saya sedih.... kecewa" Zul mengalirkan air mata. Dari mula dia bercerita tentang dirinya dan Heliza. Sampai akhir ini dia menyambungnya. Haji Roslan hanya mendiamkan diri semasa Zul sedang ralit bercerita. Kadang ada masa dia tersekat kerana menangis. Rasa berat apa yang ditanggungnya.
"Pakcik nak tanya, macam mana hubungan kamu dengan Allah?" Soalan Haji Roslan membuatkan dia tersentak. Langsung hilang rasa sedih cintanya. Kini, ketegangan muka Zul yang tiba.
"Er..er...er.." Tergagap dibuatnya. Haji Roslan hanya menanti dengan sabar.
"Mari, pakcik nak kamu buat sesuatu" Haji Roslan menghulurkan tangan. Zul memandangnya tanpa berkedip. Zul akhirnya menurut. Dia membontoti langkah Haji Roslan.
"Lipat lengan baju, lipat seluar. Ambil wudhuk" kata Haji Roslan. Zul terdiam. Sudah lama dia tidak mengambil air wuduk. Masih ingatkah dia tentang itu? Zul membuka pili air dengan perlahan. Malulah dia jika dia tidak tahu mengambil wuduk depan Haji Roslan yang kelihatan warak itu.Zul berfikir sejenak. Mula-mula apa ya? Kepalanya digaru. Aduh, cepatlah... Zul membasuh tangan terlebih dahulu.
"Niat, Faizul?" Tanya Haji Roslan. Zul mengangguk. Apa ya niat dia? Aduh, masa nilah nak buat benda ni.
"Nawaitu wudhuk an lillahi taala" sebut Haji Roslan. Zul memejam rapat matanya. Malu weyh! Zul mengikut bacaan niat walaupun dalam keadaan yang sangat malu.
"Selepas tu apa?" Soal Haji Roslan. Waduhh, ibarat macam budak tadika yang sedang membuat ujian mengambil wudhuk. Selang beberapa minit, Zul masih tidak mengambil wudhuk. Namun setelah itu, Haji Roslan mengajarnya satu persatu. Selesai berwudhuk, Haji Roslan mengajaknya ke dalam bilik. Dia membentangkan sejadah. Dia mengambil kopiah lalu dipakaikan di kepala Zul. Zul tergamam. Perasaannya terasa lain.
"Duduk atas sejadah, Zul. Pejamkan mata" kata Haji Roslan. Zul hanya menurut. Dia duduk di atas sejadah lalu memejamkan mata.
"Ya Allah ya Tuhanku, sejauh manakah aku dariMu? Banyak sangatkah dosaku? Lalaikah aku? Ya Allah, aku sedang berhadapan denganMu. Aku sedang berbicara denganMu. Dengarlah aku, ya Allah. Ya Allah, aku berdosa. Aku berdosa, ya Allah. Aku jauh dari cahayaMu. Ya Allah, tariklah aku. Tariklah aku kembali dalam cahaya nuraniMu..." Haji Roslan yang mengamitkan bacaan doa itu. Tidak disangka, bercucuran air mata Zul. Tidak mahu henti rasanya air mata itu. Mengalir membasahi pipi.
"Ya Allah! Kau masih beri aku nafas. Kau masih beri aku kudrat yang sihat. Kau masih beri aku mata untuk melihat. Sungguh, tak terhitung nikmatMu. Ya Allah, layakkah hamba yang berdosa ini? Layakkah untuk menerima nikmatMu? Ya Allah! Kau saja yang bisa ampunkan dosaku. Astagfirrullah hal a'zim.... Astagfirrullah hal a'zim.... Ya Allah. Bantulah hambaMu ini. Kembalikan dia kepadaMu" Zul menangis mendengar doa Haji Roslan. Doa itu ibarat dia yang sedang memohon doa. Setelah berfikir kembali, dia sudah tahu mengapa Haji Roslan menyuruhnya mengambio air wuduk, duduk atas sejadah sambil mendengar doa. Dan menangis.
"Ya Allah.....!" Zul merintih. Matanya masih terpejam. Malu rasanya untui berhadapan dengan Allah. Rasa hina diri.
"Ya Allah....." Rintihnya lagi. Sungguh dia benar-benar terasa pada malam itu. Fikirannya beralih kepada dosa-dosa yang acap kali dilakukannya.
"Allah....! Arhh... Arhh..." Menangis. Haji Roslan menyeka air matanya. Dia faham perasaan Zul saat itu. Sungguh, anak muda ini memerlukan bantuan. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya Zul sudah kenal erti taubat. Erti penyesalan. Dan berfikiran matang.
Pakcik akan tolong kamu, Faizul
YOU ARE READING
Make It Halal - Completed
Non-FictionHarith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya memerlukan usaha untuk terus hidup. Kerjanya hanya menolong membersihkan masjid. Upah akan diberi oleh Haji Ahmad. Harith hidup keseorangan s...