Harith melangkahkan kaki masuk ke dalam masjid. Kopiah di atas kepala dibetulkan. Harith bersalaman dengan jemaah-jemaah di situ. Dia terus ke tempat wuduk.
Harith menanggalkan kopiahnya. Dia melipat hujung baju dan hujung seluar. Dengan bismillah, dia membuat yang sunat dahulu.
Selesai berwuduk, Harith membaca doa selepas wuduk. Dia hendak membiasakan diri membaca doa itu. Dia segera ke ruang solat.
******
Kelihatan Haji Muhammad sedang memandang ke arah Harith. Harith jadi takut. Dia segera menghampiri lelaki yang berusia itu.
"Assalammualaikum, pakcik" Harith menghulurkan tangan untuk bersalam. Haji Muhammad membalas salam lalu menyambut huluran Harith.
"Kita borak kejap" kata Haji Muhammad. Harith mengangguk dalam keadaan takut-takut.
"Dah buat syarat-syarat tu?" Harith cepat-cepat menggelengkan kepala.
"Belum, tapi dalam proses" kata Harith.
"Pakcik nak pesan pada kamu, buat lah sesuka hati kamu, tapi ingat jangan pernah lebihkan sesiapa melainkan Dia" jari telunjuk Haji Muhammad menuding ke atas. Harith mengangkat kening. Dia hanya sekadar mengangguk.
"Ingat Harith, kalau kita harapkan manusia, kita tak dapat apa yang kita nak, kalau kita harapkan Allah, insyaAllah, Allah yang akan beri yang terbaik untuk kita" kata Haji Muhammad. Ketegangan Haji Muhammad tiada pada malam itu. Malam itu Haji Muhammad sedikit lembut apabila bercakap dengan Harith.
Harith mengangguk lagi. Walapun dia cuba untuk memahami apa yang diperkatakan oleh Haji Muhammad, tapi dia tidak dapat juga maksud tersiratnya.
"Pakcik nak pesan lagi, buat sesuatu kerana Allah, ya? Pakcik balik dulu" Haji Muhammad memberi salam lalu meninggalkan Harith seorang diri di situ. Harith mengangguk. Dia hanya memerhati saja langkah Haji Muhammad.
Banyak nasihat yang dia dapat dari Haji Muhammad. Dengan sikap lurus bendulnya, Harith masih lagi keliru dan kurang mengerti apa yang cuba dimaksudkan oleh Haji Muhammad. Harith melangkah kaki pulang ke rumah.
******
Harith merenung sekeping kertas putih. Hafal 30 juzuk? Fuhh, boleh ke aku ni? Harith menggaru keningnya. Enam bulan pula tu tempohnya. Harith mengomel.
Pada malam yang syahdu itu. Harith bangun tahajjud. Hatinya tiba-tiba rasa tidak sedap. Rasa kekosongan pada jiwanya. Dia sendiri tidak pasti. Dia ingin bermunajat kepada Allah. Dia juga memohon ampun jika dia mempunyai kesilapan yang tidak sengaja. Harith mengalirkan air mata.
Pada pagi yang nyaman itu, Harith ke kebun. Sudah lama dia tidak ke sana. Sudah lama juga dia tidak bermain dengan Aisyah. Harith segera ke sana.
Kelihatan Puan Khadijah dan Heliza sedang sibuk menanam sayur. Harith menghampiri lalu memberi salam.
"Eh, Harith. Sihat?" Soal Puan Khadijah. Heliza tertunduk. Malu hendak menoleh ke arah lelaki itu.
"Alhamdulillah sihat, makcik" Harith menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
"Ada apa yang boleh saya tolong?" Kata Harith. Heliza diam. Dia mahu uminya jawab.
"Tak apa ke, Harith?"
"Eh, tak apa.. Harith semangat ni nak tolong..hehe" Harith tergelak kecil. Dia menjeling Heliza. Gadis itu diam saja. Malu mungkin?
"Hah, baguslah..kalau macam tu kamu habiskan tanam ni.. Makcik nak ke sana kejap.. Ija, umi ke sana jap" Puan Khadijah bangun lalu beredar meninggalkan Heliza dan Harith.
Heliza tertutup mata. Alamak, umi ni.. Masa ni jugak dia nak ke sana. Heliza mengetap bibir. Harith bercangkung bertentangan dengan Heliza. Batas yang tinggi menjarakkan mereka.
"Kita tak pernah bercakap kan?" Harith memecahkan kesunyian. Heliza menoleh. Diam saja dia. Tidak tahu mahu balas apa.
"Aisyah mana?" Soal Harith. Harith tahu gadis itu malu mahu berbicara soal mereka. Harith tidak mahu gadis itu terdesak dan rimas dengannya.
"Aisyah dekat rumah, teman ayah" balas Heliza. Harith tersenyum. Sudah lama tidak mendengar suara itu. Jari Harith tekun bekerja. Dia tidak tahu hendak berbual apa dengan gadis ini. Gadis itu juga diam. Seperti tidak suka dengan kehadirannya.
"Tak suka ke kalau saya ada dekat sini?" Harith mahukan kepastian. Serius! Rasa janggal yang amat. Heliza berhenti melakukan kerjanya. Dia mengetap bibir.
"Eh, bukan tak suka cuma..."
"Cuma?"
"Cuma saya tak selesa je.. Umi ni pun entah ke mana.." Harith tersenyum kecil.
"Saya faham.. Saya pun rasa janggal sebernanya, saya pergi dululah.. Nanti kirim salam dekat Aisyah ya?" Kata Harith. Bukan dia tidak mahu bersua muka dengan gadis ini. Untuk menjaga kehormatan diri, Harith mengundur diri. Dia tahu gadis itu tidak selesa. Lebih baik dia beredar.
"Err. InsyaAllah.." Heliza tersenyum kecil. Kelakar dengan gelagat lelaki itu. Tidak sangka lelaki itu mahu melamarnya. Maknanya, dia bukan bertepuk sebelah tangan! Heliza menggelengkan kepala. Dia meneruskan kerjanya sementara menunggu umi yang dari tadi menghilang. Risau pula dia.
******
Heliza baru saja selesai solat Isyak. Dia duduk sebentar di atas tikar sejadah. Ya Allah, jika benar Harith adalah jodoh aku. Kau redhakanlah hubungan kami.
"Ija.." Haji Muhammad melangkah masuk ke dalam bilik anak gadisnya.
"Ayah.." Heliza tersenyum kecil. Dia membetulkan kedudukannya.
"Ayah nak Ija tahu yang ayah sayang sangat dekat Ija.." Haji Muhammad tersenyum.
"Ya, Ija tahu ayah. Kenapa ayaj cakap macam tu?"
"Ayah cuma tak nak Ija sedih. Ayah nak tengok Ija bahagia.." Heliza tersenyum lalu mengusao pipi ayahnya.
"Ija bahagia, ayah. Terima kasih sebab selama ni ayah baik dengan Ija, tak selalu marah Ija, selalu caring dekat Ija.. Ija bahagia sangat" kata Heliza.
Haji Muhammad tersenyum kecil. Demi Allah, dia sayangkan anak gadisnya. Kerana itu dia meletakkan syarat kepada lelaki yang melamar anaknya. Dia mahu lelaki itu pandai menjaga anak gadisnya.
Supaya anak ayah sentiasa di bawah lindunganNya...
Hai readers! Sis minta maaf kalau story sis ni ada cacat. Sis baru belajar mengarang. Maaf kalau bab ni bosan sebab sis memang takde idea! Huhu.. 😭😭 ya, sis tahu bab ni hambar sikit. Harap korg support sis sampai novel ni tamat. Fi hifzillah 💕
YOU ARE READING
Make It Halal - Completed
Non-FictionHarith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya memerlukan usaha untuk terus hidup. Kerjanya hanya menolong membersihkan masjid. Upah akan diberi oleh Haji Ahmad. Harith hidup keseorangan s...