Bab 23

4.9K 284 7
                                    

Harith menggosok matanya. Ceritanya sudah selesai dikarang.
Malam pun semakin larut. Harith harus segera tidur. Esok harus bangun pagi.

******

"Amazing! Tak sangka awak memang berbakat.." Puji Nad. Harith menggaru kepalanya sambil tersengih. Dia juga tidak sangka dia mempunyai bakat itu. Ceh! Harith...

"Saya suka dengan karya awak. Saya harap lepas ni awak tak menghampakan saya.." Kata Nad lalu membelek lagi karya Harith. Harith hanya mengangguk kecil.

"Ni true story ke?" Soal Nad. Tertanya-tanya juga.

"Err.. Ya, cik Nad" balas Harith. Nad mengangguk kecil. Hebat.

"Esok awak dah boleh kerja di pejabat. Jangan datang lewat. Saya akan terbitkan karya awak dalam masa yang terdekat" kata Nad. Harith tersenyum lebar. Alhamdulillah!

"Terima kasih, cik Nad"

******

Harith menghitung hari bertuahnya. Lagi 56 hari saja untuk dia menghabiskan masa dengan status bujang. Tak lama lagi akan menjadi suami orang. Harith gementar. Takut jika tidak dapat laksanakan tanggungjawab yang besar.

"Jadi suami yang boleh membimbing isteri"

Begitulah pesanan Haji Muhammad kepadanya. Diri sendiri juga perlu dibimbing, inikan pula anak gadis orang. Harith tahu, banyak yang harus dia pelajari. Dia harus mencari ilmu. Ya, ilmu yang mampu membimbing dia dan juga bakal isterinya nanti.

Dia juga masih muda mahu bernikah. Namun, jika sudah bersedia teruskan saja niat itu, kata Haji Ahmad. Harith tersenyum sendirian.

Harith menggapai pen dan sekeping kertas. Dia mahu mencoret sesuatu untuk Heliza. Memandangkan dia malu untuk bersua muka. Harith mendapat ilham untuk memberi surat saja. Itu idea yang bagus, Harith! Dengan kalimah bismillah , Haritg mula mencoret sesuatu.

Buat bakal isteriku,
        Aku tidak pandai berkata-kata. Namun, hatiku terdetik untuk menulis sesuatu untukmu.
Bakal isteriku,
       Sejujurnya, aku teramat malu untuk bersua muka denganmu. Dengan cara ini, kita dapat berhubung dan cuba untuk kenal hati budi masing-masing.
Bakal isteriku, Heliza Helzi
        Mengapa kau memilih aku untuk menjadi suri hatimu? Layakkah aku untuk berdamping dengan gadis solehah? Mengapa hatimu terdetik untuk memilih aku menjadi suamimu? Maaf, ayat skema ... *garu kepala
Bakal isteriku, Heliza Helzi
         Kau masih bukan milikku lagi. Kau masih bukan hak aku lagi. Jadi, hanya pesanan seorang teman, jagalah dirimu. Dirimu sangat mulia. Sangat berharga. Aku hanya bisa berpesan kerana kau bukan yang halal bagiku lagi.
Bakal isteriku, Heliza Helzi
        Balaslah surat ini, aku akan menanti. Jangan risau, jika Allah izinkan aku kirim surat ini sampai ke tangannmu, aku mohon agar kau balas. Assalammualaikum, bakal isteriku.

******

Senyuman terukir di bibir Heliza tatkala membaca coretan Harith. Tidak sangka, lelaki itu pandai berkata-kata. Perkataan maaf, ayat skema.. membuatkan Heliza ketawa kecil. Hai lah, bakal suamiku. Comel rupanya.

Heliza menyimpan kembali surat itu. Haish, makin malulah aku kalau berdepan dengan dia. Haish, dia ni pun.. Main surat-surat pula. Heliza menggelengkan kepala. Senyuman masih terukir di bibir. Entah kenapa, surat itu sangat comel.

"Dari tadi umi tengok Ija senyum je, ada apa-apa ke?" Usik Puan Khadijah. Heliza tergamam. Malu!

"Tak ada apa-apalah, umi.." Elak Heliza. Nak beritahu umi? Habislah! Pasti dia dimalukan oleh uminya.

"Yalah tu, umi tahu lah, Ija.." Kata Puan Khadijah. Heliza membuntangkan matanya. Ya Allah, malunya!

"Umi..." Puan Khadijah melepaskan tawa.

"Lagi berapa hari saja nak kahwin, Ija.. Umi pulak yang gementar.." Heliza menepuk lembut paha Puan Khadijah.

"Umi! Janganlah buat Ija gementar.." Puan Khadijah tersenyum kecil.

Aisyah datang menghampiri Heliza. Dia duduk dia atas paha Heliza sambil makan ais krim. Heliza mengerutkan dahinya.

"Dari mana dapat ais krim ni?" Soal Heliza. Aisyah menudingkan jarinya ke arah seseorang. Terus tertunduk Heliza dibuatnya. Harith menghampiri mereka.

"Laa, Harith rupanya! Ingatkan siapa tadi" kata Puan Khadijah lalu menepuk lembut belakang Harith. Harith tersenyum kecil.

"Harith ada good news " Harith bersuara.

"Buku Harith dah diterbitkan!" Kata Harith dengan teruja. Puan Khadijah tersenyum suka. Heliza tersenyum malu.

"Alhamdulillah! Jadi, Harith guna duit hasil karya tu untuk apa?" Soal Puan Khadijah. Harith tersenyum sambil menjeling Heliza.

"Harith nak simpan duit untuk beli rumah" kata Harith malu-malu. Heliza tertunduk malu.

"Amboi! Bukan main lagi ya? Hah, elok sangat lah tu.. Simpan duit untuk masa depan kamu berdua" kata Puan Khadijah. Harith tersengih.

******

Buku Harith habis dijual. Ramai juga yang gemar membaca. Tidak sangka bukunya mendapat sambutan yang baik. Alhamdulillah. Murah rezekinya.

Harith menghulurkan bukunya kepada Aisyah. Dia mengusap kepala Aisyah.

"Jangan lupa bagi dekat akak awak tu, ya?" Aisyah mengangguk laju. Dia berlari anak ke dalam rumah. Harith tersenyum dari jauu lalu beredar pulang ke rumahnya. Hari pun semakin gelap. Maghrib juga sudah hampir.

Harith bersiap ke masjid. Kopiah putihnya dibetulkan. Dengan langkah kaki kanan, dia masuk ke dalam masjid.

"Bila nikahnya?"

"Nak kahwin dah kau?!"

"Baru je nak rekomenkan kau satu awek ni!"

Harith tersenyum dengan gelagat sahabatnya. Mereka juga turut gembira dengan Harith yang ingin berkahwin. Tidak sangka pada mereka, Harith sudah dewasa.

"Jangan lupa jemput aku!"

Ketawa Harith semakin kuat.

Make It Halal - CompletedWhere stories live. Discover now