Assalammualaikum bakal suamiku,
Aku juga ada perasaan yang sama. Malu itu pasti ada dalam diri aku yang bergelar wanita. Tidak sangka, kau mengirim surat. Terima kasih..
Bakal suamiku,
Maafkan aku, bakal suamiku. Aku tidak mampu untuk menjawab segala pertanyaanmu. Kerna itu adalah dari hatiku. Aku berharap agar kau faham kataku. Tunggulah sehingga Tuhan menghalalkan kita. Pasti aku akan menjawab segalanya.
Bakal suamiku, Harith Hamka
Terima kasih atas pemberian buku hasil darimu. Baru dua hari, aku sudah membaca separuh darinya. Kisahnya seperti kita....
Bakal suamiku, Harith Hamka
InsyaAllah, aku akan menjaga diriku. Kau doalah agar Allah menjaga aku. Terima kasih, teman. Aku juga hendak berpesan, jaga diri. Jagalah solat. Moga Allah permudahkan segala perancangan kita.
Bakal suamiku, Harith Hamka
Janganlah terlalu berharap padaku. Kita tidak dapat menolak takdir. Berdoalah agar kita berjodoh. Doa senjata kita.
Bakal suamiku, Harith Hamka
Jika cinta, titipkan doa. Jika sayang, titipkan doa. Jika rindu, titipkan doa. Mengadulah kepada Maha Cinta. Hati kita hanya milik Dia. Sesungguhnya, Dia yang memahami hati kita.
Assalammualaikum, bakal suamiku.Tersentuh Harith membaca surat dari Heliza. Bibirnya terukir senyuman. Gembira kerana Heliza mahu membalas suratnya. Dan dia gembira dengan isi surat itu. Kata-kata yang sangat memberi motivasi kepadanya. Harith tersenyum kecil.
******
"Amin, Nad ingat nak bincang pasal kahwin.. Nad dah tengok baju--"
"Nad.. Boleh tak jangan bincang lagi. Amin sibuk, kita lunch ni pun Amin kena pujuk bos Amin.." Kata Amin, tunang Nad. Nad terdiam. Dia sedikit terasa dengan kata-kata Amin.
"Amin, Nad cuma nak minta pendapat Amin pasal baju kah--"
"Nad... Jangan buat Amin marah, boleh?" Tinggi suara garaunya. Bunyi deringan telefon Amin membuatkan Amin terus meletakkan sudu dan garpunya.
"Hello?" Nad tiada selera makan. Fikirnya, dia dan tunangnya dapat berbincang tentang mereka. Namun, Amin seperti cuba hendak mengelak dari berbincang. Malah, dia turut meninggikan suara garaunya itu.
"Nad, Amin kena pergi ni. Bos Amin dah marah ni.. Bye " Amin berlalu pergi tanpa menoleh ke arah Nad. Nad hanya mendiamkan diri. Mengucap bye juga tidak. Entahlah, hati rasa tawar.******
"Baju putih sangat sesuai untuk akad nikah nanti.. Putih tu suci" kata Haji Ahmad lalu membelek baju pengantin yang banyak itu. Harith hanya mendiamkan diri. Hendak membantah juga tidak. Dia tidak kisah baju apa. Dia serahkan semuanya kepada Haji Ahmad dan Haji Muhammad.
"Betul tu, Haji.. Kalau baju putih, kain samping kasi warna sikit, warna silver cantik tak?" Soal Haji Muhammad pula.
"Wah, pandai juga Haji pasal warna-warna ni" masing-masing melepaskan tawa.
"Harith macam mana? Suka?" Tanya Haji Muhammad. Harith mengangguk laju.
"Harith tak kisah Tuk Haji, Harith pakai je baju yang Haji dengan pakcik pilih" kata lepas Harith.
"Okey, baju dah tempah. Sekarang ni kita makan dulu" kata putus Haji Ahmad membuatkan Harith tertawa.
Mereka bertiga menjamu selera di restoran. Alhamdulillah, Harith gembira kerana majlis nikahnya juga semakin hampir. Haji Muhammad dengannya juga semakin akrab.
"Macam mana dengan buku Harith?" Soal Haji Muhammad.
"Alhamdulillah, pakcik. Aiman cakap buku Harith dapat sambutan yang baik, ramai yang suka buku Harith"
"Baguslah tu, duit semua simpan dalam bank?" Harith mengangguk. Dia tidak guna langsung duitnya. Biarlah duitnya itu untuk masa depannya dengan Heliza. Eh..? Hehe
Heliza merenung ke luar balkoni. Bunyi nyaring burung pada malam itu membuatkan hatinya tenang. Bajunya ditarik. Heliza menoleh. Aisyah rupanya.
"Aisyah, kenapa tak tidur?" Soal Heliza lalu mendukung adik kecilnya. Aisyah menggosok matanya.
"Aisyah, Aisyah suka tak akak kahwin dengan abang Harith?" Sengaja Heliza menyoal adiknya itu. Aisyah memegang dagunya seolah-olah dia sedang fikir sesuatu untuk menjawab soalan kakaknya itu. Aisyah mengangguk laju sambil bibirnya terukir senyuman yang comel. Heliza tertawa malu.
"Aisyah doakan akak dengan abang Harith, ea?" Aisyah mengangguk laju lalu memeluk erat kakaknya. Heliza tertawa. Dia juga membalas pelukan Aisyah.
"Akak sayang Aisyah sangat-sangat" kata Heliza dengan nada suara yang perlahan. Dia tidak mahu kehilangan adik kesayangannya itu. Ini saja harta yang berharga selain umi dan ayahnya.
******
"Ini bilik Encik Harith, Encik Harith boleh karang cerita encik dekat sini" kata Hanisah, pekerja syarikat penerbitan itu. Harith melilau sekeliling. Besarnya.
"Semua ni kena bayar ke?" Soal Harith. Hanisah tertawa kecil.
"Taklah Encik Harith. Semua ni Cik Nad yang sediakan untuk Encik Harith.." Kata Hanisah. Harith tersengih lalu mengangguk.
"Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu" Harith mengangguk laju. Harith duduk di atas kerusi. Mewah bilik ini. Mengapa Cik Nad beri dia bilik semewah ini? SubhanaAllah!
"Lawa bilik yang Cik Nad bagi saya, saya tak layak duduk atas kerusi tu.." Kata Harith lalu tersengih. Nad tertawa kecil.
"Janganlah rasa macam tu, saya buat semua tu untuk awak selesa mengarang cerita, bukan ke tu memudahkan kerja awak?" Harith tersengih lalu mengangguk.
"Kalau awak rasa tak selesa, bagitahu saya ya.. " kata Nad.
"Eh, saya selesa.. Terlebih selesa adalah, Cik Nad... " Nad tersenyum kecil. Tiba-tiba, deringan telefonya berbunyi. Nad cepat-cepat menjawab panggilan.
"Ya, okey. " Nad mematikan telefon bimbitnya.
"Maaf, Harith. Saya kena pergi ni.. Ada hal sikit, apa-apa awak cari Hanisah ya" Harith mengangguk kecil.
Harith membetulkan pembaringannya. Matanya memandang siling usangnya. Tidak lama lagi kehidupannya akan berubah. Sudah ada isteri, sudah ada rumah. Harith tersenyum kecil.
Heliza, lupa pula hendak membalas surat dari gadis itu. Tak mengapalah, balas dengan doa! InsyaAllah, dia dengar.
YOU ARE READING
Make It Halal - Completed
Non-FictionHarith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya memerlukan usaha untuk terus hidup. Kerjanya hanya menolong membersihkan masjid. Upah akan diberi oleh Haji Ahmad. Harith hidup keseorangan s...