Bab 8

7K 280 7
                                    

Natasha memerhatikan suasana di sekelilingnya . Ternyata banyak yang berubah . Susunan rak - rak buku pun telah berubah . Ruang bacaan untuk dewasa juga sudah berada di bahagian tengah Popular . Manakala ruang bacaan untuk kanak - kanak berada di ruang hadapan . Kalau dulu , ruang - ruang ini disatukan dan diletakkan di bahagian belakang . Kini , sudah banyak perubahan . Semuanya kelihatan sangat ketara di mata kasarnya kecuali rak kad ucapan masih lagi di tempat yang sama walaupun sudah 2 tahun berlalu .

Natasha membawa kakinya ke arah rak tersebut serentak mengikut kata hatinya . Tangannya memusingkan rak besi yang padat dengan kad ucapan sehingga terhasil bunyi berdesing berlaku antara berlanggaran antara besi bersama besi . Ting ! Itu maksudnya Natasha sudah memusingnya sehingga mencapai tahap maksimum .

Kemudian , dia mengambil sekeping kad ucapan . Lalu dia membuka kad tersebut . ' Never let you walk alone . ' Pada saat itu jugaklah , permata perempuannya gugur satu persatu . Ya ! Itulah kad pertama yang Haris Zikri pernah beri padanya dulu . Sebak di hati ditahan pilu . Cubaan pertama untuk melupakan si jejaka telah pun terlaksana . Tapi kenapa sampai sekarang hatinya masih tidak boleh melupakannya ?

Cepat - cepat Natasha mengelap sisa air mata di bawah kelopak matanya . Dia meletakkan semula kad tersebut di tempatnya . Kemudian dia beredar dari situ dengan pelbagai jenis perasaan . Lebih tepat lagi , perasaan sebak berbaur rindu meresap ke dalam hatinya setelah menjejakkan kaki ke dalam Popular .

Tanpa disedari , ada sepasang mata yang memerhatikannya dari tadi di celah - celah rak buku . Adam Hafeizul melangkah ke arah rak kad ucapan tersebut . Kad yang Natasha pegang sebentar tadi , kini dibacanya . ' Never let you walk alone . '

" Kenapa dia menangis bila baca kad ni ? " Tanya Adam kepada dirinya sendiri .

" Intan Natasha . . . " Secara tiba - tiba nama Natasha terpancul dari bibir Adam . Adam meletak kembali kad tersebut di tempatnya . Sama seperti apa yang dilakukan oleh Natasha . Cuma bezanya , Natasha terus keluar dari situ . Tetapi sebaliknya yang dilakukan oleh Adam Hafeizul . Dia berjalan menuju ke kaunter bayaran . Buku rujukan matematik tingkatan 1 dibayar dengan wang tunai not RM50 .

Intan Natasha sudah tiada arah tuju . Semua tempat sudah dimasukinya . Akhirnya , dia membuat kesimpulannya untuk melepak seorang diri di kafe Victoria . Kafe Victoria merupakan kafe pertama di Malaysia yang menjual pelbagai jenis pencuci mulut tradisional mahupun moden dari semua negara . Tak kiralah Malaysia ke , Taiwan ke , Korea ke semua ada . Tapi pencuci mulut je !

Natasha mengeluarkan Iphone6s miliknya dan menyentuh aplikasi ' photo ' pada skrin telefon bimbitnya . Satu persatu gambar - gambar itu diselak perlahan . Dalam banyak - banyak gambar yang dilihatnya . Hanya satu sahaja gambar yang menyentuh jiwa remajanya . Rasa rindu pada kenangan tersebut mulai bersarang di lubuk hatinya . Gambar dimana dia , Dato' Hairuddin bersama Datin Hannan ditatap lama . Muka mamanya dizoom sehingga mencapai tahap maksimum . Senyuman mamanya disentuh lembut . Pipi mamanya diulas lembut . Perasaan kasih dan sayang akan arwah mamanya sangat mendalam . Sehingga sekarang , tiada seorang pun yang boleh menggantikan tempat mamanya .

" Enjoy your desert , miss . " Kata seorang pekerja Victoria sambil meletakkan sepinggan mittachio caramel fried ice cream dan sepinggan dorayaki yang terkenal di negara jepun .

" Thank you . " Balas Natasha sambil melemparkan satu senyuman manis kepada si pelayan .

' cantik . ' Desis pelayan perempuan tersebut di dalam hati . Dia yang perempuan pun boleh tergoda melihat senyuman Natasha . Apatah lagi sang jejaka ?

Pelayan yang memakai suit uniform pekerja Victoria lengkap berwarna serba hitam dan bertopi putih bertulisan Victoria's tersebut menundukkan sedikit badannya tanda ingin meminta diri . Natasha yang faham dengan tindakan gadis itu hanya mengangguk dan mengiyakan permintaan gadis itu .

Dorayaki berinti kacang merah diambil dan dibahagi dua . Bahagian pertama diambilnya . Manakala bahagia yang lagi satu diletakkan kembali di atas pinggan . Natasha menyuapkan dorayaki tersebut ke dalam mulut . Terasa inti kacang merah cair di dalam mulut . Heaven !

Intan Natasha yang leka mengunyah sambil membelek - belek telefon bimbitnya sedari tadi sehingga ke suapan terakhir dorayaki tersebut . Sudah empat ketul dorayaki dimakan tanpa sedar . Dua daripada dorayaki tersebut berinti coklat toblerone , satu dorayaki berinti kacang hersey dan lagi satu berinti kacang merah .

" Habis dah . " Keluh Natasha sambil memperbetulkan duduknya . Iphone6s diletakkan disisinya . Kini tiba lah giliran ais krim goreng versi jepun ini pulak dijamah . Mittachio caramel fried ice cream [ saya nak letak gambar ais krim ni dalam media , tapi tak boleh T.T ] Aiskrim goreng ala - ala jepun hampir sama dengan aiskrim goreng di Malaysia . Cuma keunikkannya adalah pada kulit yang menyaluti aiskrim itu diperbuat daripada tempura , bukan daripada tepung jagung . Ia merupakan satu pencuci mulut Asia, Amerika Syarikat dan Mexico. Aiskrim ini biasa ditemui di Mexican rangkaian makanan restoran-restoran di Amerika Syarikat .

Natasha memotong aiskrim goreng tersebut menggunakan pisau yang disediakan di atas meja . Potang sahaja aiskrim tersebut , sos caramel mengalir dan memenuhi pinggan tersebut . Great ! Natasha menelan liur dan menggigit bibirnya .

Natasha membuka mulut dan mengunyah aiskrim tersebut dengan rakus .

" Auch ! " Rasa nyilu mula memainkan peranan . Orang tengah kusyuk makan , dia boleh pulak datang menyerang !

" Sedap nya ! " Jerit Natasha di dalam hati . Suapan kedua , ketiga dan seterusnya suapan terakhir kini di dalam mulutnya . Nikmatnya !

" Kenyang . . . " Natasha menyandarkan badannya pada kerusi dan menarik nafas lega . Tiba - tiba pesanan arwah mamanya kedengaran di corong telinga .

" Anak mama kalau kenyang kena cakap apa ? Alhamdullilah . "

" Alhamdullilah . "

Rasa rindunya akan arwah Datin Hannan semakin membuak - buak . Bila teringatkan cara kematian arwah mamanya , rasa benci terhadap Dato' Hairuddin dan perempuan murahan itu semakin membuak - buak . Rasa dendam dan kekecewaan di dalam hati telah mengubah hampir ke seluruh dirinya . Intan Natasha yang dulu sudah mati . Orang yang mati takkan pernah kembali lagi !

                            * *

Maaf sebab lambat update Bab ni T.T . Actually , saya malas gila nak type . Ahaks ! Tapi bila saya tengok jumlah readers CJK ni makin meningkat , saya terpaksa merajinkan diri ini untuk menulis :') . Bab ni sarat dengan makanan kan ? Salah satu puncanya ialah your fav author the lapar . Ahaks ! Victoria's cafe tidak pernah wujud . Saya ulang , tidak pernah wujud . Hanya rekaan berdasarkan nafsu makan saya semata - mata . Takut kalau dikecam nanti :') awak semua pm saya tanya kat mana Victoria's cafe ni :') Kalau wujud , I'm the most happiest foods lover in the world !

Cikgu ! Jom KahwinWhere stories live. Discover now