Bab 20

7K 284 16
                                    

Intan Natasha masih lagi berbungkus di dalam selimutnya . Memandangkan hari ini hari Sabtu , maksudnya hari paling bahagia iaitu sekolah cuti . Dan yang paling penting lagi dia bebas daripada kerja sekolah memandangkan peperiksaan pertengahan tahun sudah pun berlalu . Dia bercadang mahu rehat secukupnya .

Semalam Dato' Hairuddin memberitahunya bahawa hari ini mereka sekeluarga akan berangkat ke Milan . Natasha menentangnya habis - habisan sehingga satu pergaduhan kecil terjadu di antara dia dengan Dato' Hairuddin . Intan Natasha tidak mahu ikut sekali dan dia lebih rela tinggal di rumah seorang diri daripada pergi bercuti dengan papanya .

Semasa pertengkaran itu berlaku , papanya tiba - tiba sahaja diserang serangan jantung . Sedikit pun perasaan kasihan terhadap ayah kandungnya tiada . Dia masih lagi dengan keputusannya , tidak mahu ikut sekali ke Milan . Nasib baik semalam nasib menyebelahi Dato' Hairuddin . Serangan jantungnya tidak begitu lama . Hanya selama 2 minit mengerang kesakitan dan selepas diberi minum ubat , beliau sudah kembali seperti biasa .

Dato' Hairuddin tidak boleh memaksa anaknya lagi untuk ikut bersama kerana disebabkan oleh serangan tersebut . Beliau hanya mampu mengikuti apa sahaja yang dimahukan oleh Natasha . Anak gadisnya itu menjadi seorang yang kuat membantah semuanya berpunca daripada du. Pada mulanya , dia ingin sahaja membatalkan percutian itu . Tetapi , anak gadis kecilnya itu pula sudah berharap sangat yang mereka akan ke Milan pada esok hari . Dato' Hairuddin kasihan melihat Intan Nasuha yang sudah bersiap - sedia dari awal untuk percutian kali ini . Dan akhirnya percutian itu tetap terus berlaku tanpa adanya Intan Natasha .

Intan Natasha sudah tidak mahu mengambil kisah lagi tentang hal yang berlaku di sekelilingnya . Bukan dia tidak tahu , Mak Esah berpuluh - puluh kali mengetuk pintu biliknya hanya semata - mata untuk memberitahunya yang Dato' Hairuddin dan yang lain sudah mahu bertolak . Sengaja dia batukan dirinya di dalam selimut sehingga matanya terpejam rapat .

Lirik lagu Baby nyanyian Justin Bieber tiba - tiba kedengaran . Intan Natasha lambat - lambat mencapai telefon bimbitnya yang sudah berdering . Tanpa melihat siapa pemanggilnya terus sahaja dia menekan punat hijau untuk menjawab panggilan tersebut .

" Kau nak apa ? " Sapa Natasha dari dalam telefon . Ni mesti tak lain dan tak bukan si Mira yang selalu sangat ajak dia buat study group pagi - pagi buta macam ni . Selalu kalau diajak pun , Natasha bukannya mahu sertai . Ada sahaja alasan yang diberi kepada Amira Irdina .

" Assalammualaikum . . . " Suara sebelah sana menyapa dia kembali . Suara yang amat dikenalinya . Natasha terus sahaja mencelik matanya sebesar yang mungkin dan terus melihat screen Iphonenya . Unkown Number .

" Mana kau dapat nombor aku ha ? " Natasha sudah terduduk di atas katilnya . Rambutnya yang kusut itu dibiarkan sahaja menutupi mukanya .

" Amboi , kalau ye pun baru bangun tidur . Jawab lah dulu salam saya . Menjawab salam kan . . . . " Belum sempat lagi Adam Hafeizul meneruskan lagi kata - katanya . Natasha sudah memintasnya .

" Waalaikummussalam . " Natasha menekannya sedikit setiap sebutannya . Natasha mendengus kasar . Kenapa kau call ! ?

" So macam mana ? " Adam terus sahaja pergi ke sebab utama kenapa dia menelefon Natasha pada hari ini .

" Apa dia kau ni ? " Natasha yang masih lagi dalam keadaan separuh sedar masih tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh Adam kepadanya .

" Jadi ke kita keluar petang ni ? " Tanya Adam berterus terang . Dia mendengar sahaja suara Natasha yang serak - serak itu , dia sudah tahu yang Natasha baru sahaja bangun tidur , sudah tentu Natasha masih lagi dalam keadaan separuh sedar .

" You're so desperate . "

" Yes , I'm desperate with you . " Balas Adam dari sebelah sana . Ni lah perempuan , kalau taknak cakap taknak . Kalau nak cakap nak . Ni tidak , ada sahaja ayat yang keluar dari mulutnya .

Cikgu ! Jom KahwinWhere stories live. Discover now