Sewaktu Intan Natasha sudah elok dibuai mimpi . Adam Hafeizul yang berapa di sebelahnya sudah naik bosan . Semua benda sudah dicubanya . Dia telah mencuba untuk tidur sama seperti yang dilakukan oleh Natasha sekarang ni , tapi tidak berhasil . Dia juga sudah bermain game di dalam telefon pintarnya , namun masih lagi bosan . Apa yang dia mahu adalah kawan untuk bersembang ! Bersembang !
Tiba - tiba akal jahatnya datang . Dia tersenyum nakal melihat wajah Natasha yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya . Kepala Natasha yang terlentok sedikit ke arahnya diperhatikan .
Pada masa ini lah dia mengambil kesempatan di atas kesulitan untuk meneroka seluruh wajah Intan Natasha . Natasha memiliki warna kulit yang putih kemerah - merahan . Kulit mukanya bersih daripada sebarang jenis jerawat , bintik - bintik hitam dan putih dan segala jenis kekotoran di wajahnya . Bibirnya yang kecil cantik terletak di bawah hidungnya . Bibir yang merah jambu semula jadi itu sangat berbisa apabila dibuka . Mana mungkin , bibir secantik ini bisa mengeluarkan ayat - ayat yang pedas ?
Kemudian , anak mata Adam Hafeizul naik sedikit kepada bahagian hidung milik Natasha . Hidung mancung persis wanita arab memang cantik buat Natasha . Manakala , kening Intan Natasha terletak elok di atas matanya . Matanya yang terpejam rapat membolehkan Adam melihat matanya yang cantik dipayungi oleh alis mata yang panjang dan tebal . Kalau dilihatnya Natasha , tidak semua orang akan katanya gadis Malaysia . Kerana dia half Malaysian . Ayahnya berketurunan Melayu Malaysia . Manakala , emaknya berketurunan Parsi Turkey . Lebih tepat lagi , wajah Natasha persis wanita arab .
" Cantik . " Desis hati Adam .
" Tapi sayang , banyak rahsia yang awak simpan Intan Natasha . "
" Saya janji , saya akan kembalikan awak seperti dulu sama seperti apa yang diceritakan oleh yang lain . " Janji Adam pada dirinya . Sungguh mudah manusia mengutarakan janji sebelum berpikir panjang . Mampukah dia tunaikan janjinya ?
Semua peserta sudah mula menuruni bas . Akhirnya , bas mereka sampai jugak di tempat yang ditujui , Hulu Klang . Setelah hampir kurang 4 jam duduk di dalam bas , badan semua peserta terasa lenguh . Semuanya sibuk memperbetulkan urat badan mereka .
Intan Natasha menarik nafas sedalam - dalam yang mungkin . Segar . Udara di sekitar sini sangat segar . Tidak sama seperti di Shah Alam . Udaranya jauh lebih bersih dari Shah Alam . Pencemaran bunyi tidak lagi kedengaran . Bunyi kereta , motorsikal dan kenderaan - kenderaan berat yang lain masing - masing sibuk membunyikan hon tidak lagi kedengaran . Yang kedengaran , hanyalah bunyi kicauan burung dan bunyi anak sungai .
" Okay , awak semua boleh pasang khemah dekat sana . " Laung Cikgu Rashid dari seberang sungai .
Semua pelajar mula bergerak memasang khemah . Apa yang untungnya pelajar lain adalah mereka memasang khemah secara berpasangan . Tidak bagi Intan Natasha . Dia terpaksa memasang khemah seorang diri kerana tidak ada sorang pun yang mahu menjadi pasangannya .
Nasib amat menyebelahi Intan Natasha kerana dia sudah biasa dengan aktiviti memasang khemah . Kalau dulu , dia dan arwah mamanya sentiasa beriadah seperti ini , jadi tidak hairanlah kenapa Natasha sudah cekap memasang khemah .
Pelajar - pelajar SMK Semarak semuanya berehat di hadapan khemah masing - masing . Masing - masing letih dengan aktiviti tersebut . Setelah semua barang sudah dimasukkan ke dalam khemah . Mereka semua berkumpul di bahagian tengah kawasan tersebut .
" Okay , sekarang ni kita kena bahagi kan tugas . " Kata Cikgu Rashid dengan tegas .
Kedengaran satu keluhan berat cuba dilepaskan namun gagal setelah Cikgu Rashid menjegilkan anak matanya kepada mereka semua .
" Intan Natasha , awak cari kayu api . " Arahnya lagi .
" Dekat mana ? " Tanya Natasha . Soalan budak tadika aras satu yang ditanyanya . Natasha ni okay ke tidak ? Dekat dalam hutan la .
YOU ARE READING
Cikgu ! Jom Kahwin
RomanceAdam Hafeizul seorang guru praktikal yang ditugaskan untuk menjadi guru di SMK Semarak selama hampir 3 bulan sahaja . Namun begitu , beliau mempunyai suatu misi untuk mengenali seorang gadis , Intan Natasha yang begitu asing baginya . Maka bermula...