Bab 39

5.5K 224 23
                                    

Adam Hafeizul memandang depan fokus terhadap pemanduannya dari Kelantan pulang ke Kuala Lumpur semula. Sesekali matanya memerhatikan Intan Natasha yang ralit memandang skrin telefon bimbitnya.

" Tengok apa tu? " Soal Adam kepada gadis yang sopan memakai shawl berwarna biru muda persis warna T-shirtnya untuk menghidupkan suasana di antara mereka yang kian menyepi. Hanya beberapa cengkerik sahaja yang mengambil alih di saat mereka berdua diam membisu. Krik - krik..

" Mesej kawan. " Balasnya tanpa memandang ke arah lelaki tersebut. Di dalam hatinya masih lagi tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki tersebut untuk pulang ke Kuala Lumpur hari ini juga memandangkan dia sangat letih seharian menguruskan hal - hal kenduri pagi tadi.

" Siapa? " Soal Adam lagi ingin tahu. Adam Hafeizul mengerling sekilas ke arah Intan Natasha yang kedudukannya masih sama seperti tadi iaitu tidak langsung memandang ke arahnya.

" Kawan lah. "

" Yes, I know. But who is she? " Soal Adam lagi. Selagi dia tidak mendapat jawapan yang sepatutnya dia dapat. Dia tidak akan berhenti bertanya. Kalau tidak, masakan Adam Hafeizul boleh menjadi seorang pendidik?

Intan Natasha di sebelah sudah tersungging senyuman nakal di bibir. Tiba - tiba sahaja idea nakalnya mula menjalar keluar melalui neuron - neuron sel otak.

" Actually, he not she. " Tegas Natasha memperbetulkan kata ganti nama yang  Adam berikan kepada kawannya itu. Adam yang masih fokus kepada memanduannya mengerling lama ke arahnya. Natasha hanya menyembunyi senyumnya.

" What? " Soal Natasha apabila Adam Hafeizul memandangnya dengan pandangan meminta penjelasan. Natasha hanya mempamerkan wajah yang bosan apabila mata mereka bertaut buat seketika.

" Who is he? " Perkataan 'he' sengaja ditekankan oleh lelaki itu. Siapa pulak yang berani kacau bakal isteri aku ni? Gerutu Adam di dalam hati.

" Perlu ke awak tahu? "

" Perlu. " Balas Adam senada dan tidak langsung memandang ke arah gadis itu. Natasha di sebelah sudah ketawa kemenangan. Adam mengalihkan pandangannya ke arah gadis itu. Kening di angkat sebelah. Membawa maksud ' kenapa ketawa? '

" Are you jealous Mr Adam ? " Ketawanya masih lagi tersisa. Adam disebelah dikerling dengan sengihan nakal.

" Saya tak sanggup kongsi awak dengan lelaki lain. "

" Saya main - main je lah. " Natasha memandang lelaki disebelahnya dengan senyuman bahagia. Bahagia kerana lelaki itu baru sahaja mengaku yang dia tidak sanggup berkongsi dirinya dengan lelaki lain. Maksudnya Adam Hafeizul cintakan dia!

" Hmm. "

" Eh eh, ada orang tu merajuk lah. " Usik Intan Natasha kepada lelaki itu. Kemudian dia mengambil telefom bimbitnya yang diletakkan di dalam beg tangan miliknya dan mencari sesuatu di atas skrin telefon tersebut.

" Ni haa. Saya tengok benda ni lah tadi. " Intan Natasha menghalakan skrin telefonnya menghadap lelaki tersebut. Adam Hafeizul hanya menguntum sebuah senyuman apabila melihat gambarnya bersama Natasha semasa majlis pagi tadi di dalam galeri gadis itu.

" Handsome kan saya? " Soalnya sedikit bangga. Natasha disebelah sudah menayangkan aksi termuntah dengan mendengar kata - kata lelaki tersebut. Apa punya soalan lah ni ?

" Perasan.. " Balas Natasha sambil menjulingkan matanya ke atas. Kemudian matanya kembali menatap wajahnya dan wajah lelaki tersebut yang berada di dalam telefon bimbitnya itu.

" Kenapa kita berhenti dekat sini? " Soal Intan Natasha kepada Adam Hafeizul apabila lelaki itu sengaja memberhentikan kereta mewahnya di tepi lereng bukit. Dia memandang wajah lelaki di sebelahnya itu kemudian memandang ke luar tingkap. Gelap dan sunyi. Apa yang lelaki ini hendak lakukan pada dirinya? Soalnya di dalam hati. Bermacam - macam tanggapan negatif mula melayar di dalam ruang fikirannya.

Cikgu ! Jom KahwinWhere stories live. Discover now