Bibir yang dioles gincu merah itu diketap kuat. Anak matanya juga turut merah apabila memandang ke arah dua pasangan yang bahagia bersama. Sekejap sahaja bibirnya kembali tersenyum sinis. Badannya yang tersarung kebaja ketat juga diperbetulkan dengan lentok manjanya. Eleda Adrienne memulakan langkahnya dengan lentok yang sama ke arah pasangan tersebut.
" Hai Adam. " Sapanya apabila sudah tiba di hadapan pasangan pengantin tersebut. Bibirnya mengukirkan sebuah senyuman manis kepada lelaki itu.
" I datang atas jemputan nenek you. " Terangnya tanpa disuruh mengapa dia boleh menghadiri majlis perkahwinan lelaki itu disebelah pihaknya memandangkan dia adalah cucu kepada jiran neneknya Adam Hafeizul.
" Nenek you yang nak sangat I datang since I tak dapat datang kenduri pihak perempuan dua hari lepas. " Tambahnya lagi sambil mengatakan yang dia tidak dapat menghadiri majlis yang telah berlangsung dua hari lepas di rumah Intan Natasha.
" It's okay. You dah datang ni pun mesti Tok Wan suka. " Balas Adam Hafeizul yang segak berbaju melayu berwarna krim lembut senada dengan tema majlis tersebut.
" Actually I tak sangka you dah kahwin. " Ujar Eleda Adrienne lagi sambil anak matanya menoleh sekilas ke arah Intan Natasha. Bibirnya pula hanya mengukirkan satu senyuman sinis apabila anak matanya bertembung dengan anak mata gadis itu .
" Apatah lagi dengan perempuan yang lebih muda dari you. " Apabila dia mendapat kad undangan perkahwinan daripada keluarga lelaki itu , terus sahaja riak wajahnya berubah apabila mendapat tahu yang Adam Hafeizul ingin berkahwin. Perasaannya juga tidak perlu lah dikatakan. Sudah hancur lebur dengan berita gembira tersebut. Sebenarnya sebab mengapa dia tidak menghadiri majlis tersebut di rumah Natasha bukan kerana dia terlalu sibuk dengan urusan kerja, tetapi kerana dia tidak dapat menerima kenyataan yang lelaki itu akan berkahwin.
" She's my destiny. Age means nothing when someone means everything. " Balas Adam dengan tenang sambil merangkul erat pinggang Intan Natasha. Eleda yang melihat adegan tersebut hanya tersenyum sinis.
" By the way, she's my wife. Intan Natasha . " Adam memperkenalkan Natasha kepada wanita itu.
" I know. " Balasnya acuh tidak acuh sambil membalas huluran salam Intan Natasha.
" Hai , I Eleda. Eleda Adrienne. I hope you akan ingat nama I sampai bila - bila lah ye? "
" InshaaAllah I akan ingat. Lagipun kawan suami I , kawan I jugak . " Berdesing telinga Eleda apabila mendengar Natasha memanggil Adam sebagai suaminya. Suami ? Eleda Adrienne tersenyum sinis.
" Then, I hope that we can be a good friend. " Perkataan ' good ' sengaja ditekannya kuat. Intan Natasha mengangguk perlahan sambil tersenyum manis mendengar kata - kata wanita itu. Dia memang tidak pernah meragui setiap senyuman wanita itu walaupun senyuman itu senyuman sinis.
Adam Hafeizul tidak menang tangan melayan para tetamunya yang hadir ke majlis perkahwinannya yang dilangsungkan di Terengganu ini. Rata - rata yang hadir semuanya daripada kenalannya. Dari kawan rapat sehingga lah kawan di tadika dahulu.
Kalau dah kenduri kahwin, adat namanya kalau pengantin lelaki menjadi tarikan tetamu. Tambah - tambah lagi pengantin lelaki kali ini hanya satu dalam sejuta. Lagi lah ramai yang bertemu dengannya untuk mengambil gambar bersama, berbual kosong dan sebagainya.
Intan Natasha hanya memerhatikan gelagat - gelagat gadis - gadis yang menghampiri suaminya dari jauh. Ada sahaja yang mereka ketawakan. Apa yang kelakar sangat dia tidak pasti. Yang dia pasti, dia sakit hati melihat Adam Hafeizul ramah melayan gadis - gadis tersebut. Cemburukah dia? Aku isteri dia, lantak lah. Soalan yang mindanya menanya dibalas kembali oleh mindanya.
YOU ARE READING
Cikgu ! Jom Kahwin
RomanceAdam Hafeizul seorang guru praktikal yang ditugaskan untuk menjadi guru di SMK Semarak selama hampir 3 bulan sahaja . Namun begitu , beliau mempunyai suatu misi untuk mengenali seorang gadis , Intan Natasha yang begitu asing baginya . Maka bermula...