Sepasang mata yang berwarna hazel itu liar memerhatikan gerak - geri Intan Natasha sedari tadi. Kemudian bibirnya menguntumkan satu senyuman manis dan melangkah ke arah gadis berkacukkan tersebut.
" Sibuk eh? " Sapanya setelah punggungnya sudah mendarat di atas sebuah kerusi plastik di bawah khemah majlis perkahwinan tersebut. Dari pagi lagi dia tidak sempat berbual dengan Natasha kerana gadis itu terlalu sibuk memandangkan hari ini adalah hari pernikahan sepupunya .
Natasha hanya mengeluh lemah dan mengukirkan senyuman nipis kepada lelaki itu. Dari pagi lagi dia tidak berehat daripada melakukan pekerjaan yang boleh dibantunya untuk menjayakan majlis ini dan baru sekarang dia boleh melabuhkan punggungnya untuk berehat.
" Dah makan ke belum ni? " Tanya Adam Hafeizul setelah melihat wajah Natasha yang jelas memaparkan raut yang letih. Kalau dia jadi Natasha pun dia akan penat. Dari pagi buat kerja berat - berat tanpa henti dan sekarang baru berhenti berehat . Siapa je yang tak penat?
Gelengan kepala daripada Natasha membuatkan Adam Hafeizul semakin berasa kasihan terhadap gadis muda tersebut.
" Lah, kenapa tak makan lagi? " Soalnya lagi dengan nada suara yang diturunkan. Natasha yang mendengar nada suara lelaki itu ketawa kecil.
" Kenapa? " Kening lelaki itu sudah bercantum bersama. Dia tak buat sebarang jenis jenaka pun. Apa yang kelakarnya?
" Saja. " Bahu Intan Natasha dihinjut ke atas seraya perkataan itu keluar dari bibirnya yang kecil.
" Perempuan kalau ketawa seorang diri sebab ni ada makna tau? " Keningnya diangkat sebelah dengan pandangan yang nakal. Bibirnya juga menguntum secebis senyuman nakal.
" Then tell me apa maknanya ? " Soal Natasha sambil memperbetulkan sedikit kedudukannya di atas kerusi plastik tersebut. Matanya tidak habis - habis memandang lelaki di hadapannya itu. Penampilan Adam Hafeizul hari ini sungguh mendera perasaan wanitanya. Adam yang mengenakan baju melayu berwarna hitam dengan gaya rambut yang cukup menawan disertakan pula dengan pandangan lelaki itu yang sentiasa redup. Sudahlah lelaki itu mempunyai kulit yang cerah, digandingkan pula dengan pakaian yang berwarna gelap. Kau orang boleh bayangkan tak bertapa kacaknya Adam Hafeizul sekarang?
" Maknanya awak tengah angaukan seseorang. " Balas Adam bersahaja sambil merenung anak mata gadis di hadapannya.
" Merapu lah.. " Natasha sudah menjulingkan matanya ke atas. Awak dah ada depan mata saya, perlukah saya angau lagi? Soalnya di dalam hati. Mahu sahaja persoalan itu diluah secara berdepan dengan Adam Hafeizul. Tetapi, rasa malunya untuk berterus terang membatalkan segala niatnya.
" Kita gerak KL petang nanti okay? " Soal Adam kepada Natasha setelah mereka lama mendiamkan diri di bawah khemah majlis tersebut. Intan Natasha memanggung muka melihat wajah lelaki itu.
" Serius ke ? Saya penat lah " Intan Natasha sudah merengek menyatakan dirinya sangat penat untuk pulang semula ke Kuala Lumpur petang nanti. Seharian dia bertungkus - lumus untuk menjayakan majlis perkahwinan ini. Baru sahaja dia ingin berehat petang nanti. Alih - alih lelaki itu mengajaknya pulang? Mak! Tasha tak larat!
" Ini baru majlis sepupu awak. Kalau majlis awak nanti saya tak tahu lah penatnya macam mana. " Adam Hafeizul menyembunyikan senyumnya. Jari - jemarinya diketuk - ketuk di atas meja untuk menghasilkan irama muzik.
" Saya nak kahwin lambat lagi. "
" Yakin je awak main cakap. Kalau saya hantar rombongan meminang awak esok. Ni agak - agak minggu depan pulak lah awak akan rasa penat dua kali ganda dari yang ini. "
" Tak payah susah - susah nak hantar rombongan bagai, sekarang jugak uncle nikahkan kamu berdua . " Segera Dato' Hairuddin mencelah perbualan mereka berdua. Dia sudah pun melabuhkan punggung di atas kerusi plastik yang terdapat di meja yang sama. Natasha hanya mempamerkan wajah yang polos.
YOU ARE READING
Cikgu ! Jom Kahwin
RomanceAdam Hafeizul seorang guru praktikal yang ditugaskan untuk menjadi guru di SMK Semarak selama hampir 3 bulan sahaja . Namun begitu , beliau mempunyai suatu misi untuk mengenali seorang gadis , Intan Natasha yang begitu asing baginya . Maka bermula...