Intan Natasha mencapai teko yang berisi air kopi untuk dituang ke dalam cawan buatan Itali di hadapannya. Kemudian, cawan tersebut diambil dan diletakkan di bibir untuk menghirup perlahan air kopi tersebut. Aroma kopi tersebut sangat menyelerakan sehinggakan dia begitu leka menikmati minuman tersebut.
" Apa rancangan Tasha lepas ni? " Tanya Dato' Hairuddin setelah melabuhkan punggungnya di atas kerusi meja makan itu. Bibirnya mengukirkan senyuman nipis apabila melihat anak gadisnya itu sudah banyak berubah sejak berada di Cambridge.
" Tasha ingat nak rehat dulu. Kenapa papa tanya? " Balas Intan Natasha sambil memanggung muka memandang wajah lelaki di hadapannya itu. Natasha kini sudah boleh menerima kembali papanya seperti dahulu. Panggilan aku - kau yang digunakan tiga tahun yang dulu sudah diubah menjadi seperti sedia kala kembali.
" Dekat syarikat papa ada jawatan kosong untuk pelapis jurutera yang baru. "
" Dynamics Holdings? " Soal Natasha sambil mengangkat sebelah keningnya.
" Ha'ah. So, Tasha macam mana? "
" Kali ni biarlah Tasha yang pilih sendiri tempat kerja Tasha. Lagipun Tasha taknak kerja lagi sekarang ni. " Ujarnya perlahan. Intan Natasha memang tidak suka berkerja di syarikat milik keluarganya itu kerana semua pekerja di situ akan berbuat baik dengannya hanya disebabkan oleh dia anak bos. Bukan itu yang dia mahukan. Dia cuma mahukan mereka menghormatinya sebagai seorang pekerja yang berkaliber bukan kerana dia anak kepada pemilik syarikat tersebut.
" Berapa lama Tasha nak rehat? " Dato' Hairuddin hanya mengangguk faham dengan keinginan anaknya itu. Jika dipaksa nanti, dia takut Intan Natasha memberontak kembali. Jadi, lebih baik dia memberikan ruang kepada gadis itu untuk membuat keputusan. Lagipun Natasha sudah besar, bukan lagi remaja yang berusia 17 tahun.
" Depends on my mind. " Balasnya tenang sambil bersedia untuk bangun daripada kerusi tersebut. Intan Natasha menyambung kembali Kata - katanya.
" Tasha nak keluar kejap. " Dia mengatur langkahnya ke arah lelaki separuh abad itu dan menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan lelaki itu. Sudah lama dia tidak mencium tapak tangan lelaki tersebut. Natasha mengucapkan rasa syukur di dalam hatinya kerana sang pencipta - Nya masih lagi mengizinkan dia merasai kebaikan seorang bapa. Setelah salamnya disambut oleh Dato' Hairuddin, Intan Natasha terus menuju ke arah pintu utama banglo tiga tingkat tersebut.
" Jangan balik lewat sangat. " Ujar Dato' Hairuddin setelah anaknya itu berlalu pergi dari ruang makan tersebut. Setelah mendengar jawapan ' ya ' daripada pihak Natasha, Dato' Hairuddin kembali menayangkan senyum tuanya. Dia bersyukur kerana gadis itu sudah kembali seperti dahulu. Alhamdullilah.
Seperti tiga tahun yang dulu, Sunway Parade tetap menjadi pilihan hati Intan Natasha untuk bersantai. Sudah tiga tahun dia tidak menjejakkan kaki di pusat membeli - belah tempatan ini. Sudah banyak yang berubah . Daripada susunan perabotnya sehinggalah kedudukan kedai - kedai di dalam mall ini juga turut berubah.
" Rumah kedua kau Tasha. " Bisik hati wanitanya apabila dia menjejakkan kaki ke dalam bangunan besar ini. Kenangan tiga tahun dahulu kembali mekar di dalam mindanya. Teringat dia pada cikgu praktikal yang selalu mengusiknya itu. Hailah hati, sabarlah.
Intan Natasha mengatur langkah ke setiap pelosok di dalam pusat membeli - belah tersebut. Namun, hanya satu sahaja tempat yang menarik minatnya. Panggung wayang! Matanya ligat memerhatikan poster - poster filem yang akan ditayangkan pada hari ini. Akhirnya sebuah filem animasi dapat menarik minatnya untuk menonton. Setelah selesai membeli tiket , Natasha menuju ke sebuah cafe untuk dia melepak seorang diri sambil menunggu waktu tayangan berlangsung.
Cafe ini ialah salah satu cafe yang baru dibuka di dalam pusat membeli - belah tersebut. Suasana di dalam cafe ini sedikit sebanyak mengambarkan suasana hipster. Dengan bercorakkan latar belakang hitam dan putih serta perabotnya kebanyakkan diperbuat daripada kayu itu sangat mendamaikan jiwa remajanya. Ye lah, remaja zaman sekarang kan semuanya hipster - hipster. Tapi Tasha remaja lagi ke? Ahaks!
" Makan sini atau bungkus? " Tanya salah seorang pekerja cafe tersebut apabila langkahnya sudah berhenti di hadapan kaunter . Intan Natasha hanya melemparkan senyuman manis kepada pekerja tersebut.
" Makan sini. " Setelah air chocolate latte yang dipesan olehnya siap, terus sahaja dia mengeluarkan sekeping wang kertas berwarna merah untuk membayar harga minuman tersebut.
" Terima kasih. " ucap Intan Natasha dengan senyuman nipis terhias di bibir. Minuman sejuk tersebut diletakkan di atas dulang dan dia sudah mula untuk mengatur langkah menuju ke meja yang kosong.
Apabila dia memusingkan badannya ke belakang untuk memulakan langkahnya yang pertama, kakinya yang tersarung high heels berwarna putih itu tiba - tiba sahaja terpelecok (?) Namun, nasib menyebelahinya ketika itu kerana dirinya yang sudah sedia untuk mencium lantai disambut (?) oleh seseorang yang sedang berdiri di belakangnya untuk memesan makanannya di kaunter tersebut.
Mata yang dipejam dibuka sedikit. Air chocolate latte yang baru sahaja dibayar tadi sudah tumpah ke lantai. Badannya yang disambut oleh lengan sasa itu cuba dileraikan.
" Err.. Encik? " Soalnya apabila pelukan tersebut tidak dileraikan oleh lelaki yang menyambutnya itu. Wajahnya memanggung ke atas untuk melihat wajah penyelamatnya itu. Apabila pandangan Intan Natasha bertemu dengan pandangan lelaki itu, dunianya seakan hilang. Waktu yang berputar seakan berhenti. Kenangan masa lampau kembali menyapa mindanya.
" Adam Hafeizul? " Soalnya lagi. Tapi kali ini soalnya tersekat - sekat. Kelihatan wajah lelaki itu juga terkejut dengan pertemuannya dengan gadis ini. Anak mata yang berwarna hazel itu memandang tepat ke dalam mata milik Intan Natasha. Rindu. Ya, rindunya dia pada gadis itu. Setelah Adam Hafeizul kembali ke alam realiti . Cepat sahaja anak matanya beralih ke arah lain. Pelukan tersebut juga dileraikan. Dia berdeham beberapa kali untuk menghilangkan rasa janggal yang diciptanya tadi.
" Saya mintak maaf. " Adam meminta maaf ke atas gadis itu dengan ikhlas. Pandangannya juga tidak lekang memandang gadis itu dari atas ke bawah. Intan Natasha tetap cantik seperti tiga tahun yang dulu. Hailah hati, sabarlah nak.
" Kenapa? " Dahi Natasha sudah berkerut. Ditambah lagi dengan rasa senggal di bahagian buku lalinya yang sakit akibat terpelecok tersebut lagi lah menambahkan kerut di dahi.
" Sebab tersentuh awak tadi ." Ujar Adam perlahan. Belakang kepalanya yang tidak gatal digaru. Setelah melihat keadaan Natasha yang seperti menahan sakit itu. Adam Hafeizul kembali menyambung ayatnya semula.
" Sakit ke? " Tanya lelaki itu. Angukkan yang diberikan oleh Intan Natasha dapat meraih simpati daripada pihak hatinya. Sekali lagi, dia menyambung semula kata - katanya.
" Kalau macam tu, awak duduk semeja dengan saya lah. Lagipun banyak benda saya nak tanya awak ni. Boleh kan? " Pelawa Adam kepada gadis itu. Intan Natasha melemparkan senyuman manis semanis wajahnya ketika ini. Buah hati ajak duduk semeja ni! Rasa sakit di buku lalinya terasa hilang begitu sahaja.
" Setuju lah ni? " Ujar Adam lagi setelah jawapan yang dia dapat hanya lah senyuman manis daripada gadis itu. Tidak pernah dia nampak Natasha senyum macam tu tiga tahun yang lalu. Kalau ada pun, bukan untuk dirinya. Tetapi kini, dia yakin. Senyuman manis tadi memang untuknya. Hailah mak, Adam nak kahwin! Jeritnya di dalam hati.
Jangan lupa baca Isteri Upahan okays? 💐😉
YOU ARE READING
Cikgu ! Jom Kahwin
RomanceAdam Hafeizul seorang guru praktikal yang ditugaskan untuk menjadi guru di SMK Semarak selama hampir 3 bulan sahaja . Namun begitu , beliau mempunyai suatu misi untuk mengenali seorang gadis , Intan Natasha yang begitu asing baginya . Maka bermula...