Bab 19

6.7K 261 16
                                    

Intan Natasha melentokkan kepalanya di atas meja . Manakala jari telunjuknya mengetuk - ngetuk meja . Sesekali Natasha memejamkan matanya menghayati irama alunan ketukkan tersebut . Dia begitu leka dengan keajaiban tersebut . Apabila kepalanya dilentokkan ke atas meja , bunyi ketukan tersebut menjadi kuat . Dan apabila dia mengangkat kepala dari atas meja , bunyi ketukkan tersebut menjadi perlahan . Ajaib !

Sedang asyik dia mengikut setiap irama ketukkan tersebut , ada seseorang yang melihat perbuatannya dari jarak jauh . Adam tersenyum nakal . Dalam otaknya ligat mencurahkan idea - idea nakal untuk mengenakan gadis itu .

Adam Hafeizul melangkah ke arah meja di mana tempat Natasha duduk dengan perlahan - lahan . Kemudian dia berdiri betul - betul di hadapan meja tersebut . Natasha masih lagi leka dengan perbuatan mengetuk meja tersebut . Semakin jelas senyuman lelaki muda tersebut di bibirnya .

Adam menghempaskan semua buku yang dia pegang ke atas meja . Matanya terpejam seketika apabila mendengar bunyi hentakkan tersebut . Hampir tersembur ketawanya apabila melihat muka Natasha sudah berubah menjadi kelat apabila dia mengangkat muka menghadapnya .

" Kau nak apa ha ? ! " Marah Natasha . Matanya sudah merenung tepat ke dalam anak mata Adam Hafeizul . Tadi masa dia tengah seronok berada di dunianya sendiri , tiba - tiba satu bunyi hentakkan memasuki rongga telinganya dengan kuat . Disangkakan budak - budak junior yang ingin mencari pasal dengannya , tetapi lain pulak bila dia mengangkat muka menghadap si empunya badan .

" Nak ajar awak Addmath lah . Apa lagi ? " Jawab Adam selamba . Adam sudah menahan tawanya apabila melihat muka gadis itu sudah masam mencuka . Entah kenapa tadi otaknya mengeluarkan idea - idea yang nakal untuk mengenakan gadis itu .

" Kalau kau tak buat aku sakit hati tak boleh ke ? " Suaranya sudah naik satu oktaf . Tapi masih lagi dapat dikawal . Kan sekarang dalam perpustakaan . Nanti tak pasal - pasal perpustakawan tu mengamuk suruh diam .

" Kalau saya buat hati awak suka saya , susah . " Ada sahaja ayat yang keluar dari mulut Adam . Adam tidak mahu kalah dengan kata - kata yang dibahaskan oleh Natasha . Nampak hebat di mata semua perempuan . Ahaks !

Intan Natasha hanya mendiamkan diri sahaja . Malas mahu bertikam lidah dengan cikgu gila di hadapannya ini . Akhirnya , Adam menarik kerusi untuk duduk tanpa dipelawa oleh Natasha . Suka hati lah kan ? Ni perpustakaan , bukan rumah Natasha .

" Okay , let's do it . " Kata Adam untuk menghidupkan kembali suasana . Buku latihan Addmath tingkatan 4 diberikan kepada Natasha . Senyuman manis dihadiahkan kepada Natasha apabila huluran tersebut diambil .

Natasha meneliti semua isi kandungan buku tersebut . Kemudian dia mengeluarkan sebatang pensel dan jugak pemadam dari kotak penselnya . Setelah 10 minit merenung soalan yang pertama . Natasha menyandarkan badannya pada belakang kerusi .

" Aku tak reti buat . " Natasha menolak sedikit buku tersebut ke hadapan . Soalan Addmath bab Fungsi tersebut memang betul - betul merumitkan .

" Baru 10 minit , dah putus asa ? " Tanya Adam meminta kepastian . Tadi dia sempat memerhatikan riak wajah Natasha yang berubah apabila mula menjawab soalan tersebut .

" Bukan putus asa , dah memang aku tak reti kan ? " Tadi dia sempat menyelak semua halaman buku tersebut . Semuanya sudah dia lupa . Semua itu dia telah belajar di tingkatan 4 , sekarang dia sudah di tingkatan 5 . Mustahil dia boleh ingat semua itu .

" Macam mana aku nak jawab kalau aku tak ingat semua formula dia ? " Tanya Natasha lagi . Dia memang betul - betul lupa tentang semua itu . Macam mana nak jawab sedangkan satu formula pun dia dah tak ingat ?

" Kalau awak nak tahu , soalan SPM sebenar selalu keluar bab ni . "

" Awak tengok betul - betul macam mana saya buat ni . " Adam menarik buku latihan Addmath tersebut dekat dengannya . Dia mula mengeluarkan kalkulator dalam begnya dan mula mengajar Natasha bagaimana hendak menjawab soalan tersebut . Sesekali Adam mengerling wajag Natasha yang sedang fokus memerhatikan gerak - gerinya menjawab soalan tersebut . Dia mula menyembunyikan senyumnya apabila misi pertama sudah pun berjalan dengan lancar .

" Aku dah faham ! " Jerit Intan Natasha setelah dia mulai ingat tentang semua perkara yang terdapat di dalam Bab1 tersebut . Natasha menarik semula buku tersebut supaya dekat dengannya . Dia mula menjawab soalan yang kedua dan yang seterusnya .

Adam Hafeizul hanya menguntum sebuah senyuman apabila melihat anak muridnya itu dapat menjawab soalan tersebut setelah diajarnya . Kau cikgu yang terbaik Adam . Sempat lagi dia berkata - kata di dalam hati .

Natasha masih lagi leka menjawab soalan - soalan tersebut . Adam sudah tidak senang duduk , dia sudah tidak tahu apa yang dia nak lakukan sekarang ini . Adam menyandarkan badannya pada bahagian belakang kerusi . Tangan kanannya mula memperbetulkan rambutnya . Kemudian dia merenung Natasha yang masih lagi leka menjawab soalan - soalan tersebut .

Tangan kanannya mencapai sticky note di atas meja dan mula menulis sesuatu . Kemudian , dilekatkan berhampiran dengan tempat Natasha .

" Blues are sky , Greens are hulk . Can we go out ? "

Intan Natasha membaca tulisan yang terdapat di atas sticky note tersebut . Dia juga turut mengambil sekeping (?) sticky note tersebut dan mula menulis sesuatu . Kemudian , dia melekatkannya dengan dengan Adam .

" Blues are sky , bees are busy . No . I'm busy . "

Setelah membacanya , Adam mencapai satu lagi sticky note dan mula menulis sesuatu . Dia tersenyum dan melekatkannya di hadapan Natasha .

" Blues are sky , yellows are umbrella . Alaaaa , jum laaa ! "

Natasha memanggung kepala melihat Adam yang sudah mula tersengeh - sengeh . Dia menjeling cikgu muda di hadapannya itu . Kalau asyik balas - balas sticky note je sampai bila nak habis ?

" Can ? " Adam mengongketkan sedikit kening kanannya .

" Bila ? " Natasha mula mengalah , kalau dia cakap tak boleh mesti cikgu tersebut akan memaksanya sampai dia bersetuju .

" Esok petang . Awak free kan ? " Esok hari sabtu , mesti Natasha free dan boleh keluar dengannya . Lagipun esok tidak ada sebarang aktiviti di sekolahnya .

" Tengok lah dulu macam mana . " Natasha malas melayan kerenah cikgu praktikalnya itu . Dia kembali menyambung kerjanya semua yang tergendala .

" Kalau macam tu , esok saya call awak . " Sekali lagi Natasha memanggung kepala memandang Adam Hafeizul . Dia bagi number telefonnya pun tidak , macam mana Adam nak telefonnya ? Belum sempat Natasha membuka mulut , Adam dapat memintasnya .

" I got to go now . " Adam menjerling sekilas jam tangannya dan sudah mula mengemas semua barang - barangnya kemudian di masukkan ke dalam begnya .

" Awak tu jangan balik lambat sangat , bahaya . " Pesan Adam sambil memasukkan sebatang pen yang terahkir ke dalam kotak penselnya . Dia sudah mula berdiri dan menggalas beg .

" Take care Intan Natasha . " Adam Hafeizul menyambung semula kata - katanya dan mengenyit sebelah matanya kepada Natasha . Kemudian , dia menayangkan barisan giginya kepada Natasha . Natasha hanya diam dan tidak berkata apa - apa .

Intan Natasha hanya menghantar langkah Adam Hafeizul dengan anak mata . Bayangan Adam sudahpun tidak kelihatan . Natasha memegang bahagian dadanya . Terasa jantungnya bergerak dengan begitu pantas sekali .

" He's only your teacher . "















____________________________________

Sebenarnya bab ni aku dah tulis lama dah . 3 minggu yang lepas macam tu lah . Tapi ada masalah teknikal lah pulak , habis semua bab ni HILANG ! T.T Huhu .

Lepastu pulak , 3 minggu yang lepas aku exam ! HAHAHAHAHAHA . Memang tak sempat langsung nak tulis balik . Sekarang ni aku dah habis exam and I need your helps ! Please pray for my results . #PrayForArianaBalqisha'sRESULT . HAHAHAHAHAHA .

Rasa biadap tak aku bahasakan diri aku , aku - kau ? Kalau tak selesa or rasa biadap komen keyh ? Aku try bahasakan diri aku , awak - saya pulak lepasni .

Happy Readingg Guys ! Jangan lupa vote dan comment .

Ps : Kalau rajin , petang ni aku update bab20 .

Cikgu ! Jom KahwinWhere stories live. Discover now