Bab 41

5.8K 193 7
                                    

Intan Natasha menghela nafasnya semasa mengambil angin di balkoni bilik. Seluruh badannya terasa sangat penat dengan majlis yang berlangsung siang tadi. Majlis akad nikah serta majlis di sebelah pihak perempuan sudah pun selesai siang tadi. Hanya tinggal majlis di sebelah pihak pengantin lelaki sahaja yang akan berlangsung di Terengganu iaitu rumah nenek kepada suaminya itu lusa. Maknanya mereka akan bertolak ke Terengganu esok pagi. Mengenangkan hal itu, seluruh sendinya terasa seperti ingin tercabut. Haih penatnya!

Disebalik rasa bahagianya dapat disatukan dengan lelaki itu, ada juga terselit rasa sedih jauh di lubuk hatinya. Sedih yang pertama apabila mengenangkan arwah mamanya yang tidak dapat melihat wajah menantunya itu. Dan sedih yang kedua ialah kerana keluarganya di sebelah mamanya yang tinggal di Turkey dan di England tidak dapat turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Terutamanya Abang Faris dan Grand Kie yang tidak dapat pulang ke Malaysia dengan segera kerana ada masalah rombakan kapal terbang di syarikat penerbangan England.

Tiba - tiba sahaja bau haruman mandian wanitanya menergah masuk ke dalam rongga hidungnya. Pinggangnya juga sudah terasa dirangkul oleh seseorang. Dengan serta - merta rasa hiba sebentar tadi hilang dan digantikan rasa bahagia apabila berada dekat dengan lelaki itu.

" Lavender's cream? " Soalnya menahan ketawa. Bau haruman lelaki itu sekarang ini sama seperti bau haruman krim lavender yang dibelinya minggu lepas untuk dijadikan sabun mandiannya. Lelaki itu mengangguk dan melepaskan ketawanya .

" Abang pakai shower cream Tasha? " Soalnya sekali lagi dengan ketawa kecil. Tadi lelaki itu ada bertanya sebelum mandi kalau ada lagi tak selain shower cream berharuman lavender tersebut. Mana lah dia tahu kalau orang di dalam rumahnya ini menggunakan shower cream jenis apa. Hahaha. Tak sangka pulak Adam betul - betul menggunakan shower cream miliknya.

" Abang terpaksa lah. " Balasnya juga sambil ketawa. Kelakar dengan dirinya sendiri kerana memakai haruman wanita seperti lavender. Ini kalau Adriz dan Adriana tahu, habis seminggu kena kecam. Haha

" Ni sayang abang ni dah mandi ke belum? " Soal Adam pula sambil mengetatkan lagi pelukan di pinggang isterinya itu. Baru dia perasan Natasha masih berpakaian serba putih itu dari tadi.

" Kalau Natasha abang tak mandi lagi, abang boleh temankan. " Bisik lelaki itu di tepi telinga Natasha sambil mencium telinga gadis itu yang masih dilapisi oleh selendang putih.

" Awak dah mandi. " Ujar Natasha sambil mencuit hidung lelaki yang nakal menyentuh pipinya. Tidak tahu kenapa, baru sehari dia dibelai dengan sentuhan suaminya dia sudah berasa selesa dengan setiap belaian tersebut.

" Anything for my Natasha. Lagipun abang tak pakai baju lagi ni. " Balas Adam Hafeizul dengan nada yang nakal. Natasha memandang lelaki itu dari atas ke bawah. Membutang matanya melihat Adam yang ketika itu hanya dibaluti oleh tuala dari paras pusat hingga ke lutut. Terserlah dada bidang lelaki itu. Natasha hanya mampu menelan liur melihat six pack idamannya. Ahaks!

" Gatal lah. " Natasha sudah ketawa kecil. Ada sahaja suaminya itu. Terbit sunyiman kecil dibibirnya. Natasha sudah mula melonggarkan pelukan tersebut .

" Nak pergi mana? "

" Mandi lah. " Balasnya sambil melonggarkan lagi pelukan tersebut. Adam yang mengerti dengan permintaan gadis itu turut melepaskan pelukan tersebut dan memegang kedua belah bahu isterinya sambil menunduk sedikit untuk menyamakan ketinggian mereka .

" Dengan abang? " Usiknya lagi. Wajah isterinya itu sudah pun merah menahan malu.

" Bagi abang hadiah dulu." Tambahnya lagi dengan senyuman nakal. Belum sempat lagi Intan Natasha mahu membalas kata - kata lelaki tersebut. Bibirnya dengan bibir gadis itu sudah pun bertaut lama menyulam kasih.

Cikgu ! Jom KahwinWhere stories live. Discover now